Monday, November 28, 2016

Bercuti di Ho Chi Minh City, Vietnam Sept 2016 Day 4 (Last Day)

Alhamdulillah semalam kami semua dapat tidur dengan lena. Maka hari ini adalah hari terakhir untuk kami berada di Ho Chi Minh City ni. Apabila semua barang dah kemas, kami pun turun dulu untuk bersarapan pagi di Lan Lan 2 Hotel ni. Masakan yang disediakan memang sedap walaupun aku dapat merasakan makin hari makin sikit pulak hidangan makanan halalnya sehingga kami terpaksa bercatu-catu untuk makan. Yang ini failed sikit servis dia. Tapi takpelah lagipun aku pun tak sangka yang pihak hotel ni sediakan makanan halal untuk kami. Kami ingatkan kami kena belek-belek untuk cari makanan halal dari makanan yang disediakan oleh pihak hotel ni. Jadi diorang dapat sediakan makanan halal special untuk kami pun dah kira bagus. Dekat dalam Agoda.com pun aku bagi review yang bagus untuk Lan Lan 2 Hotel ni..huhuhu..

Pihak hotel juga ada menyediakan alat penimbang bag..maknanya kalau pergi mana-mana hotel, kita boleh request alat penimbang bag ni..aku pun tak tau pasal benda ni..nasib baik adik aku yang bagitau..satu knowledge baru yang aku belajar dari adik aku...hehehehe.. Alhamdulillah.. Kalau sebelum ni memang terpaksa timbang kat airport masa nak check in..tu pun curi-curi timbang atau minta belas ihsan staf airport untuk timbang berat bag..huhuhu..

Alhamdulillah..setelah ditimbang nasib baik barang-barang kami masih dalam berat baggage yang dibeli..pening juga nak menyimpan barang-barang nak bagi balance mengikut berat timbangan baggage yang dibeli online Air Asia ni...ekekeke..

Bersarapan dulu





Sementara menunggu ketibaan van yang akan membawa kami ke airport, aku sempat lagi menemani kakak aku pergi membeli buah berhampiran Ben Thanh Market. Kakak aku pun hanya tawakkal jelah masa beli buah ni kalau-kalau buah ni boleh kena rampas kat airport nanti sebab dia nak bawa hand carry je buah ni..nak letak buah ni dalam check in bag takut rosak pulak..



Berjalan kaki ke kedai buah berhampiran Ben Thanh Market

Kakak aku sedang membeli buah di saat-saat akhir sebelum bergerak ke airport




Apabila selesai membeli buah, kami pun kembali ke hotel..setibanya di sana kelihatan Mr. Ah Son dah sampai. Dia yang menguruskan airport transfer kami. Harga airport transfer yang disediakan oleh Mr. Ah Son berharga VND 530,000 (RM100). Kira okaylah sebab dapat membawa kami semua sekaligus tanpa guna 2 buah kenderaan..tak macam masa nak ke hotel ni dari airport masa hari mula-mula sampai..ekekekeke..




Mr. Ah Son dah sampai




Selepas itu kami pun check out hotel awal sikit iaitu lebih kurang pukul 8.30am. Ini adalah kerana transport ke airport yang ditempah oleh Mr. Ah Son akan membawa kami ke airport pada pukul 9.00am. Flight kami ke KL dijadualkan berlepas pada pukul 12.40pm.




Kaunter di lobi Lan Lan 2 Hotel


Bergambar dengan staff Lan Lan 2 Hotel selepas check out


Tak lama kemudian airport transfer yang dijanjikan pun tiba. Besar giler van ni..Kiranya memang sesuailah dengan jumlah kami yang ramai ni. Memang terbaiklah servis Mr. Ah Son ni. Staff hotel pun membantu kami dalam meletakkan bag dalam van ni. Memang puas hati layanan pihak Lan Lan 2 Hotel ni. Kalau ada duit lebih jangan lupa untuk memberi tips kepada pekerja-pekerja hotel ni di atas bantuan mereka..




Besar betul van ni..huhuhu..


Staff Lan Lan 2 Hotel pun membantu kami untuk mengangkat bag









Lebih kurang pukul 9.00am kami pun bertolak ke Tan Son Nhat International Airport (T2). Tak rasa risau sangat jika bertolak awal ke airport ni. Kalau gerak lambat memang rasa tak senang duduk dengan hati berdebar-debar risau takut terlepas flight. Jadi apa-apapun rancanglah masa untuk pergi awal ke airport untuk mengelakkan masalah-masalah berbangkit. Driver van yang membawa kami ni tak boleh bercakap English, jadi kami hanya bersembang di antara kami disamping menghayati permandangan Ho Chi Minh City ni.


Layan jelah gambar-gambar yang sempat aku snap sepanjang perjalanan menuju ke Tan Son Nhat International Airport (T2) ni.



Selfie bersama driver









Macam biasa kat Ho Chi Minh City ni memang banyak motor


Baby kecik kesayangan kami..dia pun enjoy bercuti..hihihi..


Jalanraya di Ho Chi Minh ni juga cantik boleh dikatakan setanding juga dengan di Malaysia, cuma sistem lalulintas dia je nampak macam berserabut sikit. Risau je takut-takut boleh accident. Kalau diberi peluang untuk bawa kereta ke sini, memang tak beranilah aku nak bawa..hehehe..




Keadaan jalanraya yang baik








Dah nak sampai Tan Son Nhat International Airport dah


Setelah hampir lebih kurang 40 minit perjalanan selepas menempuhi traffic jam sikit dan banyak traffic light, kami pun sampai di Tan Son Nhat International Airport (T2). Nampak cantik dan moden juga airportnya. Kiranya maju jugaklah Vietnam ni.




Tan Son Nhat International Airport





Oleh kerana kami sampai awal jadi kami agak relax dan steady..hehehe..ini baru bercuti untuk tenangkan fikiran bukan untuk stresskan otak..ekekeke.. Alhamdulillah proses check in berjalan dengan baik dan semua bag kami adalah dalam berat baggage yang kami beli..maknanya kami tak mengalami masalah excess baggage..Syukur Alhamdulillah..




Wife aku tengah check in bag




Anak sulung aku dah ready untuk balik KL


Anak kedua aku bersama Mak Tok dia

Apabila selesai check in bag, kami pun terus masuk ke balai berlepas dengan melalui pemeriksaan keselamatan dan imigresen..walau bagaimanapun air botol minuman yang berlebihan terpaksa ditinggalkan kat airport ni sebab tak boleh bawa masuk..part pemeriksaan nilah yang paling leceh sekali..dengan bawa baby kecik lagi..pergghh payah jugak rasanya sebab nak kena letak laptop, tali pinggang dan sebagainya sambil dukung baby..tapi itulah nikmat jadi ibubapa..susah senang bersama-sama anak-anak..walau macam mana payahpun..kami tetap cuba bawa anak-anak bersama.. kami memang tak boleh pergi bercuti tanpa anak-anak di sisi..tak sanggup nak tinggal diorang..buah-buah yang kakak aku bawa hand carry pun lepas je dan tanpa kena tahan atau disuruh bukak beg..Alhamdulillah..


Alhamdulillah pemeriksaan keselamatan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.. Waktu kat imigresen pulak, pegawai imigresen kat sana panggil kami dulu sebab kami bersama baby kecik..huhuhu..itulah kelebihan bawa baby kecik..sentiasa dapat layanan ekspress..terima kasih pegawai imigresen Vietnam..baik betul diorang ni..




Bergambar berempat selepas pemeriksaan imigresen sementara menunggu ahli keluarga yang lain


Apabila dah selesai semuanya kami pun, kami pun terus ke balai berlepas..Tan Son Nhat International Airport ni takdelah besar sangat lebih kurang Penang International Airport je..jadi takdelah letih sangat nak berjalan ke balai perlepasan..huhuhu..




Ke balai perlepasan






Selfie jelah kat mana pun janji ada tulisan Vietnam..ekekeke..




Berehat kat sini kejap..balai berlepas di tingkat bawah


Kakak aku menemani bonda kami menjamu selera..sempat lagi tuu..huhuhu..


Memang santai je kat sini sebab kami masih boleh dikatakan awal lagi masa sampai kat balai berlepas ni..jadi sempatlah aku pergi ronda-ronda kejap dulu sementara menunggu masa untuk berlepas..rugi rasanya kalau tak sempat nak ronda airport-airport luar negara ni..




Lepak kat smoking room bersama adik aku


Sempat bergambar dengan orang Brazil


Sambil menjelajah dalam Tan Son Nhat International Airport ni sambillah aku ambil gambar dan video. Macam-macam airlines juga yang ada kat airport ni..Memang terbukti Ho Chi Minh City ni memang menjadi tumpuan negara-negara luar..




Aircraft China Southern Airlines





Aircraft Vietnam Airlines





Dah selesai ronda-ronda tu..aku pun terus ke balai berlepas, lagipun flight Air Asia yang bakal kami naiki ni dah pun sampai..jadi senang untuk get ready kat depan kaunter sehingga diorang buat pengumuman untuk boarding.




Flight kami Air Asia AK529


Flight kami Air Asia AK529 dah sampai




Bondaku tengah menunggu masa untuk boarding


Baby kami pun dah ready untuk balik KL


Tak lama kemudian pihak Air Asia pun buat pengumuman memaklumkan bahawa penumpang-penumpang dah boleh menaiki pesawat. Nampaknya masa untuk meninggalkan bumi Vietnam ni dah hampir tiba. Tak tahulah lagi bila boleh bertandang ke sini lagi. Selepas itu kami semua menaiki pesawat dan duduk di tempat masing-masing. Seat pun kami dah beli siap-siap supaya dapat duduk dekat-dekat.




Dalam pesawat Air Asia AK529 bound for KL


Bye Bye Ho Chi Minh City..Hope to see u again!



Lebih kurang pukul 12.40pm, kapal terbang Air Asia AK529 pun mula bergerak untuk meninggalkan Ho Chi Minh City ni..langsung tak delay flight kami harini..Alhamdulillah..Walaupun hanya tambang murah tetapi servisnya memang tip top..pesawat pun penuh dengan penumpang-penumpang..jarang sangat masa aku naik Air Asia ni flightnya tak penuh..maklumlah "Now Everyone Can Fly"..hehehe..dan selepas itu mulalah ia berlepas dan terbang meninggalkan Ho Chi Minh City.



Flight AK529 dah mula bergerak meninggalkan Tan Son Nhat International Airport


Kelihatan kapal terbang low cost Viet Jet Air


Kapal terbang AK 529 tengah tunggu queue untuk berlepas di belakang aircraft Vietnam Airlines






Tan Son Nhat International Airport


Sejurus flight ni terbang tinggi maka dapatlah melihat Ho Chi Minh City dari pandangan udara, memang luas betul Ho Chi Minh City ni sejauh mata memandang banyaknya bangunan dia. Pada pendapat aku rasanya kalau dibandingkan dengan Kuala Lumpur, Ho Chi Minh City ni lagi luas. Memang betul-betul padat cuma bangunan tinggi tak berapa banyak berbanding dengan Kuala Lumpur.





Ho Chi Minh City dari pandangan udara


Sejauh mata memandang padatnya bangunan di Ho Chi Minh City ni









Walaupun flight Air Asia ni tidak menyediakan perkhidmatan tv screen..tetapi bagi aku takde masalah sebab syok duk layan permandangan luar tingkap kapal terbang sambil mengambil gambar dan video..kalau naik flight MAS pun aku hanya layan map interactive kat tv screen pada seat depan tu je. Tak ada feel nak layan movie ke ape. Tambah-tambah sekarang ni naik dengan baby kecik jadi banyak masa dihabiskan duk layan baby kami..ekekeke..




Baby tengah tidor daa..hehehe..







Kami juga dah siap2 beli makanan online..tak lama selepas berlepas pramugara dan pramugari pun sediakan makanan untuk kami..waktu ni pun semua dah kelaparan..huhuhu...sebenarnya makan atas flight waktu travel ni memang menjadi kesukaan aku..ekekeke..feeling dia lain macam je kalau makan dalam flight ni..tak silap aku kalau order makanan online dapat air kosong free..kalau beli direct dalam flight tak dapat air kosong free tu..so beli online lagi baik..




Chicken Curry rice aku dah sampai


Jemput makan semua!

Rasa takjubnya apabila melihat permandangan sebegini.indahnya ciptaan ALLAH SWT


Baby tengah minum susu atas flight..hihihi..


Tak lama kemudian sampailah kami di ruang udara Kuala Lumpur..berdasarkan pengamatan aku memang Ho Chi Minh City lagi padat dan besar daripada Kuala Lumpur dari segi binaan bangunannya..cuma Kuala Lumpur banyak bangunan tinggi-tinggi je..boleh lihat Kuala Lumpur dari pandangan udara di bawah ni.




Kuala Lumpur dari pandangan udara





Tak lama lepas tu nampak pula Klia2 dari atas udara..Klia2 jelas kelihatan disebabkan bumbung bangunannya berwarna putih..manakala Klia pua tak berapa jelas kelihatan disebabkan bumbungnya yang berwarna gelap..kena tenung betul-betul baru perasan..




Bangunan Klia disebelah kiri dan Klia2 yang berwarna putih disebelah kanan


Bangunan Klia2





Oleh kerana flight ini dari arah utara, maka ia perlu buat u-turn di tengah-tengah laut berhampiran Port Dickson sebelum mendarat di Klia2. Kadang-kadang pernah juga aku perasan flight dari arah utara mendarat terus tanpa u-turn..biasanya waktu tengah drive atas highway menghala ke Klia aku perasan ada masa-masa dia pesawat landing direct je..maknanya arah pendaratan kadang-kadang berubah mengikut arahan pihak berwajib kot.




Pesawat menghala ke arah laut untuk membuat U-turn




Pesawat masuk ke daratan balik


Tak lama kemudian flight AK529 pun selamat mendarat di Klia2 lebih kurang pada pukul 3.40pm setelah hampir 2 jam penerbangan. Alhamdulillah penerbangan ini berjalan dengan baik tanpa sebarang turbulence dan anak kecik aku pun tak meragam sepanjang penerbangan..Syukur pada ALLAH SWT..




Flight AK529 telah selamat mendarat di Klia2






Bangunan Klia2





Hampir tamatlah sudah percutian bersama keluarga di Ho Chi Minh City..walaupun terasa penat tetapi percutian ini cukup bermakna sebab dapat bawa Mak dan Mak Mertua aku..puas hati tengok diorang duk shopping beli macam-macam kat cucu-cucu..huhuhuhu..





Adik aku baru keluar dari pesawat Air Asia AK529 dengan cerianya




Pesawat Air Asia AK529 yang kami naiki tadi

Teringatkan jarak yang terpaksa ditempuhi untuk keluar dari Klia2 ni..boleh jadi letih balik..ekekeke...memang kena ada tenaga yang banyak sebab memang jauh nak kena menapak..Nasib baiklah aku dan baby dapat naik buggy car..Syabas kepada staf Malaysia Airports Bhd sebab menyediakan perkhidmatan yang baik dengan mengangkut ahli keluarga kami yang ada terdiri daripada kanak-kanak dan warga emas..siap 2 trip lagi buggy car ambil kami semua..huhuhu..




Kat atas buggy car

Terasa dialu-alukan kepulangan kami ke Malaysia




Rasa puas dan seronok sangat dapat bawa anak-anak pergi melancong bersama.


Dengan ini berakhirlah sudah percutian kami ke Ho Chi Minh City..harap dapat ke sana lagi sebab Ho Chi Minh City memang best. Sehingga berjumpa lagi pada entry-entry yang akan datang.


Saksikan video terakhir kami di Ho Chi Minh City :-





16 comments:

  1. Sy akan ke vietnam ptngahan thn ni.jd gigih bc dr hr p1 smpai hr ke4.blh jgk di jd kan rujukan nanti.hehe..blog yg menarik.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tmksh kerana sudi baca blog ni..selamat melancong ke Vietnam nanti :-)

      Delete
    2. Chu chi tunnel dan sg mekong tuan xpegi ke?

      Delete
    3. Salam, tak pergi ke sana sebab ada baby kecik..maybe next time kot..tp tak tahu bila lagi boleh pergi ke Ho Chi Minh City ni..huhuhu..

      Delete
  2. tq sebab share trip ke vietnam ni....plan nak ke sana bulan Mei nanti...insyAllah membantu bace blog awak ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau macam tu..tmksh krn sudi membaca blog ni..selamat melancong ke Vietnam nanti :-)

      Delete
    2. tq share ..gigih baca dr hr 1 smpai 4.. nk p ke sana jugak bulan 5 ni.. byk info.. rata2 tgok pakej mesti akan ke sg mekong n tunnel tu.. tpi ni pon rasa enjoy dah

      Delete
    3. Alhamdulillah..tq2 sebab gigih baca blog sy ni..hihihi..kalau boleh ke Sg Mekong dan tunnel tu lagi best..selamat melancong ke Vietnam nanti :-)

      Delete
  3. Terima kasih.info yg menarik.. boleh jd rujukan seblm ke vietnam pertengahan feb 2017.. insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih kerana sudi membaca blog ini..semoga bermanfaat..selamat bercuti ke Vietnam! :-)

      Delete
  4. Info yg menarik... sgt2 teruja.. inshaaAllah akan ke sana cuti sek nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 kerana sudi baca blog ni..semoga dapat membantu dengan info yang diberikan..selamat bercuti ke Vietnam!

      Delete
  5. Assalam nk tnya. Yg kakak encik beli buah2an tu ade apa2 prob x bwk hand carry buah? X kena mrh dgn pramugari ke? Lps ekk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih atas pertanyaan ini..saya pun silap tak bagitahu apa yg terjadi dengan buah tu..huhuhu..buah2 tu lepas je tanpa sebarang masalah..dan terus kami makan waktu sampai kat rumah..hehehe..saya dah updatekan status buah tu dalam entry ni...terima kasih..

      Delete
  6. Salam, apa2 pun tq shared itinerary menarik ni.. sy pun bercadang akan pegi hcm sbg backpack so info ni byk membantu bila kami kat sana nanti.. sy nak tanya kat hotel nanti ada x diorg offer pakej ke chu chi tunnel n sg mekong sekali? Berapa yer bayaran utk pakej tu kalo tuan ingat lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, waktu saya pergi bukan pihak hotel yang offer, tp salah seorang bellboy yang offerkan..pakej ke Chu Chi tunnel n sg mekong pn ada, cuma kami tak ambil sebab ada baby kecik, just ambik city tour je..tak pastilah berapa pakej ke sana..boleh berhubung dgn Mr. Ah Son untuk tahu pakejnya, boleh contact melalui facebooknya atau direct call..terima kasih kerana sudi membaca blog ni..thanks dan selamat melancong ke Ho Chi Minh City :-)

      Delete

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.