Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Saturday, March 29, 2014

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu...hari ini Mak aku tak nak keluar pergi berjalan sebab tak larat, dia nak berehat kat bilik hotel jer...puas pujuk dah..tapi Mak aku nak rehat tengok tv je kat bilik...aku pun pasrah semoga bondaku selamat duk rehat sorang2 dalam bilik hotel nanti, waktu kami pergi Sandakan tahun lepas pun, ada jugak hari yang Mak aku tak keluar jalan2 hanya rehat dalam bilik hotel jer...aku pun tak nak paksa2 asalkan Mak aku bahagia dan gembira...arini mungkin kami akan balik awal sikit...



Kat lobi hotel



Menuju ke restoran di The Square Hotel



Hidangan buffet di hotel pada hari ketiga..



Berselera pagi ni kami makan..huhu...



Anak aku pun berselera jugak makan..



Bergambar bersama

Kat The Square hotel juga ada swimming pool jugak terletak betul2 sebelah restoran...tapi sepanjang aku travel dan duk kat mana2 hotel ni, tak pernah lagi aku mandi kat swimming pool ni...rugi jugakla...tapi nak buat camane dah tak minat nak mandi kolam...kekeke...




Tempat berehat kat kawasan swimming pool



Nak makan kat sini sambil tengok orang mandi-manda pun boleh jugak...hehe..






Kolam dia kecik je...

Sebelum keluar, kami sempat jugaklah bergambar kat lobi hotel ni untuk dijadikan kenangan...kagum dengan hotel ni, walaupun murah tapi bertaraf 3 bintang serta tempatnya bersih dan layanannya jugak bagus...hiasan dalaman hotel ni pun cantik...kalau tengok dalam website dia nama sebenar dia adalah The Square Arcade Apartment...tapi tak macam apartment pun...kekeke...



Satu tempat di lobi

Selepas selesai bersarapan pagi, aku pun pergi hantar mak aku untuk berehat dalam bilik dan kemudian kami pun keluar untuk menaiki teksi ke destinasi berikutnya iaitu Kebun Binatang Surabaya, kami pergi sana hanya semata2 nak ambil gambar kat Monumen Surabaya yang menjadi mercu tanda Kota Surabaya ni...kalau kat Indonesia perkataan "bandar" diorang panggil "kota", kalau kita sebut "bandar", diorang akan paham "lapangan terbang" sebab kat Indonesia "lapangan terbang" dipanggil "bandara"...hehe...sedikit info yang aku sendiri perasan kalau bercakap dengan orang Indonesia ni...kekeke.




Perhentian teksi betul2 kat depan The Square...Alhamdulillah mudah je urusan...

Perjalanan ke Kota Surabaya ni dari The Square Hotel kat Rungkut ni mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan kos teksi bermeter lebih kurang Rp70000 (RM20)...kali ni driver teksi ni pun baik hati, suka berkongsi info dengan kami, pastu pandai buat lawak pulak...aku bantai gelak banyak kali dalam teksi tu...kahkahkah...jalan kat Surabaya macam biasalah jem selalu...masa sampai kat Kebun Binatang tu driver teksi tu sempat bagi nasihat supaya berhati2 dengan penyeluk saku atau pencopet...terima kasih atas ingatan pak cik...kami memang selalu beringat, tambah2 lagi passport...


Inilah dia Kebun Binatang Surabaya atau Zoo...



Pergghhh...bangga betul boleh bergambar berlatar belakangkan Patung Ikan Yu (Suro) dan Buaya (Boyo) ni...Inilah mercu tanda Kota Surabaya, yang mana kononnya Ikan Yu dan Buaya bertarung...sebab tulah tempat ni dipanggil Surabaya






Anak aku beli mainan buih2 pulak dah...tapi macam cantik pulak bergambar sambil ada belon2 buih berterbangan..



Umi dan anak




Abah dan anak




Bergambar bertiga pulak




Bersama Mak Tok dia pulak...


Harimau pun ada...



Gajah pun ada...



Kalau kita berada kat depan patung ikan yu dan buaya ni, banyak jugak cameraman tempatan yang menawarkan pakej bergambar...tapi memandangkan aku dah bawak camera...so aku tak ambiklah pakej diorang...last2 aku mintak salah seorang dari mereka untuk tolong ambik gambar kami semua...nasib dia baik hati..risau jugak takut dia mintak bayaran jugak...kekeke...baik hati orang Surabaya ni..takdelah nak paksa pelancong ambik pakej gambar mereka...






Boleh baca sendiri ye..kekeke...


Kami tak masuk pun ke dalam Kebun Binatang Surabaya ni, sebab kena bayar tiket...lagipun kat Malaysia pun banyak jugak zoo..tu pun ada lagi zoo kat Malaysia kami tak sampai2 lagi...kekeke...lepas bergambar kami pun pergi berehat kat kedai makan sebelah Kebun Binatang Surabaya ni untuk menghilangkan dahaga...dah selesai semuanya, kami pun tahan teksi untuk ke Pusat Grosir Jembatan Merah, dekat je dari sini..

Jambatan Merah ni adalah tempat bersejarah jugak, kalau tak silap berlaku jugak pertempuran semasa zaman perang tu kat sini....masa pusing2 dalam Pusat Grosir Jembatan Merah ni, barulah kami jumpa cenderahati seperti keychain kat tingkat atas sekali, magnetic fridge tak jumpa lah pulak...keychain pun tak banyak pilihan kat sini...last2 aku beli jugaklah sikit untuk dijadikan kenangan..takut2 tak jumpa dah keychain kat tempat lain...pastu nak kena patah balik ke sini...kekeke...



Mak Mertuaku sedang memilih barangan...



Pusat Grosir Jembatan Merah



Melangkah keluar dari Pusat Grosir Jembatan Merah

Masa keluar dari Pusat Grosir Jembatan Merah ni, banyaklah teksi kat luar ni...destinasi kami seterusnya adalah Sunan Ampel lagi sebab ada beberapa barangan yang Mak Mertua aku tak sempat nak beli semalam kat bazar Sunan Ampel, tapi teksi kat sini diorang tak nak pakai meter kalau nak ke Sunan Ampel, sebab dekat je...beca pun ada..tapi nak naik beca waktu tengahari, takut kami tak tahan panas jelah...huhu...teksi tak bermeter ni cas mahal giler dekat Rp30000 (RM9) dan yang paling murah aku tanya pun Rp25000 ( RM6.5)..last2 aku jalan keluar jalan besar untuk tahan teksi bermeter....so kami naik teksi bermeter untuk ke Sunan Ampel dan hanya kena cas Rp15000 (RM4.5) walaupun dekat je...itu adalah bayaran minimum apabila menaiki teksi di sini...so apapun baik naik teksi bermeter untuk selamat...lebih kurang 5 minit kami pun sampai di Sunan Ampel...




Kat Bazar berhampiran Masjid Sunan Ampel



Berlatar belakangkan Masjid Sunan Ampel



Bazar berhampiran Masjid Sunan Ampel






Meriahnya bazar kat Sunan Ampel ni..



Macam2 ado...

Selepas kepenatan meronda2 kat bazar di Sunan Ampel ni, kami pun singgah kat restoran di sekitar bazar tu untuk makan tengahari, lupa dah nama restoran tu...



Antara menu yang ada...



Semua tengah kepenatan dan kelaparan waktu ni....



Kali ni aku bedal nasi dengan lauk daging kambing...sedap giler...


Lepas selesai menjamu selera..kami pun ronda sekejap kat bazar ni..pastu terus berjalan keluar ke jalan besar dan ambik teksi untuk balik ke hotel...



Jalan kecil dari bazar di Sunan Ampel ke jalan besar



Kira awal jugaklah kami sampai ke hotel lebih kurang jam 5.00pm arini...nak ronda2 tempat lain pun duit pun dah kurang dah...kekeke...lagipun nak tinggal Mak aku sorang2 kat hotel lama2 pun tak sedap hati jugak...so boleh berehat kat hotel..leganya...tapi esok dah nak balik dah...sedihnya...




Permandangan dari tingkat 16 dalam bilik hotel aku..gayat tu...saje letak beg kat tepi cermin tu untuk menghalang kami mendekati cermin tingkap tu...risau tu sebab tak berapa yakin dengan kekuatan cermin tu...



Tingkat 16 tu...


Saksikan video kami di hari ketiga di Surabaya :-








Bersambung selepas ini pada entry hari terakhir kami di Surabaya...

Sunday, March 23, 2014

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 2

Selepas puas tidur semalam, kami pun bersiap untuk bersarapan pagi di hotel ini, waktu buffet breakfast kat hotel ni awal dari jam 6.00am sehingga 10.00am..tapi yang sedihnya hidangannya tak berapa banyak berbanding hotel2 yang pernah aku pergi sebelum ni..yela hotel ni murah sikit..padanlah dengan harga dia...kalau nak sedap2 pilihlah hotel mahal2..duitpun kenalah banyak...kekeke..tapi takpe yang penting boleh isi perut...


Restoran di The Square Hotel


Mak dan wife aku sedang memilih hidangan


Enak menjamu selera


Inilah first time aku bawak Mak aku breakfast kat hotel

Oleh kerana tangan anak aku masih lagi sakit, jadi selepas breakfast ni kami pun plan nak bawak dia jugak ke hospital atau klinik, banyak jugak hospital aku survey kat google tadi..tapi tula tak tau keadaan hospital macam mana dan bayaran dia berapa di Surabaya ni..maklumlah kami ni kan warga asing...aku cuba jugak cari Kedutaan Malaysia kat Surabaya, tapi tak jumpa...mungkin takde kot...pening kepale jugaklah...mood bercuti pun dah hilang...inilah antara perkara2 yang tak dijangka...beringatlah lepas ni kalau nak travel...

Last2 aku pergi tanya kat staff di kaunter, diorang pun tulis nama hospital ni iaitu Rumah Sakit Royal Surabaya..so aku pun tunjukkan kat driver teksi kat bawah hotel ni, terus diorang bawak kami ke sana...aku pun tak tahu macam mana keadaan hospital dia ni...setelah beberapa minit kamipun sampai...taklah jauh sangat...tapi perggghhh memang cantiklah hospital dia, kalau kat Malaysia ni confirm hospital swasta..hati ni risau gak berapa entah casnya nanti...tapi tak kisahlah janji anak aku sihat..kalau duit habis bayar bil hospital ni...kami duk hotel jelah...tak payah pergi jalan mana2...nak buat macam mana...kekeke...


Anak aku menangis semasa diperiksa


Cantik tu hospital ni

Sebelum check tu aku tanya siap2 berapa casnya untuk check tangan anak aku ni...diorang pun bagitau Rp65000 (RM20) untuk kos cek, Rp130000 (RM35) untuk X-Ray...fuhh lega aku dengar explanation tu..taklah mahal sangat dan lagi murah dari Malalysia, aku risau kalau bil dia beratus2 atau beribu2 ringgit maklumlah sebab aku kan orang luar atau warga asing ,bukannya orang Indonesia, sebab aku pernah dengar orang kata kos perubatan kat negara luar bagi kita orang luar atau warga asing memang mahal sebab takde subsidi...macam foreingners yang cek kat hospital kerajaan kat Malaysia, kan bayarannya lebih mahal dari orang tempatan..okay sambung balik..lepas tu terus aku setuju untuk cek anak aku...rawatan dan layanan diorang memang bagus...respeklah..doktor2 dan para staffnye yang cukup sporting walaupun anak aku memang payah nak bagi kerjasama...



Rumah Sakit Royal Surabaya


Kawasan luar hospital


Tak pernah lagi waktu melancong kena pergi ke hospital...pengalaman berharga beb...huhu...

 
Anak aku pulak payah nak bagi kerjasama, duk menangis dan meraung2 sebab tangan dia tak boleh nak digerakkan...sakit katanya..anak aku ni manja sikit..bukan boleh sakit sikit..sakit sikit pun macam sakit teruk...jadi aku tak boleh agak dia betul2 sakit teruk ke atau sakit sikit2 je...takpelah yang penting kita bawa dia ke hospital baru hati senang...dok nak pegang tangan dia pun dia tak bagi...susah jugaklah doktor nak cek...last2 doktor kata kena X-Ray jugak tangan dia...kat dalam bilik X-ray tu lagi la payah nak X-Ray, anak aku pulak mengamuk nak keluar...aduhh..letih jugak nak pujuk... mula2 wife aku kena pegang anak aku waktu X-ray, aku tunggu kat luar, lepas dah sudah X-ray tu, doktor kata kena X-ray sekali lagi sebab tak berapa jelas gambar tu, mungkin tangan anak aku bergerak2 kot macam X-ray tadi...pastu doktor cakap tulang tangan dia tak patah atau retak...fuhh leganya...pastu doktor cakap lagi tapi sendinya macam terkeluar dari tempatnya..kalau terkeluar kena refer ke bahagian Ortho...perggghhh risau tahap dewa dah ni...adooiii...haraplah lepas X-ray sekali lagi ni resultnya okay...

Pastu aku pulak pegang anak aku untuk X-ray berikutnya, time aku ni pun dekat 2 kali jugak diorang ambik X-ray, risau gak aku pasal kesan radioaktif X-ray ni maklumlah anak aku dah kena X-ray dekat 4 kali dah kalau tak silap...bahaya tu...setahu aku sekali X-ray dah banyak sel-sel kita mati...inikan pula 3 atau 4 kali...tapi takpe...Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua...Amin



Anak aku dah okay dah..Alhamdulillah...



Lepas tu aku bawak anak aku keluar sementara nak tunggu penjelasan dari doktor, kat luar tu aku bawaklah anak aku jalan2...lebih kurang setengah jam kemudian, anak aku bagitau dan tunjuk kat aku yang tangan dia dah boleh gerak2..mungkin dah tak sakit kot...Alhamdulillah...pastu dia tunjuk kat semua orang...Akhirnya setelah hampir sejam menunggu doktor pun bagitau yang tangan anak aku okay takde apa2..Alhamdulillah..aku pun tunjuk kat doktor tu yang anak aku dah boleh gerakkan tangan dia dah...doktor cakap cuma bengkak je tangan dia...so doktor pun just bagi ubat sapu...Alhamdulillah ALLAH SWT memakbulkan doa kami semua...barulah lega nak boleh teruskan misi kami...huhu...

Lepas tu kami pun mintak tolong staff kat kaunter hospital tu untuk menghubungi teksi, selepas teksi datang ambil kami...kami pun terus menuju ke bandar Surabaya, destinasi pertama kami adalah Pasar Genteng..rupa2nya dari kawasan hotel kami kalau nak ke Bandar Surabaya ni jauh jugak, mengambil masa lebih kurang 30 minit jugak memandangkan jalan jem, dan tambang teksi bermeter lebih kurang Rp70000 (RM20)..okaylah tu..takdelah mahal macam kat Malaysia...kekeke..



Menuju ke Pasar Genteng, driver teksi ni memang peramah..banyak info2 yang dikongsikan..


Dah sampai Pasar Genteng ni, kami pun ronda2 je...kat belah bawah banyak buah2an dan belah atas banyak barangan elektronik...kami tak beli ape pun kat sini sebab barangan dia macam tak menarik je...




Pasar Genteng



Papan informasi Pasar Genteng
 

Sesudah itu kami tahan teksi lagi untuk ke Pusat Grosir Surabaya (PGS), kat sini memang banyak giler barangan..daripada baju, mainan dan macam2 lagi...kecuali keychain2 dan magnetic fridge aku tak jumpa pulak kat sini...memang aku syorkan kalau sape2 nak ke Surabaya, singgahlah kat Pusat Grosir Surabaya ni...sekurang2 peruntukkan separuh hari untuk ronda kat sini saje..sebab kedainya bertingkat2...



Pusat Grosir Surabaya



Kat dalam Pusat Grosir Surabaya

Mak mertua aku sedang tawar menawar


Kat kedai jual kain pelikat wanita berketuranan Arab



Banyak masa dihabiskan kat Pusat Grosir Surabaya sehingga duit Rupiah kami pun dah nak habis...aduhhh...nak kena cari Money Changer pulak..semua dah kelaparan dah sebab lama sangat duk dalam pasaraya ni..memang ada restoran kat dalam pasaraya ni tapi kami bercadang nak makan kat Sunan Ampel..

Lepas selesai membeli belah kami pun tahan teksi untuk ke Sunan Ampel tapi sementara tu kami mintak tolong driver teksi hantar kami ke Money Changer yang berdekatan..dia hantar aku kat Money Changer kat Sunan Ampel jugak...perlu diingat Money Changer hanya bukak pada waktu pejabat je...kalau lambat tukar...memang masalah...Alhamdulillah dapat jugak tukar duit Rupiah..Alhamdulillah driver teksi ni pun peramah dan suka juga untuk berkongsi info tentang Surabaya..lepas tu driver teksi terus hantar kami ke Restoran Doa'N untuk menjamu makanan arab...salah seorang penjual kat Pusat Grosir Surabaya yang bagitau kami untuk makan kat situ...boleh tahanlah makanan dia..hargapun mahal gak sikit...hehe..



Mak aku bergambar kat depan Doa'N Restaurant

Antara menu dan harganya

Sedia untuk makan





Nasi Arab dengan ayam



Anak aku macam biasalah sibuk dengan mainan baru dia laa....huhu..



Aku pun nak bergambar jugak...kekeke..


Kat sebelah restoran ni ada disediakan surau..jadi bolehlah kami menunaikan solat Jamak di sini...walaupun pada mulanya kami ingin menunaikan solat di Masjid Sunan Ampel, oleh kerana kesuntukan masa...kami bersolat di sini sahaja...



Antara harga yang dipaparkan di luar restoran





Cameraman bergambar lagi...



Selepas dah selesai bersolat dan menjamu selera, kami pun nak ke Ampel Suci atau juga dikenali sebagai Little Madinah yang berdekatan dengan Masjid Sunan Ampel. Oleh kerana tempatnya dekat je maka kami pun bercadang untuk menaiki beca sebab pemandu teksi tadi kata kalau naik beca Rp5000 (RM1.70) je sebuah...pastu aku tahanlah beca tanya dia berapa Rupiah untuk ke Masjid Sunan Ampel..dia mintak Rp10000..perghhh mahalnya...baik aku naik teksi baru Rp15000 (RM5)..kalau naik beca kena tahan 2 buah beca sebab kami ramai...last2 aku cuba tahan teksi je...tapi tahan punya tahan...teksi tak berhenti jugak..semua penumpang penuh...last2 aku tahan beca lagi skali lah...kali ni dapat jugak kurang jadi Rp6000 (RM1.8) sebuah..so total untuk dua buah beca bersamaan Rp12000 (RM3.6)



Bersama bonda tersayang menaiki beca




Pakcik-pakcik pengayuh beca yang gigih dan baik hati..terima kasih Pakcik!



Seronoknya tak terkira anak aku dapat naik beca..huhu..


Kebetulan terjumpa dengan penjual yang berketurunan Arab Pusat Grosir Surabaya di Sunan Ampel, dialah yang cadangkan untuk cuba masakan di Doa'N Restaurant tu...terima kasih..


Lebih kurang 5 minit perjalanan menaiki beca, maka kami pun sampai di lorong menuju ke Masjid Sunan Ampel tu...kami berjalan lebih kurang 5 minit untuk sampai ke bazar Sunan Ampel tu...Pelbagai barangan Muslimin dan Muslimah yang dijual kat situ..jubah2 pun murah kat sana...pendek kata macam2 ado...kekeke...

Aku juga berkesempatan melihat sendiri Masjid Sunan Ampel tu..penuh dengan pengunjung2...Sunan Ampel adalah sunan yang pertama dikalangan Wali Songo, beliau menyebarkan Islam di sini ketika zaman pemerintahan Majapahit..duk biasa dengan nama Wali Songo ni..kali ni Alhamdulillah berjaya jugak sampai di tempat bersejarah Wali Songo ni iaitu Sunan Ampel...macam mimpi je...huhu...



Berjalan kaki melalui lorong dari jalan besar menuju ke Masjid Sunan Ampel



Bazar berdekatan Masjid Sunan Ampel


Lepas selesai membeli belah di bazar Sunan Ampel ni...kami pun beredar untuk pulang ke bilik hotel..waktu ni pun hari dah gelap...Aku frust jugak sebab kat sinipun takde jual magnetic fridge atau keychain Surabaya...
 
Berlatar belakangkan Masjid Sunan Ampel


Sebelum naik teksi balik ke hotel, aku tanya jugak pemandu teksi tu kat mana nak cari keychain atau magnetic fridge Surabaya ni? diorang pun tak tahu...kekeke...last2 aku suruh dia hantar terus ke hotel jelah..

Kami menaiki teksi terus ke The Square hotel, cas teksi bermeter ni lebih kurang Rp80000 (RM22)..jauh jugak lebih kurang 30 minit gak baru sampai...pemandu teksi ni pun peramah, dia pun suka bercerita tentang sejarah Surabaya yang digelar Kota Pahlawan di mana peperangan menuntut kemerdekaan daripada Belanda agak sengit berlaku di Surabaya ni...macam2lah dia cerita dan bagi kat kami...bagus betul pemandu2 teksi kat Surabaya ni...tak payah aku pakai tour guide...pemandu2 teksi yang baik hati ni pun dah boleh jadi tour guide kami...kekeke..

Dah sampai hotel tu, kami makan maggi je sebab masih kenyang lagi, lagipun kami makan tengahari pun lewat tadi...pastu kami berehat sambil sembang2...pastu tidur...huhu...letih jugak beb...kekeke...


Saksikan video kami di hari kedua di Surabaya :-








Bersambung selepas ini untuk hari ketiga...tungguuu.....

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.