Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Wednesday, December 4, 2013

Bercuti di Kuching Oct 2013 Day 4 (Last Day)


 Pada hari terakhir kami di Kuching ni, kenalan bapa mertua aku belanja kami semua sarapan pagi dan kemudian diorang bawa kami ziarah rumah keluarga mereka...Selepas tu mereka bawa kami ronda2 sekitar bandar Kuching dan kami singgah bergambar di Borneo Convention Centre Kuching dan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak ni...


Sarapan pagi orang belanja beb...Syukur pada ALLAH SWT...huhu...



Menziarahi keluarga kenalan


Perbincangan di antara delegasi2 antarabangsa...kekeke...


Rancak bersembang...kekeke...




Borneo Convention Centre Kuching ni macam PICC kat Putrajaya..


Bergambar di Borneo Convention Centre Kuching


Memang sporting kawan bapa mertua aku ni...sempoi...huhu


Menuju ke dalam perkarangan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak


Bergambar betul2 dalam perkarangan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak ni...perghhh...bangga giler rase...hehe..



Kemudian kami singgah kejap kat Pasar Satok untuk membeli ikan terubok masin...memang banyak pilihan kat sini...


Tengah memborong ikan terubok masin kat Pasar Satok


Lepas tu mereka belanja kami makan tengahari pulak...perggghh..puas hati...hehe....Apabila selesai kami pun balik ke homestay untuk bersiap2 sebab kami nak ke airport..flight kami adalah pada jam 5.35pm dan dijangka sampai pada jam 7.20pm...


Tengah menjamu selera makan tengahari...Ayah mertua aku bergambar kenangan...huhu...


Kami pergi ke airport awal sikit supaya tak kalut...masa nak check in tu nasib baik aku ambik tambahan checked baggage...memang bertambah banyaklah barang untuk dibawa balik ini...haha...maklumlah rombongan pun ramai...


Pandangan dari atas airport



Menikmati permandagan kawasan Kuching International Airport


Tapi kali ni flight kami delay lebih kurang 30 minit, tapi takpelah janji sampai KL dengan selamat...so lebih kurang jam 6.00pm kami pun terbang meninggalkan bumi Kuching ni...sedihlah sebabnya alam pekerjaan akan bermula balik selepas ni apabila berakhirnya percutian kami ni...kekeke.....



Tengah tunggu flight daa....hehe...
Berapa lama lagi mau tunggu daa...hehe
Dah dalam flight Airasia ke KL
Flight berlepas waktu hujan nak turun, awan pun nampak gelap dah...Alhamdulillah flight dapat berlepas dengan baik dan lancar, dalam flight tu aku tertidur sebab keletihan...hehe...lebih kurang jam 8.00pm kami pun sampai di LCCT dengan selamatnya...Alhamdulillah...

Oleh kerana kereta aku parking agak jauh dari airport maklumlah nak yang murah je RM16 sehari, masa sampai kat airport tu aku teruslah berjalan kaki ke tempat kereta sementara yang lain ambik beg, nak jimatkan masalah kononnya...tapi malangnya dah sampai separuh jalan baru aku teringat yang kunci kereta tertinggal dalam beg...aduuhhhh....takkan nak patah balik...jauh tuuuuu....nasib baiklah kak ipar aku memang dah tunggu untuk pick up kami kat airport sebab kami ni ramai...so tak payah buat 2 trip ulang alik...so aku tunggu tepi jalan kat parking tu jela sementara kak ipar aku lalu untuk hantar trip pertama sambil hantar kunci dalam beg...dah dapat kunci kereta baru aku pergi pick up ahli keluarga yang masih kat airport...lupa pulak total parking fee dalam 4 hari aku tinggal lebih kurang RM64...okaylah tu berbanding pakai teksi mau beratus...huhu..

Jadi kepada semua...beringatlah, jangan jadi macam aku...kalau boleh masa nak balik atau sebelum naik flight tu, ambik siap2 kunci rumah dan kereta letak dalam pocket anda...huhu...

Dah sampai kami pun berehat dan maka dengan ini berakhirlah percutian kami ke Kuching ni...

Saksikan video hari terakhir kami :-)







Sekian...Wassalam...

Wednesday, November 20, 2013

Bercuti di Kuching Oct 2013 Day 3


Selepas puas berehat semalam di homestay kami, maka pada pagi ni selepas selesai bersarapan kami pun mula keluar untuk ke tempat yang telah dirancangkan..program kami adalah untuk pergi melihat Orang Utan di Semenggoh Wildlife Centre memandangkan tiket masuk lebih kurang RM3 je..kira murahlah tu...tapi aku ada baca jugak kat dalam website yang mengatakan walaupun kita ke sana tak semestinya kita dapat tengok Orang Utan sebab kadang2 diorang tak keluar...tapi takpelah kita orang gamble jelah...kekeke...mula2 nak tengok buaya kat Jong's Crocodile Farm, tapi tiket macam mahal pulak...so kami decided untuk pergi tengok Orang Utan jelah...hehe...

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Petrajaya dengan jaraknya sejauh lebih kurang 30km..perjalanan ke sana akan melalui lebuhraya Trans Borneo yang menghubungkan Kuching hingga ke Kota Kinabalu, tapi sebenarnya jalannya tak seperti lebuhraya PLUS kat semenanjung tetapi macam jalan Lebuhraya Pantai Timur yang merentasi Grik tu...macam jalan biasa je...

Setelah sampai di Semenggoh Wildlife Centre, nasib malang menimpa kami sebab diorang beritahu yang Orang Utan baru lepas keluar makan, dan sekarang dah masuk dalam hutan balik dan tak tahu bila pulak Orang Utan tu akan keluar..frustnyeee...haha....oleh kerana frust kami terus tukar plan dan menuju ke Jong's Crocodile Farm yang jaraknya lebih kurang 15km daripada Semenggoh Wildlife Centre walaupun pada mulanya tak nak pergi ke tengok buaya sebab tiket macam mahal sikit...hehehe..frust tak frust sampai lupa nak bergambar kat depan pintu masuk Semenggoh Wildlife Centre tu...ruginye...

Waktu nak sampai kat taman buaya ni, jalan terakhir untuk masuk ke Jong's Crocodile Farm ni tak berturap dan kenderaan kami terpaksa meredah batu-batu je menyebabkan kami jadi musykil, samada betul atau salah jalan ni...sekejap kami berhenti, sekejap terus, sekejap nak tanya orang...tapi duk berbincang sesama sendiri dalam kereta kami putuskan untuk teruskan juga...memandangkan aku betul2 yakin inilah jalannya sebab aku ada perasan dan nampak signage kat jalan besar yang menunjukkan arah jalan Jong's Crocodile Farm tu, maka kami teruskan dan akhirnya sampai ke Jong's Crocodile Farm..

Tiket masuk ke dalam sana RM16 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak2...grouping tiket kalau tak silap atas nama syarikat2 tempat kita bekerja...untuk info lanjut anda boleh google atau telefon sendiri tempat ni...kekekeke....jangan marah ye...hihi...

Sebelum masuk tu, aku tanya dulu kat cashier di kaunter tu, banyak ke buaya kat dalam ni?..diorang kata memang banyak, pastu aku tanya lagi...ada binatang lain lagi ke tak? diorang kata ada banyak woo...kekeke..bukan apa aku takut tak berbaloi je nak bayar tiket ni memandangkan kami ni ramai...hehe...


Pintu masuk ke Jong's Crocodile Farm


Harga tiket..boleh tahan jugaklah tapi berbaloi2...


Tengkorak Bujang Senang


Lupa dah apanama ni...mungkin Bujang Senang kot...hehe..


Pameran yang ada di sini...banyak info boleh dapat...

Lepas masuk dalam tu, diorang ada buat pameran tentang buaya2 di Sarawak ni dan yang terkenal adalah Bujang Senang, tengkoraknya dipamerkan kat sini...pastu ada banyak juga Ikan Toman kat sini yang dibela...

Lepas tu barulah boleh tengok buaya...perghhh banyak giler buaya kat sini...memang betullah sebelum ni aku ada baca kat website yang mengatakan buaya kat sini ada lebih kurang 1000 ekor...memang betullah tu kot sebab banyak kira sampai tak terkira2..kekeke...besar2 giler pulak tu pastu boleh tengok jarak yang dekat je...kalau nak dibandingkan dengan buaya kat Zoo Negara yang aku tengok pada hujung tahun 2011 aritu, kat sini lagi real la beb...hanya dipisahkan dengan pagar2 je...dahlah luas tempat dia...aduhh...memang penat dan puas hatilah datang kat sini...walaupun tiket macam mahal sikit tapi memang berbaloi2...huhu...kami habiskan masa kat sini lebih kurang sejam lebih jugaklah duk ronda2...



Besar buaya ni

Sama ada buaya kat atas gambar ni atau kat bawah gambar ni yang bernama Pak Indon iaitu antara datuk kepada buaya2 kat dalam taman buaya ni

Buaya ni berwarna kehitam-hitaman


Buaya-buaya tengah bersantai..yang kat sini tak berapa besar..

Kolam tempat buaya berenang

Gambar ni aku snap kat celah2 lubang pagar...so nampak macam takde penghalang antara pengunjung dan buaya...kekeke...




Anak aku kat atas titi..aku pun risau jugak takut buaya terlepas masuk dalam kolam besar bawah titi ni...cuma beringat jelah...tapi yang pasti pihak taman buaya ni mesti dah pastikan aspek keselamatan pengunjung..

Bergambar kat taman buaya Jong's Crocodile Farm

Buaya besar ni main sorok2 pulak...kekeke...

Buaya dalam kolam

Luas tempat dia..anak aku pun tak larat nak jalan...aku pun dah tak larat nak dukung dia...kakaka...

Buaya muncung tirus..

Buaya ni saje je datang dekat kami waktu kami tengah berehat atas kerusi...nasib ada pagar memisahkan kami dengan buaya ni...

Ayah mertua aku bergambar berlatar belakangkan buaya...hehe...

Memang takde orang berani berenanglah kat sini...siapa yang berani tu memang hebatlah...haha..



Anak2 buaya

Berlatar belakangkan anak2 buaya...kekeke...

Bergambar bersama replika besar buaya kat luar Jong's Crocodile Farm

Jong's Crocodile Farm


Selepas selesai melawat taman buaya ni, kami pun balik dan menghala ke Kuching untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu India Street yang berdekatan dengan Kuching Waterfront, tetapi sebelum tu kami cuba mencari kedai makan Muslim...memang payah betullah nak cari kedai makan halal kat sini, kebanyakan kedai2 kat tepi jalan tu adalah kedai2 makan Cina..infor yang aku dapat mengatakan kawasan sini adalah kawasan suku Bidayuh, kebanyakan mereka adalah beragama Kristian...aku rasa kat Kuching senang lagi nak cari kedai makan Muslim terutamanya masakan Melayu...last2 kami jumpa jugak restoran halal kat pekan Kota Padawan...restorannya bernama Kafe Bunga Lawang...murah je kat sini RM36 untuk kami sekeluarga...sedap pun sedap...Alhamdulillah syukur pada ALLAH SWT..Amin...



Anak anak tengah suap makanan kat sepupu dia di Kafe Bunga Lawang Kota Padawan..huhu..

Sesudah selesai, kamu pun terus menghala ke India Street untuk membeli cenderahati dan baju2 dan barangan yang lain...kami sampai kat sana pun lebih kurang jam 3.30 pm...agak panas lagilah...tapi ada jugak tempat yang redup sebab dilindungi bangunan...

Pintu gerbang India Street

Tempat kat sini pattern dia macam kat Jalan Masjid India dan Petaling Street kat Kuala Lumpur cuma ianya agak kecil berbanding kat KL...boleh dikatakan siapa yang nak beli pakaian 'I Love Kuching', kat sinilah tempat yang sesuai untuk membeli...dan pelbagai lagilah barangan yang dijual sesuai untuk pelancong2 luar...


Suasana kat India Street, Kuching

Beli anak patung lagi dia..kekeke...

Kami berehat je sementara menunggu ahli2 keluarga memborong....huhu...

Dapat jugak bergambar bertiga di India Street, Kuching ni...huhu...


Setelah selesai memborong barangan, kami pun menuju ke DBKU Orchid Park, kali ni kami tersalah tempat sebab aku tersalah ambik alamat kat google..so GPS bawa kami ke tempat lain...kehkehkeh...oleh kerana kesuntukan masa untuk menggoogle sekali lagi dalam handset untuk cari alamat dia, kami pun pergi tanya orang kat tempat kami salah tuju tu...jadi diorang bagitau kami cara nak ke DBKU Orchid Park tu, oleh kerana diorang nampak macam kami pening2 je...so salah seorang dari mereka kira braderlah menawarkan diri untuk menunjukkan jalan ke sana...huhu..brader tu bawa kami ke sana terus dengan motor berkuasa besar...kami ikut dia dari belakang...perghhh memang baik hati orang Kuching ni...dalam masa lebih kurang 10 minit kami pun sampai kat sana...kami sampai kat sana lebih kurang jam 5.40pm, waktu melawat tamat pada 6.00pm...sempat jugaklah ronda2 tengok bunga2 dan pokok kat dalam taman tu...memang bersih dan cantik landskap dia...nasiblah brader tu tunjuk...kalau tak memang tak sempatlah nak tengok keindahan pokok2 dan bunga2 kat sini...thanks bro!

Bapa mertua aku ni memang suka dengan landskap2 macam ni

Memang bersih dan cantik taman orkid ni

Pintu masuk DBKU Orchid Park

Selepas selesai kamipun berangkat ke homestay kami untuk mandi2 dan membersihkan diri, tapi tak sempat berehat lagi sebab malam ni program kami ke rumah kenalan di kami di bandar Kuching jugak, diorang jemput kami makan kat sana...perghhh bestnye...so lebih kurang jam 8.00pm kami sampai di sana...diorang buat masakan yang special2 untuk kami...terima kasih banyak semoga ALLAH SWT membalas budi baik mereka...


Di rumah kenalan di Kuching

Tuan rumah yang berbaju biru sedang memberi taklimat pada kami...hehe..

Macam2 info dapat dikongsi dari mereka ni...huhu..

Selepas itu mereka membawa kami ke kedai kek lapis yang terkenal di Kuching ni iaitu Mira Cake House, yang betul2 berada di seberang sungai di Kuching Waterfront ni...kalau kita berada di kedai Mira Cake House ni kita boleh nampaklah hotel2 di Kuching Waterfront di seberang sungai tu, memang banyaklah kek lapis dekat sini...artis2 pun dah banyak sampai kat sini berdasarkan gambar2 kat dinding yang aku tengok...harganya pun berpatutan lebih kurang kek lapis di tempat2 yang lain...boleh rekomen tempat ni untuk anda semua...

Mira Cake House

Dalam kedai Mira Cake House


Antara kek-kek lapis yang dijual...macam2 ado..kikiki...

Ada tempat lepak tu depan kedai ni...rilek dululah buat hilang penat...hehe...



Memang puas hatilah datang ke kedai Mira Cake House ni, layanan diorang pun bagus, boleh dikira peramahlah...huhu...diorang pun ada banyak cawangan kat Kuching ni...maklumlah bisnes pun maju dan mendapat sambutan orang ramai...lagipun kek diorang memang sedap selain harganya juga berpatutan...

Setelah berterima kasih kepada kenalan kami sebab bawa kami ke kedai yang memang famous ni dan ucapkan selamat tinggal, kami pun pun pulang ke homestay untuk berehat...

Saksikan video kami di hari ketiga ni :






Bersambung selepas ini...


Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.