Wednesday, February 3, 2016

Bercuti di Macau Jan 2016 Day 1


Assamualaikum dan salam sejahtera semua..kali ni aku nak berceritakan pengalaman bercuti aku sekeluarga di Macau selama 3 hari 2 malam pada pertengahan Januari 2016 lepas..kiranya inilah antara tiket termurah yang aku dapat dari promo Air Asia kalau dikira berdasarkan jaraknya..aku beli tiket promo ni pada bulan Mac 2015 (tahun lepas)..pergghh lama tu...


Alhamdulillah tiket kami kali ni tak burn dan kami dapat fly ke Macau..hehe..sebelum aku cerita lebih lanjut ada baiknya aku ceritakan dulu serba sedikit tentang Macau ni dan persiapan sebelum terbang ke sana..


Macau ni diperintah oleh Portugese sebelum diserahkan kembali kepada China pada tahun 1999..sama macam cerita Hong Kong la..jadi banyak sejarah Macau ni berkait rapat dengan Portugese..dan sekarang ni dia terkenal dengan casinonya dan juga digelar Las Vegas Asia..


Macau terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Macau Peninsula, Taipa, Cotai dan Coloane.. Aku pilih destinasi Macau disebabkan yang pertamanya tiket murah dan satu lagi waktu tiket penerbangan tu adalah pada musim sejuk di sana tu..memang macam tulah target aku..kalau nak travel kalau boleh biarlah negara tu sejuk..huhuhu..




Harga tiket untuk 3 beranak


Kawasan di Macau



Kemudian mengenai persiapan pula, macam biasalah aku kena study dulu apa yang menarik kat Macau ni..mulalah aku menggoogle dan membaca blog2 berkenaan Macau..banyak info yang menarik dan hilanglah blur pasal Macau ni sikit..sambil2 tu aku pun terjah jugak google street view untuk memerhatikan keadaan di Macau ni..


Lebih kurang 3 bulan sebelum travel, aku pun booked Taipa Square Hotel melalui agoda..waktu ni harga promo so dapatlah booking hotel yang bertaraf 4 bintang ni..harga termasuk dengan tax lebih kurang RM360 semalam..pergghh memang mahal Macau ni..lebih kurang Hong Kong jugak..tapi aku ambik 2 malam je so total lebih kurang RM720..itu dah waktu promo..kalau tak promo lagi mahal..kali ni aku tak contact langsung pihak hotel selepas buat booking, gamble je lah..biasanya aku akan contact pihak hotel selepas buat booking dengan Agoda.com sebab risau jugak kalau booking aku pihak hotel tak terima lagi..aku pun tak tahu kenapa aku selamba je kali ni..


Kalau tengok kat Agoda.com bilik ni luas jugak so kemungkinan kami tak perlulah untuk bersolat atas katil macam kat Hong Kong pada tahun lepas..harap2 begitulah..Untuk masuk ke Macau ni tak perlu buat visa cuma passport je kena valid lagi..aku punya passport dan expired dah..so terpaksalah buat passport baru..kali ni RM200 untuk 5 tahun...


Aku juga beli insurans travel dengan AIG Travel Insurance  lebih kurang RM103 untuk 3 orang, pengalaman waktu di Surabaya semasa anak aku sakit tangan jatuh katil mengajar aku untuk ambik travel insurans ni..


Lagi satu jangan lupa bawa ubat-ubatan seperti ubat demam, selsema dan batuk..kos ubat-ubatan di luar negara adalah sangat mahal..


Kemudian tukaran matawang....jadi aku pergilah kat money changer untuk tukar duit Macau..kat situ diorang tak jual duit Macau cuma boleh tukar duit Hong Kong je..aku duk baca2 blog dapat info yang kat Macau ni duit Hong Kong laku dan boleh dipakai..tapi yang masalahnya kadang2 diorang tak bagi balance kalau kita bayar duit Hong Kong, yang tu buat aku seriau tu..diorang cakap kalau nak tukar ke duit Macau kena pergi dekat money changer di KL..alamak jauhla pulak nak pergi KL..so last2 aku tukar duit Hong Kong jugak..ingat sampai kat Macau nanti aku akan tukar kat sanalah untuk dapatkan duit Macau tu berdasarkan ilmu yang diajarkan oleh pihak money changer yang aku pergi tukar duit tu..ekekeke..



Tukaran matawang waktu aku pergi tukar duit..


Waktu Malaysia dan Macau adalah sama, so tak payahlan nak adjust2 jam..hehehe.. kemudian untuk waktu solat bolehlah print siap2 kat Islamicfinder.org untuk kegunaan di sana..kalau tengok kat jadual waktu solat tu..waktu Maghrib agak awal dekat2 pukul 6.00 petang..maknanya waktu malam kat Macau ni awal..hehe..macam kat Hong Kong je..




Waktu solat di Macau (www.islamicfinder.org)


Cuaca di Macau waktu kami di sana..


Oleh kerana musim sejuk di Macau tidaklah extreme maka tak perlulah pakai jaket tebal2 dan berlapis2...memadai dengan menyarung sehelai winter jacket pun dah okay..


Kemudian kami pergi memborong bekalan makanan kat Tesco untuk di bawa ke Macau, dan inilah kali pertama aku tahu yang Brahim's juga ada menjual pelbagai jenis nasi untuk travellers..akupun hairan sepanjang2 aku travel sebelum ni kenapa aku tak tahu tentang kewujudan produk Brahim's ni, yang aku tahu pasal Brahim's ni adalah syarikat catering untuk flight dari Klia je..kuakuakua..


Risau jugak takut tak jumpa kedai halal di Macau ni..




Nasi Brahim's dan bubur nasi Knorr


Satu beg bekalan makanan..biar betul? Ini testing packing je..pastu wife aku ejas balik daa..kuakuakua..


Masalah yang aku alami sebelum fly ke Macau adalah, system Air Asia bermasalah untuk aku buat add-on, tak tahu kenapa..kalau booking yang lain okay je..cuma booking nak ke Macau ni yang bermasalah..stress jugaklah sebab payah nak beli add on makanan, seat dan sebagainya..dahlah Air Asia ni takde customer service melalui telefon, semua kena online je..last2 aku hubungi melalui live chat, punyalah lama nak dapat chat dengan live chat Air Asia ni..akhirnya dia cuma buat add-on yang aku nak je, dia tak boleh nak buat pembayaran, dia suruh aku bayar kat kaunter sebelum fly..aiyayoo..apa pasai macam tu..




Bergambar sebelum bertolak ke airport

Okay sekarang aku mulakan cerita pengembaraan aku ni..oleh kerana flight kami ke Macau ni berlepas pada jam 2.55 petang, so takdelah kami kalut sangat untuk ke airport walaubagaimanapun kami tetap sampai awal kat airport, lebih kurang 4 jam sebelum berlepas...hehehe..baik pergi awal..lagipun aku kena pergi ke kaunter untuk bayar add on makanan yang kami order tu...aku bayar kat Klia je sebab aku perasan ada kaunter Air Asia kat sana..hehehe..



Kat tempat perlepasan antarabangsa

Lepas kami drop bag.. dan yang paling melecehkan dan menakutkan adalah waktu security check..jadi kenalah awal untuk mengelakkan sebarang masalah..tripod yang aku bawak pun lepas tanpa sebarang masalah..Oleh kerana dah dekat setahun dah tak fly international di Klia2 ni..apalagi asyik bergambar jela kami kat sini...ekekeke..




Dengan watak filem Star Wars






Lepas tu kami singgah untuk makan tengahari dan bersolat sebelum pergi ke gate..memang elok pergi awal kat airport ni..relax dan steady je..barulah bercuti..jiwa happy..hehehe..kalau pergi lambat memang akan stress...aaaarrggghhh..




Singgah sekejap untuk lunch..





Kat gate sementara menunggu untuk boarding



Dah boarding daa..




Pesawat dan nak berlepas dah..


Excited betul kalau nak pergi holiday ni tambah2 naik kapal terbang..aku pun macam dah terbiasa dengan style pelik aku ni kalau nak bercuti kalau boleh dalam itinerary tu mesti ada upacara naik kapal terbang..baru rasa vacation..aku pun tak tahu kenapa...kuakuakua..perangai masing2 kot...hahaha...lebih kurang pukul 3.00pm kapal terbang Air Asia ni pun berlepas..takde delay kali ni..Alhamdulillah..



Alhamdulillah dah terbang dah..


Bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur dari pandangan udara


KLCC tu...perghhh...


Inilah Kuala Lumpur...

Tak lama selepas berlepas anak aku dah tertidur..aku tidur kejap2 je..seronok tengok permandangan kat luar kapal terbang...satu lagi tabiat aku ni, jenis suka duduk dekat window..yela sebab nak ambik gambar dan video atau menikmati permandangan ciptaan ALLAH SWT..waktu malam je aku boleh duduk by the aisle..kelemahan duduk kat window ni payah sikit kalau nak ke tandas..wakakaka...




Anak aku sudah terlena..


Cantiknya permandangan ciptaan ALLAH SWT

Kali ni first time aku dapat makan Nasi Dagang atas udara..pergghhh..Alhamdulillah..aku pun tak tahu bila Air Asia tambah menu Nasi Dagang ni...terbaekkk!..kipidap dongibab...





Makanan dah ready


Nasi dagang atas udara..hehehe..


Wow..nyum nyum...


Jemput makan semua..


Sedapnyer..


Dapat plastic bag Air Asia untuk letak air dan makanan yang tak dapat dihabiskan...terbaekkk!

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Macau agak baik tanpa sebarang masalah..gegar2 time masuk awan sekejap2 je..semua enjoy penerbangan ni..nasiblah aku selalu duduk bersama keluarga je..kalau aku duduk dengan orang lain..mau rimas dia tengok aku duk ambik gambar dan video dan selfie je...huarrrgghhh...apa boleh buat beb...




Dan senja dah...


Pesawat dah mula turun untuk menembusi awan dan bersedia untuk mendarat..

Alhamdulillah..Lebih kurang 6.30 pm kami pun selamat mendarat di Macau International Airport..teruja jugaklah kali ni sampai di bumi Macau..masa turun kapal terbang kena pakai tangga sebab tak guna aerobridge...turun2 dari kapal terbang, terus terasa sejuk...perghhh...memang best arr...huhuhu..



Dah selamat sampai di Macau International Airport


Dari airport pun dah nampak bangunan Venetian..


Lepas tu kami terus masuk ke dalam airport, terus sarung jacket...hahaha..baru oversea punya gaya...kuakuakua..masuk pintu airport terus nampak kaunter immigration..Alhamdulillah kali ni kat immigration takde masalah sangat..cepat je diorang check..lepas ambik beg semua kami pun rilek kejap kat kawasan arrival..Macau International Airport ni takdelah besar sangat, macam Penang Airport je besar dia..




Bergambar kat dalam Macau International Airport


Signage pun ada bahasa Portugese




Lepas rilek kejap dan update status kat facebook guna wifi airport, aku pun mula mengorak langkah untuk mencari perkhidmatan teksi, masa duk mencari tempat teksi tu, tiba2 kami jumpa money changer kat airport ni, dalam kepala otak aku dah pikir dah, kalau tukar kat sini mesti mahal punya, baik tukar kat tempat lain, duk pikir jugak kalau tak jumpa tempat lain macam mana pulak..ni dah nak bayar duit teksi dah ni..kalau pakai duit Hong Kong kang nanti diorang tak bagi balance pulak..duk pikir punya pikir..aku pun cek currency pakai application "Exchange Rates"..laa lebih kurang je..kalau tukar pun tak rugi sangat..last2 aku tukar semua duit Hong Kong aku kat airport ni..senang puas hati sebab dapat pakai duit Macau je..


Lepas tu kami terus beratur untuk naik teksi..



Money Changer kat Macau International Airport




Tengah beratur tunggu teksi




Mula2 masuk teksi dah kena cas MOP$17 (lebih kurang RM8) dah..tapi selesa dan puas hati jugak teksi kat Macau ni..drivernya tak berapa pandai berbahasa English..so kami sembang kami2 je dalam teksi ni..hahaha..




MOP$17 (lebih kurang RM8) dah kena cas sebaik sahaja menaiki teksi









Tambang taxi dari airport ke Taipa Square Hotel lebih kurang kurang MOP$65 (RM35) walaupun jaraknya dekat je lebih kurang 5km..tapi dekat 10 minit jugaklah baru sampai kat Taipa Square Hotel tu.. jadi kami sampai kat hotel ni lebih kurang pukul 7.50pm..


Dah sampai tu, kami check in kat lobby hotel di tingkat 21..pelik betul hotel ni lobby dia kat tingkat atas sekali..hehehe..masa check in dia suruh bayar deposit MOP$500 pulak dah..lepas check out dia akan return balik..lari bajet kalau macam ni..aku cakaplah yang kita orang tak akan guna minibar dalam bilik..dia cakap kalau tak nak guna pun kena bayar deposit jugak sebab masuk..ini prosedur hotel..last2 aku tanya dia kalau pakai credit card boleh tak? dia kata boleh..fuhhh lega nasib baik selamat cash money Macau Dollar kami.. ekekeke..


Pada kebiasaannya aku akan call siap2 mana2 hotel yang aku booking pakai Agoda.com sebelum pergi dan akan minta waivekan pembayaran deposit sebab aku cakap kami tak akan guna minibar dalam bilik hotel tu..kadang2 pihak hotel bagi, cuma kena catit nama staff yang cakap boleh kalau tak bayar deposit..incase tiba2 waktu check in dia suruh bayar deposit jugak..pastu bagitaulah yang staff sekian2 dah cakap tak payah deposit pun takpe...tapi kali ni sebab aku selamba sangat..nahh ambikkk! padan muka kena bayar deposit..kuakuakua..




Tengah check-in kat lobby di tingkat 21

Lepas tu kami diberi bilik di tingkat 16..pergghh tingginyer...tengok2 bilik memang puas hati dan selesa..baru rasa betul2 holiday..lepas tu rehat2 kejap sambil makan malam dengan nasi yang lebih dari flight Air Asia tu ditambah dengan bekalan2 yang kami bawa..




Standard room yang selesa






Suis 3 pin seperti di Malaysia digunakan di Macau ni



Lepas dah kenyang, aku pun apalagi keluar ronda2 kejap kat bawah hotel sorang2..wife dengan anak aku rehat kat dalam bilik hotel je..tapi aku ronda dekat2 bangunan hotel je..tak berani jugak pergi jauh2 malam2 macam ni sorang2..ekekeke..




Bergambar dulu sebelum turun bawah...ekekeke..

Wow...bathtub pun ada..ni yang anak aku suka ni..





Sambil ronda kat bawah sambil berselfie..hahaha..orang Macau tengok aku buat tak reti je...jangan mare yee...



Kat pintu depan Taipa Square Hotel

Saje bergambar bagi nampak tulisan Cina di Macau ni..ekekeke..


Supermarket di Macau dekat je dengan Taipa Square Hotel


Bergambar dengan signboard pulak...ekekeke..


Taipa Square Hotel ni juga adalah tempat casino..


Bas Taipa Square Hotel


Suhu di Macau pada waktu malam..sejuk jugak..

Dah lepas ronda2 akupun naik atas untuk berehat, bersolat dan kemudiannya zZzZzZ...




Saksikan video kami pada hari pertama di Macau :-




Jumpa lagi pada hari kedua selepas ini..sekian terima kasih..


2 comments:

  1. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )


    LAKE TOBA TOUR 05 DAYS – 04 NIGHT
    02 SAMOSIR ISLAND, 01 NIGHT BERASTAGI, 01 NIGHT MEDAN

    MARKET : MALAYSIA
    ITINERARY : PRIVATE TOUR

    DAY 1 : MEDAN – PARAPAT – SAMOSIR ISLAND
    Arrival at Kualanamu International Airport will be welcomed by Tour Guide/Driver. After meeting services drive to Parapat via Pematang Siantar. Enroute you will enjoy a nice view with palm and cocoa estates. Stop over at Paten Shop for relax and shopping local snacks. Lunch will served in restaurant . Arrive in Parapat by ferry /boat transfer to Samosir Island. Check in at botel and dinner will be servet at resturant or hotel.

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND TOUR
    Breakfast in hotel. In the morning by boat charter cruise to Samosir Isalnd to visit Tomok village to see the ancient tomb of King Sidabutar and Ambarita traditional village. Shopping Tours. Lunch will be served in restaurant. Afternoon free program and enjoy the Lake Toba. Dinner at restaurant.

    DAY 3 : SAMOSIR – PARAPAT - BERASTAGI
    Breakfast at hotel. By boat /ferry transfer to Parapat. Leave Parapat for Berastagi through marjarunjung valley. Enjoy ginger tea and fried bananas (personal expenses). Stop at Sipiso Piso waterfall to see this magnificent 110 metres tall waterfall drops from Karo highland with back ground the view of Lake Toba. Proceed to Berastagi and arrival in Berastagi visit the central fruit market to buy tropical fruits, vegetables and flowers. Check in at hotel. Dinner at restaurant

    DAY 4 : BERASTAGI – MEDAN
    Breakfast at hotel. Drive to Medan via Sembahe the windy road and enjoy a nice view from Puncak Sibolangit. Arrive in Medan to visit Maimun Palace to see the Palace of the Sultan of Deli which was established on 1888 and Grand mosque at Jalan Mesjid Raya. Lunch in restaurant. Shopping Tour. Check an hotel and Dinner at restaurant. Free program

    DAY 5 : HOTEL – AIRPORT
    Breakfast at hotel. Free program until time transfer to Kualanamu International Airport for return flight. Tour End.




    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
    • DRIVER
    • PATROL
    • EKSIDENT INSURANCE
    • GOVERNMENT TAX

    ReplyDelete
  2. salam dari masadepan 2023., ;p

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.