Thursday, August 4, 2016

Menginap di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur June 2016 Day 1

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua, kali ini aku nak ceritakan pengalaman kami berehat dan bercuti di Kuala Lumpur, kami menginap di hotel Pacific Regency Kuala Lumpur pada bulan Ramadhan lepas iaitu pada 25 June 2016 selama semalam. Ianya bukanlah percutian yang kami buat seperti sebelum ni, ianya adalah sekadar membawa wife aku berehat oleh kerana sarat mengandung dan membeli apa yang patut kat KL sempena sambutan Aidilfitri 2016 yang bakal tiba.

Okay aku mulakan cerita...

Macam biasalah untuk urusan booking hotel ni aku memang sangat setia dengan Agoda.com sebab adanya reward point. Aku booked bilik Superior Suite di Pacific Regency Hotel ni hanya dengan membayar lebih kurang RM140 dan selebihnya mendapat reward Agoda sebanyak USD25 ( RM100). Jadi harga bilik Superior Suite ni yang sebenarnya lebih kurang RM240 memang agak mahal tapi padanlah dengan tarafnya yang 5-Star hotel. Ini adalah pengalaman kedua kami menginap di hotel bertaraf 5-Star ini, yang pertama adalah semasa kami menginap di Wyndham Grand Plaza Oriental Shanghai. Tapi kalau dikira di Malaysia, ini adalah pengalaman pertama menginap hotel 5-Star..huhuhu..

Aku booked hotel ni lebih kurang 3 minggu awal iaitu pada awal Ramadhan, alang2 dah tidur kat Pacific Regency Hotel ni, aku pun emaillah pihak hotel ni kot2lah dapat diskaun untuk buffet berbuka di bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah selepas berbalas2 email dengan pihak hotel ni mereka bersetuju untuk memberi diskaun buffet Ramadahan dari RM99 (dewasa) menjadi RM70 dan kanak2 pula dari RM55 menjadi RM35. Jadi total yang aku kena bayar adalah RM175. Kira okaylah tu..walaupun mahal berbanding tempat biasa tapi disebabkan mahu merasai kelainan berbuka puasa di hotel..kami bayar jelah..maklumlah inilah pengalaman pertama aku berbuka puasa di hotel bersama keluarga. Pihak hotel suruh kami bank in..so aku transfer jela RM175 tu..

Tapi apa yang mencemaskan kami adalah sehari sebelum check in hotel tu, wife aku masuk wad sebab ada leaking, kiranya check in hotel hospitallah ni..huahuahua..kalau kena tahan wad lebih lama, aku redha jelah booking hotel Agoda.com yang bakal burn sebab aku booked yang non refundable punya.. Tapi Alhamdulillah keesokan harinya isteri aku dapat discharged awal pada tengah hari sebab seberarnya doktor hanya buat monitoring 24 jam je takut2 ada leaking lagi..Alhamdulillah wife aku dan kandungan sihat..

Waktu ni Kuala Lumpur takdelah jem sangat. Jadi kami check in Pacific Regency ni agak lewat sikit lebih kurang pukul 5.00 pm sebab wife aku baru discharged wad pada tengahari td. Masa nak masuk parking aku pun hairan kenapa lobi hotel kat tingkat 7..rupa2nya Pacific Regency Hotel ni berada di kawasan bukit, bangunan depannya pintu masuk di atas bukit, bangunan belakangnya pintu masuk di bawah bukit. Disebabkan ada 2 pintu masuk so aku jadi keliru.


Baru parked kereta di dalam bangunan Pacific Regency hotel

Masa check in diorang mintak deposit RM100. Nasib aku dah standby dah..hehehe.. Macam biasalah aku mintak duduk bilik yang ping tinggi sekali..hehe..bukan apa aku cuma nak tengok permandangan KL. Lobi Pacific Regency hotel ni agak kecik sikit tak macam 5 star punya hotel pulak kelihatan dia.


Tengah check in




Bergambar selepas selesai check in


Walaupun lobinya kecil tapi nampak mewah juga















Tengah tunggu lift daa..hehehe


Apabila masuk2 bilik Pacific Regency Hotel ni..perggghhh marvellous betullah bilik dia..rupa2nya mereka dah upgrade kami ke bilik Premier Deluxe.. Alhamdulillah memang selesa dan memang sesuailah jika nak di katakan hotel bertaraf 5 star..bilik kami ni berada di tingkat 22..

So kami berehat kejap, bersantai-santai sepuas-puasnya sambil menunggu waktu berbuka.

Jom layan gambar2 bilik Premier Deluxe Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur ni..



Bilik Premier Deluxe yang selesa


Susunan perabot yang menarik





Siap ada kitchenette




Memang santai habis..huhuhu..









Uminya bergambar di tepi tingkap..



Permandangan luar bilik hotel hotel..bangunan2 tinggi Kuala Lumpur


View bangunan Ambank dari bilik kami



Bilik air kat hotel ni pun selesa dan cantik..tapi yang tak bestnya pintu bilik air tak boleh nak kunci..so kena berhati-hatilah takut-takut tengah2 mandi atau melabur nanti tiba2 ada orang bukak pintu bilik air pulak..huahuahuaha..sebenarnya memang biasalah hotel2 besar ni pintu bilik air dia jenis tak boleh kunci..


























Saya mandi dulu ye..

Voucher buffet Ramadhan 2016


Jadi lebih kurang 40 minit sebelum waktu berbuka kami pun terus ke tingkat 23 dengan menaiki tangga untuk ke restoran Soi 23. Masa sampai kat sana staff hotel bagitau yang untuk buffet berbuka di pindahkan ke tingkat 32 sebab orang agak ramai hari ni untuk berbuka puasa. Jadi kami pun naik lift pulak untuk ke sana.




Sebelum dapat masuk ke tempat buffet Ramadhan ni, mereka check dulu nama aku..cuak jugak sebab nama aku dan telefon tak ada..rupa2nya mereka letak nama short form je.. walau bagaimanapun aku memang dah standby email conversations aku dengan staff hotel dan jugak resit bayaran buffet sebagai bukti takut2 ada sebarang masalah..



Bergambar dulu sebelum mengambil hidangan buffet..huhuhu..






Yang menariknya dekat meja berbuka tu ada nama aku..pergghh rasa macam di "welcome" je..Thanks Pacific Regency Hotel..semua meja ada nama..

Walaupun tengah sarat mengandung, wife aku cukup bersemangat untuk mengambil juadah berbuka..maklumlah inilah pengalaman pertama kami berbuka di hotel satu keluarga..huhuhu.. Ambil je nak makan apa..banyak betullah juadah dia..boleh menjamu selera kat sini sampai pukul 10.00 pm..Yang bestnye pihak hotel ni siap sediakan persembahan nyanyian yang aku kira telah berjaya memeriahkan majlis berbuka puasa ni...diorang nyanyi lagu raya terus..huhuhu..maklumlah raya pun dah nak dekat dah..

Lagi satu surau untuk solat Maghrib juga disediakan di hotel ni..tapi memandangkan kami dah booked bilik so kami solat kat bilik je.



Ramai jugak orang nak berbuka kat sini








Kambing golek pun ada..





Pergghh penuh meja..puas hati berbuka kat sini..


Selfie kejap..ekekeke..




Makanan yang disediakan di sini memang sedap, pendek kata boleh datang lagi..hehehe..tu pun kalau ada modal lebih..ekekeke..InsyaALLAH..

Lepas selesai menjamu selera, kami pun beransur-ansur untuk ke tingkat 33 iaitu di atas bumbung hotel untuk melihat Kuala Lumpur di waktu malam..kat atas ni juga ada swimming pool dan bar yang dikenali sebagai Luna Bar..kalau sesiapa nak hisap rokok pun kena naik atas bumbung ni..huhuhu..



Bergambar sekejap selepas selesai menjamu juadah berbuka puasa







Sampai2 kat atas tu..Wow memang terbaiklah Luna Bar ni..nice betullah view kat sini..bolehlah duduk santai-santai sambil menikmati permandangan lampu-lampu bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur ni..oleh kerana lepas ni tak tau dah bila lagi boleh sampai kat sini..so kami pun luang masa jugaklah kat atas sambil bergambar2 kenangan..



Luna Bar di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur












Swimming pool pun ada









Tempat lepak bersantai sambil boleh tengok keindahan Kuala Lumpur








Tak lepaskan peluang untuk bergambar kat sini kat atas bumbung Pacific Regency Hotel Kuala Lumpur








Yang paling bestnyer dapat lihat view Kuala Lumpur dengan cahaya lampu bangunan-bangunan pencakar langit..memang macam ni lah tempat kesukaan aku sambil2 duduk relaxed..nampak gaya kena kumpul duit lagi lah untuk datang lepak santai kat sini lagi lepas ni..hehehe..



View Bandaraya Kuala Lumpur dari atas bumbung Pacific Regency Hotel





Macam kat oversealah pulak..hehehe..









Bangunan KLCC pun boleh nampak dari sini




Bangunan KL Tower betul2 bersebelahan Pacific Regency Hotel ni

Dah selesai lepak kat atas ni, kami pun turun bilik hotel tapi aku pula turun pergi ke tingkat bawah kejap untuk pergi kedai 7-Eleven sebab nak beli panadol..tiba2 pulak kepala pening..ekekeke..sambil turun bawah tu bolehlah merasa suasana malam di depan Pacific Regency Hotel ni..




Bergambar di luar bangunan Pacific Regency Hotel




Lepas tu aku pun naik berehat dan zZzZ maklumlah mengantuk sangat dah..sebenarnya pihak hotel ada bagi voucher atau coupon free drinks kat atas bumbung hotel ni yang boleh digunakan waktu pagi sebelum sahur..tapi aku dah tak larat dah nak pergi..jadi burn lah voucher tu..nak buat macam mana takde rezeki...huhuhu..

Bersambung di hari kedua selepas ini..


Saksikan video hari pertama :-



4 comments:

  1. hehe bro, i am your silent reader. hehe blog kamu mmg cun.padat dengan info dan tips. so next lepas ni kemana lagi ? update2 la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tq2 sebab sudi membaca blog ini..Alhamdulillah saya baru lepas balik dari Ho Chi Minh City lbh kurang 2 minggu lepas..baru siap buat video je..nnt sy akan update trip HCMC terbaru ni pulak dlm blog..tp mungkin makan masa sebulan lebih kot baru siap..hehehe..

      Delete
  2. pergh mantap.beli kain ke haha. ok bro. jgn lupa update. all the best. i will keep reading

    ReplyDelete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.