Wednesday, May 11, 2016

Bercuti di Pulau Pinang April 2016 Day 2 (Last Day)


Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidur dengan lena..walaupun hotel ni nampak macam lama, tapi tetap selesa tidur kat biliknya. Yang paling aku suka kat Hotel Continental ni adalah view lautnya yang dapat dilihat dari tingkap bilik...perggghh marvellous..teringat waktu menginap kat Four Point by Sheraton Hotel Sandakan lebih kurang 3 tahun lepas..


Kapal cruise sedang belayar di lautan
Sea view yang menarik




Kalau dapat menginap di Eastern and Oriental Hotel memang bestlah sebab betul-betul tepi laut..tapi harganya sangat2 mahal..tak mampu woo..hehehe..

Bergambar kenangan 2 beranak dalam bilik Hotel Continental Penang


Peace yo!

Aku booked hotel ni melalui Agoda.com bersekali dengan free breakfast, jadi lepas bersiap2 kami pun turun awal untuk breakfast dalam pukul 8.00 am di tingkat satu bangunan hotel di mana terletaknya cafenya..nak turun lambat takut makanan habis..hehehe.. 



Tengah tunggu lift daa..

Ramai jugak pengunjung hotel ni..meriah jugak rasanya..hehehe...kiranya memang jaranglah kalau dapat free breakfast ni aku tak turun makan..mesti turun punya..bukan selalu dapat makan kat hotel..huhuhu..





Keadaan cafe hotel






Juadah yang disediakan



Alhamdulillah..Pelbagai makanan disediakan untuk breakfast ni..makanannya pun sedap..pilih sahaja nak makan apa.. tapi oleh kerana tank perut tak besar sangat, maka tak banyaklah makanan yang boleh masuk..makan sekadar mampu je..ekekeke..

Macam-macam ado

Jemput makan semua!







Dah selesai sarapan pagi, kami pun turun keluar hotel untuk merasa angin pagi dan pergi bergambar dekat "The Awaiting Trishaw Pedaler" mural yang terletak di sebelah Hotel Continental Penang je iaitu di Penang Road..jalan kaki 2 atau 3 minit pun dah sampai..




Berlatar belakangkan "The Awaiting Trishaw Pedaler" mural


Anak akulah yang paling ceria sekali..ekekeke..

Sebenarnya banyak lagi mural-mural yang lain di Penang ni, tapi kali ni kami tak pergi tour semua mural lagi sebab kesuntukan masa..petang ni kami dah nak balik ke KL dah..jadi lepas check out nanti kami akan ke beberapa tempat lain itupun kalau sempat..


Selepas bergambar dengan "The Awaiting Trishaw Pedaler" mural tu, kami pun naik bilik hotel kejap..sambil berehat santai2 sebelum check out..Tapi sebelum tu sempat lagi aku bergambar kat depan Hotel Continental Penang dan sekitarnya sorang2..ekekeke..




Berlatar belakangkan bangunan Hotel Cititel


Kat depan Hotel Continental Penang


Hotel Continental dan Hotel Malaysia berkongsi bangunan yang sama..


Di Penang Road, kelihatan "The Awaiting Trishaw Pedaler" mural kat belakang tu

Dah masuk dalam bilik tu, rehat-rehat santai kejap sambil layan tengok tv pastu packing barang apa yang patut, dekat-dekat jam 12.00pm kami pun turun untuk check out..




Bergambar bertiga bersama kawan baik aku sebelum keluar check out


Kat depan bilik kami..happy sungguh anak aku..huhuhu..yang penting enjoyyyy..

Masa check out tu semuanya berjalan dengan lancar, deposit RM150 dipulangkan kembali selepas bilik yang kami tinggalkan dalam keadaan baik..staff dia pun friendly..





Tengah check out

Dah selesai check out, kami pun terus menghala ke Chowrasta Market untuk tengok apa yang ada di sana, yang masalahnya adalah nak cari parking berdekatan dengan Chowrasta Market agak susah, kami terpaksa parking dekat depan bangunan Komtar..





Peta dari Hotel Continental Penang ke Chowrasta Market


Menghala ke Chowrasta Market





Bangunan Komtar dan Chowrasta Market


Dah lalu kat tepi Chowrasta Market dah..tapi payah pulak nak cari parking..


Kat depan bangunan Komtar


Haha..happy betul anak aku ni..huhuhu


Berjalan kaki ke Chowrasta Market dari bangunan Komtar




Pasar Chowrasta ni kebanyakannya menjual makanan basah dan harian..kiranya macam Pasar Siti Khadijah kat Kota Bharu Kelantan atau Pekan Rabu di Alor Setar Kedah..ronda punya ronda kat sini, tiba2 aku terjumpa kedai buku yang banyaknya jumlah dia kat tingkat atas Chowrasta Market ni..murah pulak tu..ada buku baru dan ada buku second hand..




Inilah Chowrasta Market


Antara barangan yang dijual di Chowrasta Market








Kat tingkat bawah Chowrasta Market




Tingkat atas Chowrasta Market

Tiba-tiba masa kami banyak terbuang kat sini pulak, duk belek2 buku yang dijual..adoiiii... Memang murah tambah2 buku yang second hand..kalau nak belek2 semua buku kat sini mau kena datang Penang dalam 2 atau 3 malam baru cukup...kat sini sahaja pun dah macam hampir separuh dari masa kami habis duk pilih-pilih buku..huhuhu..



Penuh buku kat kedai tingkat atas di Chowrasta Market







Aku pun tak lepaskan peluang untuk dapatkan buku murah kat sini..tapi beli 2 buah buku je..hehehe..nak pilih 2 buah buku ni pun punya lama duk pilih-pilih ..huhuhu..




Bergambar dengan penjual buku di Chowrasta Market




Lepas tu kami turun bawah, tiba2 ternampak cendul pulut pulak..apalagi sesuai dengan cuaca panas ni, terus kami singgah pekena cendul pulut ni..perggghhh sedap betul menikmati cendul pulut Penang ni..



Gerai yang menjual cendul pulut


Senarai harga yang dipaparkan

Tengah menunggu cendul pulut




Cendul pulut dah sampai


Memang sedap cendul pulut ni..tambah2 lagi dengan aisnya..pergghh sesuai di waktu cuaca yang panas ni




Gerai di sebelah gerai yang menjual cendul pulut


Sebelum sampai kat Chowrasta Market ni, kami dah perasan dah kedai Jeruk Madu Pak Ali..jadi lepas makan cendul pulut, kami pun terus pergi ke kedai Jeruk Madu Pak Ali yang berada di sebelah bangunan Chowrasta Market je.. Boleh dikatakan terkenal jugak Jeruk Madu Pak Ali ni sebab ramai kawan2 aku kat KL duk sebut2 pasal Jeruk Madu Pak Ali ni.. Jadi aku gunakan kesempatan ni untuk memborong sedikit jeruk kat sini untuk dijadikan sebagai buah tangan kepada orang-orang di KL..ekekeke..


Kedai Jeruk Madu Pak Ali bersebelahan Chowrasta Market di Penang Road


Anak aku pun dah letih dah..huhuhu..


Aku pun tak lepaskan peluang untuk bergambar..hehehe..

Memang banyak pilihan jeruk kat sini, macam-macam jenis buah yang dibuat jeruk kat sini..ada yang dah dibungkus siap2..memang rekomenlah kalau siapa2 nak datang ke sini..




Jeruk berserta harga yang dipamerkan






















Dah selesai memborong jeruk sedikit, kami pun terus berjalan ke bangunan Komtar..on the way ke sana tu, aku terjumpa kedai runcit di Penang Road yang menjual keychain Penang..tapi kali ni aku tak beli keychain ataupun magnetic fridge..hanya ambil gambar untuk di sharekan dalam blog ni..huhuhu..kalau siapa2 datang ke Penang ni boleh datang ke kedai ni untuk dapatkan magnetic fridge atau keychain..




Kedai yang menjual keychain dan magentic fridge Penang






Magnetic fridge yang dijual di Penang Road


Keychain Penang yang dijual di Penang Road



Lepas tu kami terus ke tempat parking kereta dan letak barang dalam kereta, pastu berehat sekejap kat tempat parking kereta ni..kemudian itu kami terus pergi ke Komtar..




Berlatar belakangkan bangunan Komtar

Kalau nak diikutkan tak tahulah dah berapa tahun aku tak jejak kaki ke bangunan Komtar ni..mungkin dah dekat 7 tahun dah..waktu tu rasa aku datang untuk interview kerja kat sini..waktu masuk bangunan Komtar ni rasa nyaman je sebab ada aircond..hehehe..

Barangan yang dijual di sini tidak ada bezanya dengan barangan yang dijual kat shopping mall di Kuala Lumpur, tetapi oleh kerana nostalgia lama..aku singgah jugak dalam Komtar ni..




Baju I Love Penang juga dijual dalam Komtar


Kawan aku singgah kejap kedai menjual aksesori telefon dalam bangunan Komtar
Kedai handphone dalam bangunan Komtar


Dah alang-alang sampai kat Komtar, rugilah kalau tak masuk dalam Prangin Mall, kami pun berjalan sikit melalui bridge yang menghubungkan bangunan Komtar dan Prangin Mall ni..




Signage ke Prangin Mall yang digantung dalam bangunan Komtar


Jika dibandingkan Prangin Mall dan Komtar, Prangin Mall lebih moden dan baru, manakala bangunan Komtar bentuk dalamannya agak lama sedikit..kami pun dapat rasa yang aircond kat dalam Prangin Mall ni lagi sejuk berbanding dalam Komtar..ekekeke..

Waktu ni anak aku pun dah tak larat nak jalan dah, jadi kami singgah sekejap je kat dalam Prangin Mall ni..lepas tu kami patah balik ke Komtar untuk pergi ambil kereta dan bercadang ke Masjid Kapitan Keling yang terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling dan Restoran Kapitan di Lebuh Chulia..





Dalam Prangin Mall


Tengah layan permandangan dalam Prangin Mall..hihihi..






Ternampak iklan kapal Cruise dalam Komtar


Bergambar sebelum meninggalkan Komtar

Jarak Komtar ke Masjid Kapitan Keling hanya lebih kurang 1.3km je, tapi disebabkan jalan yang banyak kereta..lambat jugaklah nak sampai kat sana..sebenarnya aku tak pernah lagi sampai kat Masjid Kapitan Keling dan Restoran Kapitan ni..jadi boleh merasa sesuatu yang baru trip ke Penang ni..




Jarak Komtar ke Masjid Kapitan Keling

Gambar dari dalam kereta, kelihatan Restoran Nasi Kandar beratur di sebelah Masjid Kapitan Keling



Masalah utama di Penang ni adalah kesukaran untuk mencari parking..tapi Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak parkingnya walaupun terpaksa berjalan jauh sedikit untuk ke Masjid Kapitan Keling ni..



Bergambar di hadapan Masjid Kapitan Keling















Cantik dan bersih juga Masjid Kapitan Keling ni..jadi sempatlah juga aku bersolat jamak dan qasar bagi Zohor dan Asar di Masjid Kapitan Keling ni..boleh tengok beberapa keping gambar Masjid Kapitan Keling di bawah yang sempat aku snap..




Dalam Masjid Kapitan Keling






Tempat mengambil wudhuk di Masjid Kapitan Keling












Maintenance yang sedang dijalankan di Masjid Kapitan Keling


Penerangan tentang Masjid Kapitan Keling










Sambutan tahun ke-215 Masjid Kapitan Keling






Indah betul Masjid Kapitan Keling ni


Bergambar lagi berlatar belakangkan Masjid Kapitan Keling di luar kawasan masjid



Dah selesai berada di Masjid Kapitan Keling, kami pun berjalan kaki ke Restoran Kapitan yang kedudukannya berdekatan sahaja dengan Masjid Kapitan Keling ni..Lebih kurang 5 minit je kalau berjalan kaki..




Jarak Masjid Kapitan Keling ke Restoran Kapitan


Dalam perjalanan ke sana, kami lalu di depan Tokong Han Jiang yang hanya berdekatan sahaja dengan Masjid Kapitan Keling ni..jadi alang-alang lalu rugilah kalau tak ambil gambar kerana ianya salah satu tempat yang di anugerahkan warisan Unesco..hehehe..




Tokong Han Jiang di Lebuh Chulia


Penerangan tentang Tokong Han Jiang

Kemudian kami teruskan berjalan ke Restoran Kapitan, inilah kali pertama kali aku jejak kaki ke sini.. Waktu ni pun dah pukul 3.00pm lebih dah..agak lewat sikit lunch kami harini..huhuhu..

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk berjalan dan melancong di tempat-tempat menarik di Malaysia dan di dunia ini..

Restoran ni agak terkenal bagi pengunjung ke Pulau Mutiara ni..ramai jugak orang ke Restoran Kapitan ni waktu kami sampai..jadi apalagi kami pun terus order makanan dan minuman untuk santapan makan tengahari kami yang dah lewat ni..huhuhu..




Masjid Kapitan Keling di Lebuh Chulia



Anak aku berposing dalam Restoran Kapitan...hehehe..


Senarai harga yang ada pada buku menu makanan dan minuman










Makanan yang dijual di sini memang sedap, jadi tak hairanlah kenapa restoran Kapitan Keling ni jadi terkenal..mungkin kalau kami datang ke Penang lagi, kami akan singgah kat sini..








Father and daughter




Dah selesai makan tengahari kami pun beransur2 untuk ke airport..waktu ni pun dah dekat pukul 4.00 pm dah..flight kami lebih kurang pukul 7.00 pm lebih..prinsip aku biar sampai awal jangan sampai lambat..

Tengah on da way ke tempat parking kereta, tu ternampak signage "Little India" pulak..rupa2nya kawasan Little India ni kat sebelah Restoran Kapitan je..kami dah tak sempat dah nak explore apa yang ada kat Little India ni..maybe next time kami akan singgah kat sini..







Kompleks Lebuh Buckingham



Perjalanan dari Georgetown ke Penang International Airport yang terletak di Bayan Lepas mengambil masa selam lebih kurang 30 minit jugaklah..tapi kalau jammed mau sejam baru sampai..ekekeke..oleh itu baik pergi awal..




On the way to Penang International Airport, Bayan Lepas









Lebih kurang pukul 5.00 pm kami pun sampai di Penang International Airport. Airport yang modern dan cantik untuk penduduk Penang.



Dah nak sampai kat Penang International Airport, Bayan Lepas


Penang International Airport, Bayan Lepas


Bergambar bertiga sebelum kami mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada kawan baik aku..


Anak aku buat muka masam sebab mengantuk..hihihi..

Oleh kerana sampai awal, jadi sempatlah kami nak tukar baju dulu..penat juga travel ni, tapi puas hati dan seronok..tapi tak tahulah bila lagi boleh sampai kat Penang ni..InsyaALLAH nanti kami datang lagi ke Penang..


Kami akan menggunakan flight MAS untuk balik ke KL nant..boarding pun pun aku dah print masa check in online...aku cuma drop bag je kat kaunter check in.. tiba2 diorang bagi boarding pass baru pulak..hehehe..okaylah tu lagipun dah boring dah sebab asyik duk guna boarding pass sebesar kertas A4 je..huhuhu..




Kaunter check in Malaysia Airlines kat belakang tu






Bukan selalu dapat fly dengan MAS, so tak lepaskan bergambar dengan logo MAS..hehehe..


Suasana dalam Penang International Aiport

Tak lama kemudian kami pun pergi ke balai berlepas, tapi sebelum tu macam biasalah kena lalui security check dulu..Alhamdulillah takde masalah timbul, lepas tu kami lepak dekat balai berlepas..sambil2 tengok kapal terbang lain yang keluar masuk..




Antara flight yang bakal berlepas

Tempat menunggu kapal terbang



Kapal terbang firefly

Lepak kejap kat sini sementara menunggu flight tiba






Flight Malaysia Airlines MH 1161 yang bakal kami naiki dah pun sampai



Selfie berdua






Tak lama kemudian tibalah masanya untuk boarding, walaupun percutian ini singkat tapi memang puas hati dan santai..oleh kerana dapat naik flight MAS, rasa macam best je..letih pun jadi hilang..hehehe..



Tengah beratur sebelum boarding


Dah ready untuk berlepas


Selamat tinggal Penang!





Malaysia Airlines memang sentiasa menyediakan service yang 5-star, patutlah orang sanggup bayar lebih untuk dapatkan keselesaan penerbangan MAS ni, tapi aku hanya beli time promo je..hehe..mana mampu beli tiket mahal2..ekekeke..


Layanan yang diberikan oleh cabin crew membuat diri kita terasa di alu2kan atau diwelcomekan..aku perasan cabin crew sentiasa mengucapkan "Selamat Datang" ketika kami masuk dalam aircraft..perggghh baguslah depa ni..





MAS sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang


Macam biasalah walaupun ada skrin tv kat tempat seat, aku lebih suka tengok map, terasa kepuasan sambil memerhatikan pergerakan flight dan gambaran interactive muka bumi ciptaan ALLAH ini..tapi anak aku macam biasalah terus layan kartun..ekekeke..cuma earphone je tidak disediakan, mungkin kena mintak kot..aku pun tak mintak2 sebab serba salah nak guna, lagipun sekejap sahaja flight dari Penang ke KL ni..



Anak aku dah mula layan cerita Upin dan Ipin dah..hehehe..







Map penerbangan dalam skrin tempat duduk


















Oleh kerana flight ini tak lebih dari sejam, pihak MAS hanya menyediakan air dan kacang sahaja..okaylah tu dari takde langsung, kalau ada duit pun tak boleh nak beli apa jugak, sebab tak ada penjualan makanan dalam flight MAS ni.. kalau macam ni Air Asia lagi bagus sebab ada bagi pilihan pada penumpang samada nak beli makanan atau tidak,walaupun ianya mahal..sekurang-kurangnya ada pilihan..nak beli ke tak nak itu soal nombor dua..




Minuman yang disediakan oleh MAS


Flight sedang melalui ruang udara Perak


Penerbangan kali ni baik tanpa sebarang turbulence, dan lebih kurang selepas sejam penerbangan ni..flight MH 1161 ni pun selamat mendarat di KLIA.. Alhamdulilllah..Maka dengan ini tamatlah percutian sekejap kami ke Penang ni..



Dah nak sampai dah..


Alhamdulillah selamat mendarat di KLIA





Puas hati dapat naik flight MAS dengan layanan bertaraf 5 bintang


Sama-sama Malaysia Airlines


Dalam KLIA


Kat balai ketibaan KLIA

Jumpa lagi dalam entry yang akan datang..InsyaALLAH..terima kasih kerana sudi membaca..





Saksikan video kami di hari kedua (terakhir) di Penang ni :-



1 comment:

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.