Thursday, February 25, 2016

Bercuti di Macau Jan 2016 Day 3 (Last Day)


Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidur dengan nyenyak. Hari ni adalah hari terakhir kami akan berada di bumi Macau ni..flight kami balik ke Kuala Lumpur akan berlepas pada pukul 7.15 petang. Sebelum check out ni wife aku tak nak pergi mana2, so aku plan untuk keluar ronda2 dengan anak aku di kawasan sekitar hotel, jadi sebelum keluar tu kami breakfast siap2 dengan Brahim's dan buah-buahan yang kami beli semalam..Alhamdulillah..rasa jugak feeling oversea dapat makan buah cherry dan strawberry ni..huhuhu..


Breakfast dari Brahim's dah tersedia..hehehe..

Walaupun produk Brahim's ni berasaskan nasi tapi ianya tak berapa kena dengan selera aku, jadi perasaan untuk kena nasi yg original lepas masak membuak2..harapla dapat jumpa restoran halal kat The Venetian Macao nanti, sebab kami plan dah sebelum ke airport kami akan habiskan masa di sana selepas check out nanti.

Breakfast sambil layan Ipad


Jemput makan semua..


View luar dari bilik di tingkat 16 Taipa Square Hotel 




Bersedia untuk ronda2 kejap

Harini anak aku pun plan untuk mandi kolam renang tapi yang spoilnye mase turun tengok kolam renang tu, tutup pulak dah...rupa2nya waktu winter memang diorang tutup..hahaha..mana aku tau...kuakuakua..tak boleh bayang macam mana nak mandi kolam renang outdoor musim winter macam ni..mau sejuk giler...huhuhu..


Kolam renang ditutup pada musim winter


Memo penutupan kolam renang pada musim winter

Lepas tu aku pergi keluar ronda2 kawasan hotel, cuba explore sejauh mungkin sementara menunggu masa untuk check out. Trip kali ni aku rasa betul2 relaxed and chill out. Tak rushing untuk kejar ke mana-mana tempat..macam nilah baru best..huhuhu..dia terpulang pada individu, ada yang travel sebab nak pergi tempat2 menarik, dan ada yang nak relaxed je..macam aku kadang2 nak kena sampai jugak satu2 tempat tu..kadang2 nak relaxed je..

Kat depan Taipa Square Hotel





Best jugak duk ronda2 dengan anak aku ni, siap dia pulak yang tolong ambik gambar dan video dan bagi cadangan kat aku mana nak ambik..memang lawaklah anak aku ni, sememangnya ianya memang menjadi kenangan manis melayan telatah anak aku di Macau ni.. Layan jela gambar kami berdua ni..



Tengah meronda2 di kawasan sekitar Taipa Square Hotel


















Gambar yang sempat diupload dalam facebook..hehehe..


Dah pandai dah berselfie dah anak aku ni..hihihi..


Berlatar belakangkan Taipa Square Hotel




Dalam lebih kurang jam 11.30 pagi kami pun balik hotel untuk check out pada jam 12.00 tengahari.  Memang puas hatilah bilik hotel ni sebab luas dan selesa. Percutian yang best dan bakal menjadi kenangan buat kami semua..

Sebelum tu aku ambik gambar angle2 dalam bilik ni puas2..sebab belum tentu lepas ni boleh sampai lagi tak kat sini..hehehe..


Bilik air yang selesa dan bersih




Tv yang disediakan..




Sebelum check out tu kami bergambar kenangan dulu dalam bilik hotel..rugilah kalau tak bergambar dalam hotel ni..bukan selalu dapat bercuti macam ni..huhuhu..



Tripod dah ready


Bergambar berdua dulu sementara menunggu Uminya ready


Bergambar kenangan bersama wife aku..hehehe..


Bertiga pulak..huhuhu..




Lepas dah setel bergambar, apalagi jom pergi check out..pelaburan duit untuk percutian kali ni memang berbaloi2 sebab dapat merehat diri dan minda selepas masa banyak dihabiskan dengan kerja..kerja dan kerja..ekekeke..



Bag kami..banyak jugak..ekekeke..
Let's go!







Tripod ni antara alat terpenting bagi aku..




Alhamdulillah..masa check out takde apa masalah, semuanya berjalan lancar, duit deposit diorang akan refund balik dalam kad kredit..

Tengah check out




Sementara aku tidak lupa untuk suruh anak aku ambil gambar kat lobi hotel ni di tingkat 21 beberapa keping..hehehe..boleh tahan cantik jugak Taipa Square Hotel yang bertaraf 4 bintang ni..


















Kemudiannya kami ambil teksi untuk ke The Venetian Macau pada bellboy yang tolong angkat beg kami ke dalam teksi..puas hati jugakla layanan staff Taipa Square Hotel ni..Driver yang ni macam sombong sikit, masa dah sampai tu..aku bagi duit besar sebab takde duit kecik, dia buat muka je..panas ati je..masa dah turun aku dah rasa macam lain lah tempat ni, aku ingatkan ini pintu masuk lain bagi The Venetian Macao, lepas tanya staff kat situ..barulah kami tau yg driver teksi tu hantar kami ke Galaxy Macau Hotel, bengang je rasa...

Last2 ambik teksi lain pulak untuk ke The Venetian Macao..membazir je...mungkin sebab bentuk hotel lebih kurang sama kot tulah driver teksi hantar kami ke Galaxy Macau Hotel..aku pun masa dah nak sampai tu, mati2 aku ingat yg ni The Venetian Macau..lain kali kena tenung betul2 gambar biar sampai ingat betul2 bentuk hotel dia..



Tak friendly lah driver ni..

Kali ni driver teksi ni hantar kami ke The Venetian Macao Hotel yg terletak berdekatan Galaxy Macau Hotel je...tapi kali ni belah lain pulak..belah pintu masuk selatan atau utara kot..waduh2..pening2..tp takpe oleh kerana masa kami banyak.. Kemudian kami masuk ke dalam The Venetian Macau..masuk2 nampak terus tempat simpan bag..harga pun taklah mahal sangat hanya MOP$10 je..lupa dah boleh simpan berapa hari dengan harga tu kat sini..aku rasa mungkin untuk beberapa hari kot..pastu boleh ambik beg kat pintu lain, tp kena bgtau dan request kat diorang..time aku dia tanya nak ambik beg kat mana..aku bgtaulah nak ambik dekat entrance yg satu lagi..



Harga simpan bag di The Venetian Macao Hotel
Tempat baggage service di The Venetian Macao




Resit simpan bag

Pastu kami jalan2 sikit dan naik escalator dan akhirnya kami jumpa food court, cari punya cari jumpa jugak restoran halal Indian Spice.. Alhamdulillah..tengok menu harga yang terpampang tu..perggghhh mahalnya harga macam kat Hong Kong jugak daa..

Keadaan di food court dalam The Venetian Macao





Restoran Halal Indian Spice Express

Kat sini aku sempat ambil beberapa keping gambar senarai harga makanan di Indian Spice Express ni untuk rujukan kita bersama..












Logo Halal jelas terpampang di depan restoran ni..

Oleh kerana perut pun dah lapar, beli jugaklah...huhuhu..kali ni betul2 aku enjoy makan tengahari..aku order "Chicken Tikka Masala"..perggghh sedap betul..Alhamdulillah..



Bergambar kenangan di food court The Venetian Macao


Resit pembelian..pergghh mahal giler beb..sekali sekala bolehlah..hehehe..











Apabila dah selesai makan tengahari, aku dan anak aku pergi keluar kejap untuk bergambar dekat signage yg tulis The Venetiian Macao..hehehe..sebab macam ramai je yg datang ke sini bergambar dengan signagenya..wife aku rehat kat food court je..


Kelihatan casino kat sana tu..


Curi-curi ambil gambar, casino yang dikawal ketat oleh Guard yang memakai baju kot..macam kat Genting jugaklah ada Guard jaga pintu masuk..
Peta dalam bangunan The Venetian Macao




Terserempak dengan clown masa nak keluar bangunan

Layan jelah beberapa keping gambar kami 2 beranak kat luar bangunan The Venetian Macao ni..huhuhu..dapat bergambar kat sini baru rasa lengkap percutian singkat kami kali ni di Macau..



Bergambar dengan berlatar belakangkan signage The Venetian Macao
























Lepas dah selesai bergambar, kami pun masuk balik untuk berehat kejap dalam The Venetian Macao ni..memang luas giler bangunan dia..kena ambil sehari baru boleh ronda semua..huhuhu..



Keadaan dalam The Venetian Macao


Main air kejap..hehehe..

Sempat lagi nak singgah kat sini..aiyyaa woo..

Lepas tu dan ambik beg kami di pintu masuk yang belah lain..memang bagus baggage service ni..boleh drop tempat pintu masuk lain, dan ambik di tempat lain..maknanya tak payahlah kita nak angkut bag kita kalau berniat nak keluar ke pintu lain..senang dan mudah..diorang yang tolong bawakkan beg kita dengan servis diorang ni...


Perasan tak, tempat ambik bag dekat pintu lain pulak..





Sempat bergambar kejap..tempat ambik bag tu kat depan tempat ni je..

Pastu kami pun tahan teksi untuk ke airport, sekejap je sampai lebih kurang 10 minit..boleh dikatakan awal jugaklah kami sampai di sana, waktu tu kaunter untuk drop luggage pun tak bukak lagi..sebelum tu kami tukar siap2 duit Macau Dollar ke Hong Kong Dollar supaya senang untuk ditukar kat Malaysia nanti..

Driver teksi ni baik dan friendly




On the way ke Macau International Airport


Dah sampai di Macau International Airport


Duit balance Macau Dollar yang tinggal


Money Changer kat dalam Macau International Aiport

Oleh kerana masih awal lagi, masa ni aku gunakan untuk ronda2 kat luar airport..cuba test tak pakai baju tapi tak tahan sejuk jugak woo..huhuhu..suhu waktu ni lebih kurang 17°C.. Sejuk jugak tu..huhuhu..



Selfie kat luar airport tanpa pakai jacket..sekejap je boleh tahan dengan suhu 17ÂșC ni..hihihi..


Bus dengan memaparkan bahasa Portugese di screennya..




Tak tahan woo.. terus pakai jacket...kuakuakua..


Gambar yang sempat diupload dalam facebook guna Instaweather

Sambil main2 kat Macau International Airport

Untuk bersolat agak payah sikit kat Macau International Airport ni, mula2 aku duk cari2 prayer room kat airport ni tapi tak jumpa2 jugak..last aku naik tingkat atas cari ruang yg takde org lalu dan bersolat kat sana je..

Untuk timbang bag pun payah kat sini sebab penimbang yg di kaunter di offkan kalau orang tak check in..haiyyaa macam ni pun ada ka..kalau kat KLIA selamba je boleh pergi timbang dekat kaunter kosong..takdela diorang nak off penimbang tu..huhuhu..

Lepas lepak2 dan ronda2 kami pun nak check in bag, masa x-ray bag tu, bag aku kena tahan pastu kena bukak, mau tak cuak..tapi takde pape, pastu scan balik..lepas... Alhamdulillah..

Alhamdulillah takde ape masalah yang timbul semasa melalui security check dan imigresen. Pastu kami pergilah menunggu dekat balai perlepasan..untung pergi awal ni sebab taklah rasa kalut sangat..


Kat kawasan dalam balai berlepas


Bergambar bertiga kat balai berlepas




Kat dalam tu sempat jugaklah aku meronda2 sorang2 dan berselfie2 sambil menunggu masa untuk boarding..airportnya takdelah besar sangat, lebih kurang Penang International Airport je kot...hehehe..



Bergambar janji ada perkataan Macau..hehehe..




Saje je bergambar dengan signage Portugese ni..huhuhu...




Sampailah tiba masanya untuk boarding, pasni tak tau bila pulak boleh sampai kat Macau lagi ni.. InsyaALLAH kalau ada rezeki boleh sampai lagi kat sini..Alhamdulillah flight pun tak delay dan berlepas pada waktu yang dijadualkan lebih kurang pukul 7.15 malam..

Panggilan untuk boarding


Dah dalam aircraft daa..


Goodbye Macau!


Lebih kurang 20 minit berlepas, flight mengalami air turbulence, aku rasa inilah air turbulence yg paling teruk dan menakutkan aku pernah alami..last sekali aku menaiki flight yg kena air turbulence kalau tak silap lebih kurang 5 tahun lepas iaitu flight MAS dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, yang tu pun dah teruk dah tapi kali ini lagi teruk sampai wife aku termuntah2.. Kat belakang punya barang2 berkocak.. Waktu tu aku tawakal sahaja sambil berdoa semoga ALLAH SWT melindungi kami semua..

Air turbulence tu lama jugak lebih kurang 10 minit rasanya..memang takut giler rasanya..macam serik dah nak naik kapal terbang..huhuhu..tapi kat mana2 pun bahaya even duk kat rumahpun, kalau musibah datang memang tak boleh nak elak..hanya boleh berserah pada ALLAH SWT je..

Selepas air turbulence tu berakhir, pilot akhirnya membuat announcement dan beritahu air turbulence memang boleh dielakkan jika flight terbang melalui ruang udara Hong Kong, tapi request dari pilot utk divert ke Hong Kong ditolak oleh air controller Hong Kong, jadi pilot terpaksa redahlah kawasan bercuaca buruk di depan tu..

Selepas kejadian air turbulence, penerbangan smooth dan kami sempat makan2 dan tidur dalam flight..

Dinner dalam flight dengan Nasi Dagang








Penerbangan mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Macau ke Kuala Lumpur dan akhirnya selamat mendarat di Klia2 lebih kurang pukul 11.00 malam..perasaan sangat2 lega sebab selamat sampai di Malaysia, pengalaman yang amat menakutkan waktu alami air turbulence tadi..Syukur pada ALLAH SWT kerana melindungi kami semua..



Welcome Home!



Dengan ini berakhirlah percutian kami, jumpa lagi pada entry yang akan datang..bye bye..


Saksikan video percutian kami pada hari terakhir di Macau :-)



0 comments:

Post a Comment

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.