Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Thursday, October 24, 2013

Bercuti di Pekanbaru, Riau Indonesia Sept 2013 Day 3 (Last Day)


 Dah nak abis dah holiday kami ni...aduhhh...tapi Alhamdulillah puas jugak merehatkan minda di sini disamping mengenal tempat orang...Lepas bangun pagi, kami kemas2 barang skit...and then kami turun pergi breakfast...

Paper semalam yang tak sempat nak dibaca lagi...kekeke...

 

Anak aku baru lepas mandi...



Thanks Miss!

  

Sedang menikmati sarapan


Lepas sarapan, kami pun naik bilik lagi dan kemas2 barang sehingga siap, lebih kurang jam 11.00 pagi kami pun check out..kami check out awal sebab kami nak singgah kat Pasar Bawah, ada beberapa barangan yang masih tak dibeli lagi...huhu...


Pasti menjadi kenangan




Dah nak check out dah..

 

Bergambar sekejap sementara menunggu teksi




Lobi hotel


 
Sedang menunggu Bapak Maijondri




Anakku yang sentiasa ceria...huhu..


Bapak Maijondri dah sampai...terbaekkk!



 Lepas tu kami pun bergegas ke Pasar Bawah, aku dan Bapak Maijondri tunggu kat dalam teksi je sementara Mak Mertua dan wife serta anak aku pergi membeli barangan..kekeke...setelah beberapa ketika kami pun terus menuju ke airport atau dipanggil 'bendara' di Indonesia ini.


Kaunter check in

Oleh kerana kami sampai awal di airport jadi kami berehat jelah kat sini pastu ronda2 dalam airport sebab flight kami akan berlepas pada 3.35pm waktu Indonesia, layan wifi jelah kat airport...wifi dia okay jugak..

Airport tax di Pekanbaru ni adalah sebanyak Rp75000 seorang atau lebih kurang RM20, cukai ini tidak termasuk dengan harga tiket, ia perlu dibayar semasa check in tiket kapal terbang kat kaunter Air Asia...kalau empat orang lebih kurang RM80 jugak ler..kekeke...sape2 yang nak travel ke Indonesia mesti kena tau ni dan perlulah standby awal2..kalau tak...takut jadi masalah masa check in nanti, ye la kan kalau2 duit tu dah kita habiskan untuk shopping...kekeke... 

 Di bawah ni saya printscreen senarai harga airport tax di Indonesia dan ianya berbeza2 mengikut airport..


Info airport tax di Indonesia yang saya dapat dari website ni (http://www.kembaramurni.com/?q=node/129)



Yang peliknya kat sini, surau lelaki dan perempuan tidak diasingkan...tempat solat lelaki dan perempuan adalah di tempat yang sama...


Berehat kejap



Bergambar berempat

  
Dekat balai perlepasan antarabangsa
Kami semua tak ambil checked baggage so semua bawa hand carry jelah...tapi waktu nak masuk dalam balai perlepasan, staff airasia kat sana punyalah strict dia timbang setiap bag yang nak dibawa naik, kami terpaksa susun balik barang2 dalam bag lain dan pastikan satu bag tak melebihi 7kg dan boleh muat dalam sarung tester tu..nasiblah lepas bag kami lepas disusun balik..sesiapa yang nak terbang dari Pekanbaru kena beringatlah kat sini Air Asia strict pasal berat bag dan saiz bag...

Lebih kurang 3.00pm lebih kami pun menaiki pesawat dan meninggalkan Pekanbaru ni dengan seribu memori dan kenangan..Semoga kami dapat berkunjung lagi ke kota Pekanbaru ini...


Pesawat Air Asia dah ready dah..

Sayu untuk menamatkan percutian ini


Pandangan dari dalam pesawat Air Asia


Terbang tinggi meninggalkan Pekanbaru


 Perjalanan pulang ke LCCT mengambil masa lebih kurang 50 minit...Alhamdulillah kami sampai di LCCT dengan selamatnya...Tamatlah sudah percutian kami ke Pekanbaru...


Saksikan video kami ni :





 Sekian jumpa lagi di destinasi yang akan datang. InsyaALLAH...

Sunday, October 20, 2013

Bercuti di Pekanbaru, Riau Indonesia Sept 2013 Day 2


Semalam, semua dapat berehat dan tidur dengan puas dengan suasana bilik hotel yang selesa...Alhamdulillah..

Jadi, pada pagi hari kami semua bersarapan di hotel oleh kerana pakej bilik hotel yang kami booked dah termasuk breakfast untuk 2 orang, kanak-kanak percuma. Aku hanya membayar buffet breakfast tambahan untuk aku kerana kami bertiga dewasa. Bayaran breakfast adalah Rp65000 bersamaan RM20..walaupun sarapan pagi, makanan yang dihidangkan adalah makanan berat, memang macam nilah kalau breakfast kat hotel mane2 yang pernah aku sampai sebelum ni...semua makanan berat yang sesuai untuk makan tengahari...hihi...





Antara hidangan breakfast




Sedapnye....

Lepas selesai sarapan pagi, kami pun turun ke lobi hotel dan mintak tolong staff hotel untuk telefonkan pemandu teksi semalam iaitu Bapak Maijondri, dia ada bagi kad kat aku...sebelum tu aku dah cuba call pakai handset aku sebab aku pun aktifkan roaming maxis, tapi tak dapat sebab mungkin salah masukkan kod nombor dia..lebih kurang 10 minit kemudian Bapak Maijondri pun sampai, kami minta dia bawa kami ke Pasar Bawah Pekanbaru sebab kami nak bershopping sedikitlah kat sane...hihi...masa dalam teksi tu aku cuba setting balik roaming aku...last2 dapat call Bapak Maijondri...jadi senanglah kalau apa2 hal...tak payah beli simkad Indonesia..lepas aku call Bapak Maijondri direct handset je..senanglah sekejap..

Tapi selepas tu sengsara nak bayar bil sebab cas roaming keseluruhan selepas aku dapat bil masa balik kat Malaysia adalah lebih kurang RM150...terkejut aku...memang mahal giler...aritu waktu aku pergi Shanghai cas roaming lebih kurang RM300...aku dah serik dah nak pakai roaming..itupun aku tak aktifkan mobile data...kalau ada data sekali mau beribu bilnye.....next time aku akan beli simkad mereka....



Bapak Maijondri sedang menunggu kami di depan hotel


Selepas lebih kurang 10 minit perjalanan dengan teksi, kami pun sampai di Pasar Bawah, memang aku suka datang ke sini sebab pasarnya ala2 macam Pekan Rabu di Alor Setar, Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu dan Pasar Central di Sandakan...Lama jugaklah menghabiskan masa kat sini...barangan dia takdelah murah sangat...biasa je..lebih kurang di Malaysia je..huhu...

Untuk mendapatkan cenderahati Pekanbaru, Pasar Bawah adalah tempat yang paling sesuai...bangunan dia lebih kurang 3 tingkat...letih jugaklah kalau nak ronda semua...kekeke...



Family aku sedang menaiki tangga di Pasar Bawah



Mak mentua aku sedang memilih barangan



Antara barangan yang dijual


Selepas kepenatan bershopping dan meronda kat Pasar Bawah ni, kami pun rehat sekejap di sebuah restoran di sebelah Pasar Bawah ni untuk menghilangkan kehausan kami...tapi yang kelakarnya payah betul nak order minuman, waiter dia tak berapa paham istilah orang Malaysia, sebab payah sangat nak order air sebab diorang tak paham, last2 aku order teh ais, last2 dia hantar teh o' ais...haha...minum jelah...huhu...mungkin istilah nama minuman di Indonesia dan Malaysia berbeza...



Restoran sebelah Pasar Bawah, selesa juga tempat dia...




Anak kesayangan kami bersama Mak Toknya


Lepas sudah minum air semua, kami pun masuk balik ke Pasar Bawah tu, kali ni kami pergi kat tingkat paling bawah sekali, kat bawah ni diorang banyak jual makanan...




Kat tingkat bawah sekali di Pasar Bawah





Aikkk..Pakaian pun ada dijual tapi tidak sebanyak di tingkat atas



Antara kerepek yang dijual, aku difahamkan kerepek ini berasal dari Padang

Selepas selesai bershopping, kami pun menunggu ketibaan pemandu teksi Bapak Maijondri untuk mengambil kami ke destinasi berikutnya, tapi malangnya Bapak Maijondri sedang menghantar penumpang lain, jadi dia suruh kami tunggu dulu...sementara menunggu kami pun jalan2 dekat depan Pasar Bawah...lalu tiba2 hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Pekanbaru ni...



Kat depan Pasar Bawah baru lepas hujan


Sambil menunggu sambil aku berjalan tengok tempat kat berhampiran Pasar Bawah ni, aku berjalan menghala ke sungai di Jalan Akbar, aku nampak pejabat polis kat sane..baguslah ada pejabat polis dekat2 dengan Pasar Bawah ni...tapi Alhamdulillah orang2 di Pekanbaru baik2 belaka...kami berjalan di sana tanpa sebarang gangguan dan masalah...




Kantor Polisi



Mungkin ini pejabat air dan saliran kot...hehe..

Lepas tu Bapak Maijondri bawa kami ke Gedung Ramayana, kat sane macam shopping complex je..banyak lebih kepada pakaian2 yang ada di sana...Lama jugaklah masa dihabiskan kat sini...



Gedung Ramayana



Antara baju batik yang dijual

Tetapi kat sini baju seperti " I Love Pekanbaru" ataupun yang sewaktu dengannya langsung tak dijual, puas kami cari tapi tak jumpa... kalau nak beli baju macam itu kena pergi beli kat Pasar Bawah jugak...kami ingatkan ada dijual kat sini...mula2 kami beli sikit jela baju macam tu kat Pasar Bawah sebab ingatkan kat sini ada banyak pilihan lagi..rupanya sangkaan kami meleset...nampak gaya kena pergi balik ke Pasar Bawah besok pagi sebelum balik Kuala Lumpur untuk dijadikan cenderamata untuk saudara mara..

Selepas tu kami pun singgah kat kedai Sate Bundo Kanduang yang bermaksud Ibu Kandung...itupun kawan aku orang Minang kat Malaysia tolong terjemahkan kat aku maksud dia waktu dah balik ke Malaysia...kekeke..Kedai ni menjual sate Padang, maklumlah kami tak pernah makan, jadi kena cuba jugaklah...walaupun Pekanbaru asalnya tempat suku Melayu tetapi kebanyakan yang ada kat sini adalah dari suku Minang, ciri2 Melayu hanya dapat dilihat oleh struktur bumbung bangunan jelah...




Restoran Sate Bundo Kanduang ( Satay Ibu Kandung)

Gambar dalam restoran ini yang bercirikan Minangkabau


Lagi satu yang aku nak kongsi kat sini, kalau kita order air buah kat Pekanbaru ni diorang akan kisar buah terus, so air dia pun pekat giler...huhu...Pastu Sate Padang memang berbeza dengan satay kacang kat Malaysia...terkejut jugak aku tengok kuah satay dia...tapi sedap jugak...walaupun agak pedas sedikit...hehe..



Air mango yang pekat...huhu




Sate Padang



Perghhh...licin dah...tinggal kuah je...huhu..




Di antara teksi yang ada kat Pekanbaru

Dah nak dekat waktu petang, kami pun pulang ke bilik hotel untuk berehat...memang penat jugaklah...tapi puas hati...

Satu lagi money changer kat sini tutup awal, selepas jam 5.00pm kebanyakan money changer akan tutup...tukaran matawang diapun lebih kurang je dengan kat Malaysia...jadi tak payah bimbang kalau kita tak sempat nak tukar kat Malaysia..tapi ingat tukar dulu duit sebelum jam 5.00pm..

Selepas berehat di bilik hotel, kami pun turun untuk mencari makan malam di luar hotel untuk dibungkus, tiba2 kami terfikir apakata kita tengok menu kat hotel ni dan harga dia...lepas tengok harga dia, aku rasa agak berpatutan jugak, so tanpa berfikir panjang kami semua memutuskan untuk dinner kat hotel je...perghh first time dinner kat hotel bersama family...memang bestlah...memang betul2 rasa mood bercuti...huhu...Alhamdulillah..



Meja dinner di hotel


Seronok dapat dinner kat hotel



Sedapnyer..




Enjoy betul dinner ni...kikiki...



Anak aku pun seronok dinner kat hotel...huhu

Lepas dinner, kami semua naik balik ke bilik hotel dan berehat...tapi sebelum tu aku macam biasalah turun kat lobi hotel duk lepak dan bersembang dengan staff hotel dan pengunjung2...memang ramah betul diorang ni...huhu...

Tapi yang sedihnya besok kami dah nak berangkat balik ke KL...

Sesudah itu kami semua pun ZzZz...


Saksikan video kami ni :








Bersambung selepas ini untuk hari ketiga (terakhir)

Saturday, October 12, 2013

Bercuti di Pekanbaru, Riau Indonesia Sept 2013 Day 1


Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini aku sekeluarga pergi Pekanbaru, Riau Indonesia, kiranya inilah kali pertama kami jejak kaki ke bumi Indonesia. Aku memilih destinasi Pekanbaru ni sebab Air Asia buat promosi lebih kurang rm100 pergi balik, so apalagi...rugilah kalau tak ambil kesempatan ni..Sebelum ni pun aku pernah bersembang dengan orang Indonesia yang berada di Malaysia, mereka mengatakan bahawa bahasa Melayu Riau tak jauh beza dengan bahasa Melayu di Malaysia, lagi satu diorang bagitau bahawa suku Melayu banyak di bumi Riau ni..jadi memang dah lama aku pendam nak jejak bumi Riau ni yang mana bandarnya adalah Pekanbaru ni...tapi yelahkan nak pergipun tiket dah berapa waktu tu...jadi aku memang selalu tengok tiket promosi Air Asia termasuk ke destinasi2 yang lain seperti Medan, Jakarta, Padang dan lain2 lagi...

Tiba2 tengok tiket promosi ke Pekanbaru, kena baik dengan cuti aku, duit gaji pun baru masuk...so apalagi tungguuuu...terus aku snapped up tiket satu family...kekekeke...Alhamdulillah...

Boleh di katakan jarang rakyat Malaysia yang melancong ke Pekanbaru, melainkan mereka ada urusan bisnes atau keluarga di sana sebab Pekanbaru bukannya terkenal sebagai pusat perlancongan tetapi sebagai tempat perindustrian sebab mereka mempunyai banyak hasil minyak...

 Flight kami ke Pekanbaru adalah pada jam 10.50 pagi, kami pergi awal skitlah takut terlewat maklumlah tak pernah lagi terbang untuk penerbangan antarabangsa di LCCT ni...mula2 aku dropped dulu family aku kat LCCT pastu aku pergi parking tempat parking murah RM16 sehari bersebelahan dengan pejabat pos...jauhlah sikit...tapi murah...tapi pergghhhhh....parking ni pun hampir penuh, aku terpaksa parking kat tempat antara terhujung sekali...mungkin lebih kurang 2km aku terpaksa menapak berjalan kaki ke LCCT dari tempat parking kereta....berpeluhhhh aku...kekekeke...



Sebelum masuk tempat perlepasan antarabangsa di LCCT



Sedang menunggu flight di balai perlepasan antarabangsa




To Pekanbaru...kekeke..






Kapal terbang Air Asia, tapi kami naik kapal terbang lain...saje je snap gambar ni..duk depan kami masa menunggu..kikiki...



Dalam perjalanan untuk menaiki kapal terbang


Aku memang agak excited jugak kali ini sebab inilah first time in my life aku bakal sampai di bumi Indonesia, bangsa serumpun dengan kita tetapi dipisahkan oleh penjajah British dan Belanda...Perjalanan memakan masa selama 45 minit je untuk sampai ke sana...dekat je sebenarnya...kami bertolak tadi lebih kurang 10.50a.m waktu Malaysia dan sampai di Pekanbaru pada jam 10.40am waktu Indonesia...dah sampai sana aku terpaksa tukar time kat handset aku sebab aku tak bawak jam tangan...haha...



Dalam aircraft



Masa dalam penerbangan tu, aku bersembang dengan penumpang di sebelah aku, beliau berbangsa Cina tetapi fasih berbahasa Indonesia...rata2 orang Cina di Indonesia memang cakap macam orang Indonesia sendiri...payah dah nak beza...hebat betul pemerintah Indonesia ni...sambil2 tu aku pun selidik2lah dengan dia berkenaan Pekanbaru ni...memang dia sangat sporting...sebelum sampai tu penumpang dari Malaysia kena isi 2 borang (kastam dan imigresen). Bapak dari Indonesia tu bagitau aku yang kastam Pekanbaru sangat strict kalah kastam Malaysia atau Singapore...fuyyooo....



Anak aku keletihan bersama Mak Tok dia..kekeke



Awan melitupi bumi Sumatera, aku pun hairan kenapa kat laut awan tak berapa banyak macam kat daratan? Kena belajar sains lagi aku ni...kekeke...


Keadaan udara waktu kami mendarat di Airport agak berjerebu, aku pun perasan macam bau asap masuk dalam flight..Pastu aku terfikir, kalau jerebu teruk kat Pekanbaru ni, terpaksalah kami duk dalam bilik hotel je....Airport Pekanbaru ni masih dalam proses renovation tetapi airportnya cantik setanding dengan airport2 di Malaysia...




Keadaan yang agak berjerebu





Alhamdulillah berjaya jugak sampai ke bumi Indonesia




Ini baru aircraft yang kami naiki...hehe...



Selepas mendarat, kami semua dibawa dengan bas ke airport Pekanbaru ni, perghh bestnyer...tak payah jalan jauh2...kalau kat LCCT ada perkhidmatan bas kan bagus....kekeke....



Bas mengangkut penumpang ke airport




Kami dah kat Pekanbaru dah..huhu...


Lepas tu kami pun beratur untuk pemeriksaan imigresen, lepas tu pemeriksaan kastam pulak...waktu ni semua barang kena scan pulak...memang ketat...Alhamdulillah dah setel semuanya kami pun pergi cari restoran untuk mengisi perut kami yang dah nak berbunyi...huhu...hotel baru boleh check in jam 12.00pm nanti...jadi untuk tidak membuang masa, kami pun singgah kat restoran dalam airport ni, sebelum order kami cek banding2kan dulu harga dia...okaylah takdelah mahal sangat...biasa2 je...




Bergambar dulu sebelum makan...huhu...




Banyak tuu..macam tak larat nak habiskan jer...



Anak aku pun enjoy makan bersama Mak Tok dia..hihi..



Sedap betul...nasi goreng tomyam...udang dan sotong pun banyak diletakkan dalam nasi ni...





Tu dia...licin dah...kekeke...






Lebih kurang RM45...kira okaylah tu...ini makan kat airport bukan kat kedai biasa...hehe...



Berbaloi jugak mengisi perut di restoran ni, kalau makan macam ni kat KLIA tak tahulah berapa...entah2 dekat RM100 kot....makanan kat KLIA memang mahal tahap gaban...kekeke...



Sultan Syarif Kasim International Airport...cantik dan moden...


 Lepas tu aku pun ambik teksi untuk ke hotel penginapan kami iaitu Hotel Grand Central Pekanbaru, teksi kami kali ni adalah kereta Proton Wira...perghhh ada jugak kereta Proton Wira kat sini...kebanyakan teksi kat Pekanbaru ni adalah kereta Proton Wira dan Vios...hebatlah diorang ni kereta Vios jadi teksi je...haha...


Dalam perjalanan tu, aku dapati penduduk Pekanbaru ni suka tekan2 hon, bukan maksud marah tetapi lebih kepada nak inform kat kereta depan yang mereka berada di belakang dan nak memotong..nasib aku dah baca satu blog yang mengatakan kat Pekanbaru ni diorang suku tekan2 hon, kalau tak terkejut jugak aku...Tapi kalau orang Pekanbaru drive kereta kat Malaysia macam ni mau kena marah dengan orang ramai...kekeke...

Perjalan dari airport ke tempat penginapan kami lebih 7km tambang meter teksi lebih kurang Rp50000 bersamaan lebih kurang RM13...okaylah agak murah jugak berbanding di Malaysia...berbanding teksi aiport Alor Setar Kedah ke rumah Mak Mentua aku pun dah kena cas RM18 walaupun jarak lebih kurang 2km...kalau ke bandar Alor Setar lebih kurang RM25...mahal giler...



On the way ke Grand Central Hotel


 Dalam teksi tu, aku banyak bersembang dengan pemandu teksi dan bertanya pasal Pekanbaru ni...diorang tak sombong untuk berkongsi cerita...boleh dikatakan majoriti penduduk kota Pekanbaru ni adalah suku Minang yang berhijrah dari Padang, dulunya majoriti penduduknya adalah suku Melayu, tetapi tanah2 suku Melayu ni di tengah2 kota ni banyak telah dijual...kebanyakan suku Melayu sekarang ni banyak menetap di pinggir2 bandar...

Hotel Grand Central ni aku booked via agoda.com lebih kurang RM200 termasuk breakfast untuk 2 orang...sepatutnya kena bayar deposit masa nak check in, tapi aku dah telefon awal2 untuk waived kan...tapi diorang kata tetap kena bayar deposit dan akan dipulangkan, tau2 masa aku check in diorang tak mintak pulak...perghh..terbaeklah...boleh pakai duit tu untuk jalan2...kekeke...



Tengah check in hotel


 
Lobi Grand Central Hotel Pekanbaru


 


Macam biasalah anak aku, melompat sane...melompat sini...huhu...





Selesa jugaklah bilik dia...


Lepas check in, kami semua terus masuk bilik dan landing...perghhh...mengantuk giler aku rasa...dengan katil dan bantal dia yang lembut ditambah dengan aircond yang sejuk...memang lenalah kami tidur...anak aku je tak tidur...dia duk main sorang2, kadang2 dia kacau Mak Tok dia tidur...pastu dia tengok tv...memang best hotel ni...lagipun hotel ni agak baru...


 Yang menjadi masalahnya, apabila tengok socket kat hotel ni, aku pening...aduh macam mana nak recharge handset dan laptop aku ni...socket dia 2 pin je...berbeza dengan kat Malaysia yang socketnya 3 pin...Last2 sebelum keluar jalan2 aku mintak dekat kaunter kot2 diorang ada socket 2 pin..diorang pun tak ada, jadi ada salah sorang staff kat situ bawa aku untuk pergi beli socket 2 pin, kali ni dia bawa aku pakai kereta Innova pihak hotel untuk ke kedai elektrik, mereka di sana panggil toko (kedai), barang letriknya pun murah je lebih kurang RM1.50 sebiji...kalau kat Malaysia mau nak kena RM5..kehkehkeh...

Masa keluar dengan staff hotel tu, aku dapati bahawasanya kedai2 menjual barangan banyak dikuasai oleh kaum Cina, sama macam kat Malaysia...maknanya orang2 Cina ni memang rajin berniaga...

Terima kasih banyaklah kepada jasa baik staff Grand Central Hotel Pekanbaru ni... kalau tidak tak bercaslah handset dan laptop aku...





Tengok....macam mana nak cas handset kalau socket dia macam ni?


 


Jeng jeng jeng...inilah penyelesaiannya untuk mengecas handset anda...kekeke...dapatkan di toko2 (kedai2) berhampiran...huhu..



 Lepas tu kami mintak tolong staff hotel ni untuk memanggil teksi, driver teksi tu bawa kami ronda2 bandar Pekanbaru dan kemudiannya aku suruh dia bawa kami ke Masjid Agung An-Nur, waktu tu pun dah nak masuk petang dah...tambang teksi meter dari hotel tadi dari meronda2 Pekanbaru sehingga ke Masjid Agung itu adalah sekitar Rp47000..lebih kurang RM13 je...agak murah jugak...



Tengah meronda bandar Pekanbaru bersama Bapak Maijondri (085365430465) memang sangat baik orangnya...





Kelihatan kenderaan beroda tiga



 Pada mulanya, driver teksi tadi nak tunggu, oleh kerana kami pun tak tahu berapa nak jalan2 kat Masjid Agung An-Nur ni, aku pun cakap tak payahlah tunggu, lagipun takut cas dia menunggu ni mahal...


 
Meronda di depan Masjid Agung An-Nur Pekanbaru, Riau







Masjid An-Nur yang tersergam indah






Masjid Agung An-Nur ni memang menjadi mercu tanda bagi Pekanbaru ni..orang ramai juga boleh datang ke sini untuk berekreasi selain untuk bersolat...agak ramai juga keluarga yang membawa anak2 kecil beriadah di sini...



Berehat di kawasan beriadah di depan Masjid Agung An-Nur



Kami rehat kat sini sehingga azan Maghrib berkumandang, jadi kami pun nak balik ke hotel dan hanya buat solat jamak di bilik hotel saja...tapi nak cari teksi tak jumpa pulak dah...last2 aku mintak tolong pak guard yang jaga masjid ni, lalu datangla teksi kuning menjemput kami, perjalanan dari masjid ni ke hotel kami lebih kurang 5 minit je, tapi dia cas kami Rp50000...memang cekik darah...dahlah tak pakai meter...aku pun tak perasan yang dia tak pakai meter mula2 tadi...tapi dah kalut sebab hari dah gelap apa boleh buat...berbeza dengan teksi yang mula2 siap ronda2 Pekanbaru baru Rp47000 tapi yang ni tak sampai 5 minit pun dah cas Rp50000...apa punya orang daa...Alangkah baiknya kalau aku suruh teksi yang mula2 tu tunggu, entah2 cas menunggu pun murah je...aku pun silap tak cek berapa cas menunggu...takpelah lain kali dah tahu dah caranya macam mana...huhu..

 Dah sampai hotel, aku pun pergilah beli makanan dengan wife aku, anak aku dengan Mak Tok dia tunggu kat dalam bilik hotel, kedai makan berhampiran hotel ni banyak, tapi kami nak beli kat kedai kat seberang jalan kononnya sedap, driver teksi Bapak Maijondri yang bagitau...tapi nak lintas jalan punyalah payah...kereta tak putus2...aku tengok kereta kat Pekanbaru ni banyak yang moden2...hampir setandinglah dengan di Malaysia...



Bergambar dulu kat depan hotel




Alhamdulillah Indonesia juga meraikan hari kemerdekaan Malaysia




Wife aku tengah order..





Singage kedai ni

Makanan dan minuman kat restoran ni agak mahal..lebih kurang kat Malaysia je, pastu kami pun nak balik ke hotel, tapi nak lintas jalan punyalah payah, lebih kurang 10 minit baru berjaya lintas jalan...perghhh...kereta tak putus2...sepatutnya diorang kena buat jejantas kat depan hotel ni....kekeke...





Bergambar kat lobi hotel bersama isteri tersayang





Piano kat lobi hotel

 Lepas hantar makanan kat bilik hotel, wife aku dan anak serta mak mertua makan dulu, aku turun lagi ke lobi lepak dengan staf2 hotel sebab tak terasa lapar lagi...kekeke.. macam2 aku sembang ngan diorang...cukup peramah orang Pekanbaru ni...lepas tu aku pun naik bilik untuk berehat dan zZzZ...


Video kami pada hari pertama di Pekanbaru :









Bersambung selepas ini di hari kedua kami...



Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.