Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Tuesday, July 28, 2015

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 4


Selamat Hari Raya Aidilfitri semua, okay aku sambung lagi cerita kami pada hari keempat pulak ni,

Alhamdulillah, semalam semua dapat tidur dengan lena sekali..jadi arini kami akan jelajah bandar Amsterdam..mungkin tak sempat nak jelajah di luar kawasan bandar sebab besok dah nak balik ke Kuala Lumpur dah..jadi kami mungkin akan jalan yang dekat-dekat je..sebab kami ada masa sehari je untuk berjalan-jalan di Amsterdam.. Jadi kami pun dah rancangkan untuk ke beberapa tempat yang biasa dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang ke Amsterdam ni..


Suhu sewaktu kami berada di Amsterdam


Waktu solat di Amsterdam pada bulan June 2015..diambil dari (http://www.islamicfinder.org/)


Bayangkan waktu Maghrib kat Amsterdam ni dalam pukul 10.00 malam lebih...perghhh..lewat betul malam kat Amsterdam ni..memang puaslah berjalan kali ni..pendek kata keluar cerah balik pun cerah..hehehe..



Sempat upload gambar ni dalam facebook..ekekeke..


Jadi selepas bersarapan dalam bilik hotel dengan bekalan yang dibawa dari Malaysia, kami pun turun ke lobi hotel untuk menaiki free shuttle bus ke Amsterdam Airport Schiphol untuk menaiki train ke Amsterdam iaitu dengan turun berhenti di Amsterdam Centraal Railway Station..


Jadual shuttle bus



Sementara menunggu bas untuk sampai, kami pun tak melepaskan peluang untuk bergambar di sekitar kawasan Bastion Hotel Amsterdam Airport ni..maklumlah inilah kali pertama dapat merasa suasana pagi di Amsterdam ni..sebab semalam sampai-sampai terus masuk bilik dan tidur...ekekeke..


Bangunan Bastion Hotel Amsterdam Airport

Kat depan Bastion Hotel Amsterdam Airport

Di hadapan Bastion Hotel Amsterdam Airport

Masih lagi di hadapan Bastion Hotel Amsterdam Airport

Kat kaunter lobi Bastion Hotel Amsterdam Airport



Signage Parking dalam bahasa Belanda..hehe..



Tak sangka ramai jugak yang menunggu free shuttle bus ni...macam kat Hilton Garden Inn Heathrow Airport jugak, hotel ni pun adalah mungkin hotel transit ke airport...memang masa nak book hotel ni pun aku dah baca dah guest punya review dalam Agoda.com..ekekeke..



Tengah menunggu free shuttle bus ke Amsterdam  Airport Schiphol

Bas dah sampai dah...


Dalam free shuttle bus tu..


Lebih kurang 10 minit selepas tu, kami pun sampai di Amsterdam Airport Schiphol..apalagi pergi bergambar dekat perkataan "I amsterdam" yang besar tu..




Kat Amsterdam Airport Schipol

Berlatar belakangkan perkataan "I amsterdam " di Amsterdam Airport Schipol


Anak buah aku duk kat celah huruf "I amsterdam"..ekekeke..







Dah selesai bergambar kat luar tu, kami terus masuk ke dalam airport untuk beli tiket ke Amsterdam Centraal Railway Station..memang pening nak beli tiket train ni, mula-mula tanya kat kaunter pertanyaan di airport ni, pastu tanya orang tu pastu tanya orang ni untuk dapatkan maklumat yang tepat nak beli kat mana ticket dan harganya? yang paling membuang masanya adalah kena beratur untuk bertanya..punyalah ramai orang..last2 time sampai turn aku, aku tanya-tanya dia..pastu dia suruh pergi ke mesin untuk beli 1-day unlimited travel..

Pastu kami terus ke sana, tengok kat mesin tu tak berapa nak pahamlah cara nak beli tiket macam mana, kalau beli jugakkan takut tersilap pulak..last2 kami terus ke kaunter train tu..tadi nak pergi awal2 sebab nampak macam ramai je tengah beratur kat kaunter train tu..

Kalau kami pergi beratur awal-awal kat sini tadi pun bagus..kan dah banyak masa yang terbuang..bajet nak cepat punya pasal last2 lambat jadinya...kuakuakua..

Lepas pergi kat kaunter ni, selesailah masalah kami..lepas tanya2 kami beli terus tike 1-Day unlimited travel( termasuk train ulang-alik ke airport dan tram) yang berharga 15 Euro seorang..harga untuk budak aku dah lupa dah berapa harga dia..info berkenaan tiket tu boleh didapati di laman web ni (https://www.ns.nl/producten/en/overige-kaartjes/p/amsterdam-travel-ticket)


(https://www.ns.nl/producten/en/overige-kaartjes/p/amsterdam-travel-ticket)


Kat mesin ni la aku tak berapa faham cara nak beli tiket tu..gambar di ambil dari web ni sebab aku lupa nak ambik gambar mesin tu..ekekeke..(http://mikestravelguide.com/wp-content/uploads/2014/02/NS-Train-Ticket-Vending-Machines-at-Schiphol-.jpg)


Inilah kaunter tempat beli tiket unlimited tu (http://mikestravelguide.com/wp-content/uploads/2014/02/NS-Train-Service-desk-at-Schiphol-.jpg)


Aku pun silap jugak sebab tak study sangat pasal pengangkutan Amsterdam ni, hari tu sebab aku duk ingatkan yang Amsterdam ni ada train je..jadi aku tengok map train dia macam simple je..jadi mungkin kena banyak naik teksi lah pada anggapan aku, lebih kurang 3 atau 4 hari sebelum berlepas ke London tu, baru aku tahu yang Amsterdam ni ada banyak Tram, lepas aku tengok map Tram dia..terus berpinau mata ni..banyaknya stesen atau tempat berhenti Tram ni...memang tak sempat nak studylah..ekekeke..




Map Train Amsterdam..mula2 aku ingat yang ni je..rupa2nya map Tram lain pulak..



Map Tram..mau tak berpinau mata duk tengok map Tram ni..kena ambil masa sikit kalau nak baca map ni




Lepas tu, kami pun turun ke tempat menunggu train...tak lama kemudian sampailah train untuk ke Amsterdam Centraal Railway Station, perjalanan dari Amsterdam Airport Schiphol ke Amsterdam Centraal Railway Station mengambil masa selama lebih kurang 20 minit kalau tak silap aku lah..ekekeke....




Inilah tiket kami..

Tengah tunggu train ke Amsterdam Centraal Railway Station


Train dah sampai..


Dalam train dah..


Selesa jugak train ni..train dia pun baru dan moden..

Sepanjang perjalanan ke Amsterdam ni, macam takde sangat bangunan pencakar langit yang macam dekat Kuala Lumpur..semuanya kebanyakan bangunan lama-lama tapi bersih dan cantik..pastu aku perasan memang banyak canal (tali air) kat Amsterdam ni..



Dah sampai kat Amsterdam Centraal Railway Station

Masa keluar dari bangunan Amsterdam Centraal Raiway Station ni..memang aku rasa teruja sebab bangunan-bangunan kat Amsterdam ni indah dan cantik macam dalam cerita Harry Porter lah pulak seni bina dia..aku rasa lain je..pada pendapat aku bangunan di London lebih kepada bangunan awal tahun 1900 tapi bangunan kat Amsterdam ni macam bangunan zaman 1500 iaitu zaman Renaissance je..pada firasat aku jela..ekekeke..itulah yang jadi uniknya Amsterdam ni..



Kat luar bangunan Amsterdam Centraal Railway Station

Duk terpusing-pusing depan Amsterdam Centraal Railway Station ni, kami tak tahu nak tuju ke arah mana, ke arah selatan ke, ke arah utara ke..jadi aku tanya brader polis yang ada kat depan bangunan tu, arah mana nak pergi ke bandar Amsterdam atau Damrak..jadi dia pun tunjuklah arah mana nak pergi..memang friendly diorang ni..Alhamdulillah..



Bergambar dengan brader polis Amsterdam


Tq Sir! I go first..ekekeke..sporting beb diorang ni..

Berlatar belakangkan Amsterdam Centraal Railway Station


Selfie kejap..Berlatar belakangkan Amsterdam Centraal Railway Station


Jadi selepas tu, kami pun terus berjalan kaki ke Damrak..dekat je..dengan melalui Damrak ni kita boleh pergi ke Dam Square..Kat Dam Square ni ada National Monumen, Madame Tussauds dan bangunan lain yang aku sendiri pun tak tahu nama...ekekeke..




Peta dari Amsterdam Centraal Station ke Damrak


Manakala Red Light District kat Amsterdam ni kawasan di sebelah kiri Damrak sebelum sampai di Dam Square..aku pun tak nak cerita lah pasal Red Light District ni..tengok sendirilah kat dalam Youtube atau baca search kat google je..ekekeke..
Sepanjang jalan di kawasan Damrak


Kat Damrak pun ada..belum lagi di Red Light District..ekekeke..


Dalam itinerary aku memang aku dah rancang untuk lunch di kawasan Damrak ni, tapi yang lawaknya lain restoran yang aku rancangkan, lain restoran yang kami pergi sebab jumpa restoran ni dulu...hahaha..yang penting Halal..Restoran yang kami singgah untuk lunch di Amsterdam adalah Restoran Kabab House..



Melangkah masuk ke Restoran Halal Kabab House

Boleh tahan jugaklah masakan dia..aku rasa kat sini sedap lagi dari di London..ekekeke..tapi harganya boleh convert sendirilah dengan duit Malaysia...ekekeke..kat sini aku sempat snap beberapa harga menu yang disediakan di restoran ni untuk tatapan kita semua..hahahaha..




Haha..boleh convert sendiri ke RM









Lepas makan tu kami sempat meronda-ronda lagi sebelum kami patah balik ke restoran ni untuk menunaikan menunaikan Solat secara Jamak dan Qasar di tingkat atas restoran ni iaitu di kawasan dapur..Tak sangka pulak pekerja restoran ni benarkan kami solat di sini..

Nak dijadikan cerita macam mana diorang boleh offer solat kat sini, waktu lunch tu aku tanya dia kat mana masjid yang terdekat, dia kata masjid agak jauh sikit kalau berjalan kaki, dia pun buat peta untuk tunjuk kawasan masjid tu, tapi aku tak berapa paham macam mana nak pergi ke sana..last2 dia offer kami solat kat sini je..thanks bro! Memang berhati mulia betul diorang ni..


Tengah menjamu selera


Bergambar di depan Restoran Kabab House setelah selesai makan..


Lepas tu kami sambung pusing-pusing sekitar kawasan Damrak lagi sebelum kami ke Dam Square..memang kena banyak tanya kalau nak berjalan kat sini..sebab tengok senibina bangunan macam sama je..ekekeke..

Masa tengah meronda di sekitar kawasan Damrak ni, banyak jugak keychain-keychain dan fridge magnet yang dijual..maknanya tak susah sangat nak cari souvenier kat Amsterdam ni..kat tengah bandar dia pun dah banyak..



Di celah-celah belakang bangunan sekitar Damrak


Aikk..sempat lagi beli anak patung..


Sekitar kawasan Damrak

Masa duk pusing-pusing tu tersesat jugaklah sikit..tapi biasalah dah namanya first time baru sampai kat sini..aku pun silap tak guna Google Street View untuk survey2 tempat di Amsterdam supaya nampak gambaran awal masa sebelum travel tu..tapi takpelah...kalau nak travel sendiri macam nilah..time rajin study rajin..time malas memang malas rasanya..ekekeke..

Masa sebelum travel tu masa banyak dihabiskan untuk study tempat di London..Amsterdam ni aku study sikit2 je...sebab ingatkan Amsterdam ni takde apa sangat..tapi rupa2nya aku rasa Amsterdam lagi best dari London..ekekeke..

Tak lama kemudian kami pun sampai di Dam Square, dah sampai kat sana apalagi teruslah bergambar kenangan...hehehe..




Berlatar belakangkan National Monument, Dam Square


Royal Palace of Amsterdam, Dam Square


Masih lagi di Dam Square..


Bangunan Madame Tussauds di Dam Square

Kami pun tak lama sangat kat sini, selepas selesai bergambar dan menikmati keindahan senibina bangunannya, kami pun terus pergi tempat untuk naik tram, pening jugak sebab first time baru nak naik tram ni..tanya-tanya orang ke tempat yang kami nak pergi iaitu di Albert Cuyp Market..last2 berjaya jugak naik tram yang menghala ke Albert Cuyp Market..cuma yang aku tak tahu nak berhenti kat mana..last2 tanya orang lagi..mujurlah ada orang yang kebetulan pun nak turun kat Albert Cuyp Market..so kami plan untuk ikut dia jelah..baik2 orang Amsterdam ni..



Buku ni yang diambil di kaunter di airport sangat berguna



Cara untuk ke Albert Cuyp Market




First time nak naik tram di Dam Square untuk ke Abert Cuyp Market


Tiba-tiba waktu tram berhenti kat stop2 ada ramai lagi yang masuk, lepas tu ada orang berumur sikitlah duduk sebelah aku ni..aku pun tak pasti dia dulu ke atau aku dulu yang naik tram ni..ekekeke...pakcik kat sebelah aku ni duk tengok je aku, lama pulak tu dia tengok aku..aku pun pelik ada masalah ke pakcik ni..haha.. mungkin sebab waktu tu aku tengah cuba fahamkan Tram Map ni..aku pun malas nak tanya dia macam mana nak pergi Albert Cuyp Market, sebab aku dah tanya orang lain dah tadi..kekekeke..

Last-last aku tegur dia, pastu tiba-tiba rancak sembang pulak..memang ramah betullah pakcik ni..cuma mungkin dia segan nak tegur kot..dia punya English pun bagus..dia pun nak turun kat Albert Cuyp Market jugak..last2 dia pulak yang tunjuk jalan pada kami ke sana..aku pun lupa nak snap gambar dengan pakcik ni..anyway thanks pakcik!

Sebenarnya aku pun dah ready dengan itinerary aku yang aku bawa..tapi yelah tak boleh over confident sangat..baik tanya..cepat dan mudah..takdelah buang masa duk sesat je nanti..hehehe..



Tempat masuk Albert Cuyp Market


Di Albert Cuyp Market


Albert Cuyp Market ni macam pasar tani lah kalau kat Malaysia..macam-macam barangan dijual kat sini..cuma yang aku betul-betul suka kat sini adalah buah strawberry nye yang sedap dan murah jika dibandingkan dengan Malaysia..perggghh antara kenangan yang tak dapat dilupakan jugak ni dapat makan buah strawberry..

Waktu ke Hong Kong awal tahun ni aritu aku teringin jugak nak makan buah strawberry, walaupun musim winter tapi tak jumpa strawberry yang dijual kat tepi jalan..yang ada pun kat supermarket..itupun mahal giler harganya..kempunan jugak waktu tu..last2 kami beli kat KLIA2 je..ekekeke...nasib baik buah strawberry kat Amsterdam tak mahal sangat..boleh dikatakan harga yang masih mampu dibeli oleh orang biasa macam kami ni...ekekeke



Macam-macam ado..


Tak pernah lagi terserempak dengan Mat Salleh yang jual buah macam ni..ekekeke..


Antara kenangan yang tak dapat dilupakan..


Beraneka buah semuanya yang erry2 kat belakang..strawberry..cherry..blackberry..


Layan strawberry jugak..ekekeke

Yang aku dapat perhati kat sini..harga keychain atau magnetic fridge kat kawasan Damrak tu lebih kurang je dengan harga kat Albert Cuyp Market ni...market ni panjang jugak..jadi kami takdelah jalan sepanjang-panjang market tu..dah dapat apa yang diinginkan..maka kami mula meninggalkan Albert Cuyp Market ni untuk ke Museumplein pulak..



Segar-segar buah dia















Kemudian kami pun sambung pengembaraan kami ke Museumplein dengan menaiki tram..tanya orang lagi baru tau..ekekeke.. tempat ni memang selalu dikunjungi pelancong..kat sini pun ada jugak perkataan besar "I amsterdam" di depan bangunan Rijksmusem...



Cara nak ke Rijkmuseum

Sebenarnya Rijksmuseum ni terletak di Museumplein (Museum Square), selain Rijksmuseum, di Museumplein juga terdapat juga Van Gogh Museum dan Stedelijk Museum..memang best kalau nak duk rilek bersantai kat sini..ramai orang duk rehat2 kat sini..



Baru turun tram di Museumplein


Berlatarkan bangunan concert hall Concertgebouw


Berlatar belakangkan Stedelijk Museum






Di kawasan Museumplein

Masa turun tram tu, kena berjalan sikit untuk Rijksmuseum ni..kami tak sempat nak singgah kat Van Gogh Museum dan Stedelijk Museum..tujuan kami ke Museumplein ni adalah untuk bergambar di tulisan "I amsterdam" je kat depan bangunan Rijksmuseum...ekekeke..




Pemain gitar di kawasan Museumplein


Bangunan Rijksmuseum di belakang kami


Macam patung Mickey Mouse pun ada kat belakang kami tu..ekekeke..


Penat berjalan..rehat dulu kat depan Rijksmuseum


Tulisan "I amsterdam" di depan Rijksmuseum

Masa aku kat Rijskmuseum ni, aku jumpa tandas kat depan bangunan Rijkmuseum ni..tapi kena bayar  0.50 Euro untuk masuk tandas..siap ada penghadang macam nak masuk stesen keretapi la pulak..ekekeke..nasib baik aku ada syiling..beringatlah syiling euro dan pound memang kena ada kalau nak masuk toilet kat London dan Amsterdam ni..














Dah selesai bergambar di Rijksmuseum, kami pun terus pergi cari tram untuk ke Bloemenmarkt (Floating Flower Market)..macam biasalah kena tanya orang lagilah nak tunggu kat mana..memang sebenarnya aku blur lagi tempat stop tram ni, dan tram mana yang perlu naik..adakah menghala ke kiri atau ke kanan..memang blurlah...hahaha...kalau London Underground Tube tu senang je nak paham..yang tram ni susah bebenor...

Tapi kelebihan tram ni, kita tak perlulah jalan kaki jauh2 masuk dalam train station, kalau nak naik tram ni tunggu tepi jalan je..memang mudah...tapi nak pahamkannya je payah...huhuhu..

Kat Bloemenmarkt ni kami jalan-jalan je..tu pun jalan sekejap je..sebab memang dah tak larat nak jalan-jalan jauh2 dah..



Di Bloemenmarkt ( Floating Flower Market )


Bunga-bungaan di Bloemenmarkt


Antara kedai yang ada di Bloemenmarkt


Besarnya kasut ni..

Sesudah itu, kami pun patah balik ke Dam Square sebab nak pergi dinner kat Restoran Kabab House lagi dan sambil-sambil meronda di sekitar Damrak nanti..senang tak payah pening-pening cari restoran lain..lagipun masakan dia pun sedap..hehehe..masa kat Dam Square tu kami bergambar lagi..hehehe..tengahari tadi tak puas bergambar kat sini..layan jelah gambar kami di Dam Square sekali lagi ni..ekekeke..



Kat Dam Square




Berlatar belakangkan bangunan Royal Palace of Amsterdam, Dam Square


Bangunan Madame Tussaud


National Monument, Dam Square


Lepas tu kami singgah kejap kat kedai Intertoys manalah tahu boleh kot2 ada yang menarik dan murah untuk anak kami..



Kedai halal lain di sekitar Damrak


Dah jumpa dah..Little Pet Shop..huhuhu...


Peace!


Bergambar di depan kedai Intertoys


Macam-macam mainan ada kat sini..lebih kurang macam Disney Store di Oxford Street, London


Kemudia kami pergi ke kedai halal yang menjual pizza yang bernama Pizza Cafe..mula2 tengahari tadi kami dah lalu dah kat kedai ni..jadi petang ni, kami beli dan tapau pizza ni untuk dimakan di di Restoran Kabab House..ekekeke..



Pizza Cafe


Brader yang jual pizza


Pilih jangan tak pilih


Macam-macam jenis pizza ada




Senarai harga pizza






Dah selesai tapau pizza, kami terus ke restoran Kabab House untuk makan malam..penat jugak berjalan arini..walaupun boleh meronda di Amsterdam hanya sehari je..tapi cukup terhibur dan puas hati..

Masa dalam perjalanan tu, kami semua nampak ada orang bergaduh dengan tuan kedai di depan kedai..dua-dua orang putih..tak tahulah pasal apa..mungkin tak puas hati dengan barang yang dibeli kot..tapi yang aku perasan dia mintak balik duit dia..yang tuan kedai tu tak nak..siap2 tolak2 sampai jatuh atas jalan lagi tu..aku pun tak ingat sama ada tak penumbuk terlepas waktu diorang gaduh tu..

Waktu ni aku tak ambik gambar lah...kami tengok je jauh2..ramai jugak yang tengok..aku rasa pembeli tu mungkin pelancong sebab dia cakap English..pastu aku tengok yang tuan kedai tu campak je duit kat lantai bagi kat pembeli tu..tapi macam refund tak full kot..yang pembeli tu tak puas hati lagi..kata nak report polis..

Tapi yang hebatnya, penjual tu siap pakai kot lagi tuuu..tapi boleh gaduh jugak walaupun pakai smart2 pun..ekekeke...yang pembeli tu pakai pakaian melancong biasa je..hehehe...

Biasalah gaduh2 macam ni kat mana2 pun ada...

Lepas tu kami pun terus ke restoran Kabab House..

Makan malam kami di restoran Kabab House ni memang puas hati, dengan masakannya yang sedap..tapi walaupun makanannya mahal..tapi kuantitinya banyak..memang tak larat nak habiskan sekali makan..kena sambung makan dekat hotel..ekekeke...



Senarai harga makanan di Restoran Kabab House


Ayam separuh..banyak..konfem kena tapau buat balik sikit kat hotel sebab banyak sangat..ekekeke..

Jemput makan semua!

Waktu kat dalam restoran ni terserempak jugak dengan orang Malaysia yang sedang menjamu selera di sini..hebat orang Malaysia ni..kat mana-mana pun diorang ada..ekekeke...Apabila dah selesai menjamu selera, kami pun terus berjalan kaki ke Amsterdam Centraal Railway Station untuk ke Amsterdam Airport Schiphol dan balik ke hotel penginapan kami di Bastion Hotel Amsterdam Airport..

Masa nak ke Amsterdam Centraal Railway Station ni pun, jumpa jugak orang Malaysia..diorang siap bertegur sapa lagi dengan kakak aku..aku ingatkan member kakak aku sebab nampak diorang macam dah kenal lama..rupa2nya baru kenal je..ekekeke..yang cepat nampak macam rapat tu sebab sama2 orang Malaysia...hehehe...bangga betul kalau jumpa orang senegara di luar negara ni...huhuhu...



Bergambar di depan Amsterdam Centraal Railway Station..Masih cerah lagi di Amsterdam ni walaupun dah lebih kurang jam 8.00 malam

Waktu nak naik train ke Amsterdam Airport Schiphol pun pening jugak, terpaksalah tanya orang lagi..yang lawaknya diorang cakap train tak sampai lagi..pastu kami duk rilek2 jelah..tiba2 dia kata dia train yang baru sampai tadi adalah untuk ke airport..apalagi kami semua lari nak masuk dalam train..jauh jugak tu kena lari sebab stesen dia ni panjang...kali ni dapat naik train 2 tingkat..pergghhh first time naik train 2 tingkat ni..Alhamdulillah merasa jugak...huhuhu...



Dalam train dua tingkat menghala ke Amsterdam Airport Schiphol


Dah sampai di Amsterdam Airport Schiphol..dibelakang tu adalah train dua tingkat yang baru kami naiki tadi..

Lepas tu kami tunggu free shuttle bus ke Bastion Hotel Amsterdam Airport, waktu ni aku nak ambik gambar dan video pun dah takde mood dah..letih woo...hehehe..sampai2 hotel pun hari masih cerah lagi..maklumlah dalam pukul 10.00 malam lebih baru masuk malam..

Lepas mandi-mandi kami semua solat Jamak dan Qasar bagi waktu Maghrib dan Isyak kat dalam hotel...sebelum tidur tu aku cuba jugak habiskan makanan yang ditapau tadi semampu yang mungkin...aduhh tangki perut pun dah penuh dah...nak makan pun rasa macam tak boleh nak sumbat dalam mulut dah ni..next time kena beli sepinggan dan share dua orang...



Anak aku dah tido awal dah..sebelum sampai bilik hotel pun dah terlena..letih sangat kot...ekekeke


Keadaan bilik hotel di Bastion Hotel Amsterdam Airport

Malam ni kena tidur awal sebab lebih kurang jam 8.00 pagi besok dah nak check out dan ke airport dah sebab flight Malaysia Airlines yang bakal kami naiki akan berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 12.00pm..baik sampai awal di airport..

Lepas tu kami pun zZzZzZ...


Saksikan video kami pada hari keempat :-








Berjumpa di pada hari kelima iaitu hari yang terakhir selepas ini...sekian terima kasih.

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.