Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Monday, January 23, 2017

Bercuti di Putrajaya Dec 2016 Day 1

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua..kali ini aku nak bercerita tentang percutian kami sekeluarga di Putrajaya pada 24 December 2016 yang lepas iaitu dengan menginap di Palm Garden Hotel IOI Resort City, Putrajaya selama semalam..kami pilih tempat ini kerana dirasakan ianya tempat yang sesuai untuk bawa ayah mertua dan ibu mertua aku untuk berehat apabila melawat kami di KL ni dan Alhamdulillah setelah menginap di sini mereka agak seronok.. 

Aku booked hotel ni melalui Agoda.com dengan harga lebih kurang rm200 sebilik termasuk breakfast,jadi aku aku booked dua bilik lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh tersebut barulah dapat murah sedikit harganya.

Jadi sehari sebelum check in tu, aku pun telefon siap2 Palm Garden Hotel ni untuk bertanyakan berkenaan booking kami. Mereka mengesahkan ada menerima booking kami ni. Alhamdulillah..lepas tu aku tanya berapa deposit nak kena bayar masa check in..mereka kata oleh kerana dah bayar melalui Agoda jadi tak payah bayar deposit dah..ok legalah macam tu..kadang2 aku rasa bengang jugak sebab setengah2 hotel tu suka mintak duit deposit sedangkan kita dah bayar online melalui Agoda..maklumlah duit nak belanja pun tight2 je kan..huahuahua..

Pendek kata kalau bertekak memang tak guna, sebenarnya memang ada sebab mereka minta duit deposit tu supaya dapat melindungi barang2 mereka yang rosak dalam bilik masa kita duduk atau untuk tolak bayaran benda2 makanan dan minuman yang kita ambil dalam bilik hotel tu. Jadi biasanya aku guna saluran diplomasi dengan pihak hotel jika mereka minta duit deposit..aku akan bagitau mereka yang kami tak akan ambil barangan yang dijual dalam bilik tu..dan jika mereka suruh bayar deposit juga maka kena ready jela..huhuhu..kadang2 duit deposit hotel ni memang menjejaskan perbelanjaan cuti kita sebab kita pun spare duit cukup2 je kan..ekekeke..

Semasa dalam perbualan telefon tu, aku juga minta untuk diberikan bilik connecting room..dan mereka kata okay..tapi jangan lupa untuk ambil nama staff yang kita bercakap tadi..

Okay sekarang aku mulakan cerita percutian singkat ini..

Pada hari tersebut kami sampai di Palm Garden Hotel ni lebih kurang pukul 3.00pm..kawasan parking pun luas cuma tidak berbumbung je..oleh kerana waktu ni adalah musim cuti sekolah maka memang ramai yang tengah check in hotel..inilah kali kedua aku terpaksa beratur untuk check in hotel..yang pertama kali adalah di First World Hotel, Genting Highlands.


Baru sampai di Palm Garden Hotel, Putrajaya


Proses check in berjalan dengan lancar, walau bagaimanapun kami sedikit kecewa kerana bilik connecting room yang aku minta semalam dah tak ada dengan alasan orang terlalu ramai..pihak hotel memohon maaf pada aku..okaylah aku pun malas nak tension2..walaupun begitu mereka bagi bilik sebelah menyebelah..kira okaylah..

Sebenarnya kita tak bolehlah nak push2 sangat mereka ni kadang2 kalau kita bekerja di tempat diorang mesti stress jika kita dah cuba yang terbaik tapi kena marah2 dengan guest..

Tapi as customer kita juga rasa kecewa jika permintaan kita tak dapat ditunaikan jika sebab miscommunication di antara mereka..kenapa mereka tak tulis remark ke? Tapi redha jela sebab pihak hotel akan bagi alasan any request is subject to availability..ekekeke..

Terpaksa beratur untuk check in





With my beloved wife



Layanan staff Palm Garden Hotel ni juga ramah dan mesra, manakala keadaan persekitaran hotel juga cantik dan bersih sesuailah dengan statusnya hotel yang bertaraf 4 bintang. Terasa di welcomekan oleh pihak hotel dengan persekitaran lobi hotel yang cantik dan alunan muzik piano yang menyegarkan..rasa best je holiday ni..tula manusia ni sanggup berhabiskan duit untuk dapat layanan yang mesra beserta tempat yang selesa ketika bercuti ni..



Lobi Palm Garden Hotel




Lampu chandelier di lobi Palm Garden Hotel


Bag-bag kami


Semasa check in tu pihak hotel ada menyediakan "welcome drinks", jadi masa aku duk sibuk check in tu, ahli keluarga aku yang lain pergi berehat sambil menikmati welcome drinks yang disediakan..bagus juga buat welcome drinks ni..nampak special sikit service hotel ni kan..



Welcome drinks


Sedang menikmati welcome drinks












Apabila selesai bersantai sambil menikmati welcome drinks yang disediakan, kami pun terus ke bilik kami di tingkat 3.. Perkhidmatan lift ada disediakan di sini..jadi jangan risaulah kepada sesiapa yang tak larat naik guna tanggakan..lift ada..hehehe..

Apabila dah sampai bilik terasa Wow sebabnya biliknya selesa dan cantik..bilik kami ada balcony tetapi bilik mertua aku tak ada balcony pulak walaupun harga yang sama..hahaha terpakai ayat Trivago pulak..Takpelah nak buat macam mana kan..kami nak tukar bilik nak bagi mertua aku duk bilik yang ada balcony, jadi bolehlah ayah mertua nak merokok kat balcony tu..tapi anak aku pulak tak nak..oleh kerana cucu punya pasal..ayah mertua aku cakap takpelah tak payah tukar biliklah..bagi je kat cucu dia duduk kat bilik balcony ni..ekekeke..Kemudian kami berehat sekejap..



Heliconia Twin Room






Bilik airnya juga ada bathtub..jadi seronoklah anak aku kalau nak mandi nanti..jadi untuk memilih bilik ni kalau ada bajet lebih, aku akan pastikan ambil bilik yang ada bathtub sebab anak aku akan tanya pasal bathtub ni..kepuasan anak adalah kepuasan bagi mak ayah juga..huhuhu..



Bilik air yang selesa




Ada bathtub juga



Sebelum berehat sekejap sempat juga kami bergambar satu keluarga..gambar inilah nanti akan menjadi kenangan pada masa akan datang nanti..bukan senang dapat berpeluang cuti santai macam ni di Palm Garden Hotel ni..ekekekeke..



Bergambar sekeluarga di balcony Heliconia Room




Selepas berehat, kami semua turun ronda kat bawah kejap untuk melihat persekitaran dan landskap kawasan Palm Garden Hotel ni..kawasannya bersih dan memang dijaga rapi kawasan di sini..terasa seperti taman dalam bandar semasa berada di sini..oleh kerana ayah mertua aku ni minat bab landskap ni so kami jelajah hampir semua tempat jugaklah kat sini..huhuhu..walaupun resort ni taklah luas sangat tapi kalau berjalan memang penat woo..huhuhu..



Turun bawah kejap untuk meronda sekitar Palm Garden Hotel



Kolam renang berlatar belakangkan bangunan pencakar langit






Bilik kami di tingkat 3





Memang bersih dan tersusun dijaga rapi landskap kawasan Palm Garden Hotel ni.. Sesuai untuk merehatkan minda dihujung minggu keluar dari segala masalah di tempat kerja..


Ayah mertua aku sempat posing di sini..ekekeke..
Berehat kejap kat lobi Palm Garden Hotel setelah bersiar-siar di kawasan sekitar
Harga set menu yang ditawarkan


Selepas tu kami naik ke bilik masing-masing untuk berehat dan membersihkan diri. Tapi sebelum naik ke bilik tu kami ada perasan set menu yang ditawarkan di Palm Garden Hotel ni cukup istimewa iaitu set menu RM100 untuk 5 orang makan..mula-mula ingat nak makan kat luar..tapi kami berniat nak tengok dulu menunya macam mana..boleh kenyang ke tidak..kalau padan dengan harganya maka kami akan makan kat sini..hehehe..


Bergambar kenangan anak beranak
Anak kecik aku pun nampak seronok dan enjoy..hehehe..


Buku bacaan juga disediakan dalam bilik hotel




Apabila dah mandi-mandi dan bersiapkan diri maka lebih kurang pukul 6.00 pm lebih kami pun naik ke Aroi Dee Thai Restoran di tingkat 8 untuk melihat menu apa yang ada di sana..kalau tak menarik kami akan pergi makan di luar..kalau menarik kami akan makan kat sini je..bukan selalu dinner kat hotel kan...hehehe..


Pandangan dari tingkat 3






Kalau dapat dinner kat hotel malam ni, maknanya inilah first time dapat dinner kat hotel bersama ayah mertua aku..seronok dapat bawa orang tua kita bersantai di hotel ni..boleh kongsi pengalaman hotel ni bersama mereka..


Tok Wan dan cucu-cucunya


Dah mula berangkat untuk cari makan


Restoran Aroi Dee di tingkat 8




Waktu sampai di tingkat 8 ni, tak ramai orang yang ada kat atas ni..jadi kami terus pergi tanya staff yang ada di kaunter berkenaan menunya..mereka sediakan 2 menu..boleh tahan juga istimewa menu yang disediakan...dan selepas congak-congak kami pun membuat keputusan untuk makan malam di sini sahaja dan terus order makanan. So kena tunggu dululah sebelum masakan siap dimasak.



Pintu masuk restoran Aroi Dee Thai 

Permandangan luar dari tingkat lapan depan Aroi Dee Thai Restaurant




Aroi Dee Thai Restaurant di tingkat 8 ni memang ekslusif dengan rekaan dan susunan dalaman restaurant ini memang menyamankan dan sesuailah dengan Palm Garden Hotel ni yang bertaraf 4 bintang. Restorannye pun bersih dan selesa. So sembang-sembanglah bersama keluarga..cehhh macam orang kaya daa makan kat hotel...ekekeke..takpelah bukan selalu dapat merasa dinner kat hotel..






Sementara menunggu masakan siap di masak dan dihidangkan, jadi aku pun keluar belakang restoran ni dengan hanya melalui sliding door je..pergghh dapat tengok permandangan yang indah petang-petang ni..memang bestlah melepak santai-santai kat sini..


Hotel Marriot Putrajaya di sebelah Palm Garden Hotel







Oleh kerana waktu ni hujan rintik-rintik maka tak bolehlah nak menjamu selera kat luar..kalau tidak best jugak makan malam kat sini sambil menikmati permandangan luar yang indah dari tingkat 8 Palm Garden Hotel. Kalau sesiapa yang hisap rokok, kalau lepas makan sesuailah untuk merokok kat luar ni..ekekeke..







Bersama anak kedua kami yang baru berusia 5 bulan lebih..

Tak lama selepas tu tibalah masanya untuk menikmati hidangan yang memang marvellous ni.  Tak sangka pulak banyak juga hidangan ni sampai penuh meja. Rasa macam berbaloi dengan harga RM100 ni dengan kami sekeluarga tambah-tambah makan di hotel pulak..ekekeke..



Staff restoran ni tengah menghidangkan makanan


Jemput makan semua!





Oleh kerana masing-masing dah kelaparan, maka dengan lafaz Bismillah kami memulakan makan malam kami..pergggh sedap betul masakan kat Aroi Dee Thai Restaurant ni, tambah-tambah dengan Tom Yamnya..Alhamdulillah..tempat best, makan pun sedap..wow menjadikan percutian ni penuh bermakna..


Dah mula menjamu selera






Yang terkejutnya ada juga lauk yang tak dapat dihabiskan sebab banyak sangat..mungkin sebab kami semua 4 orang dewasa dan seorang kanak-kanak kot je yang makan..kalau 5 orang dewasa mungkin cukup-cukup kot..ekekeke..


Alhamdulillah dah hampir selesai makan malam

Selepas selesai makan malam, kami pun turun ke surau di tingkat bawah sekali untuk menunaikan solat Maghrib..bagus juga Palm Garden Hotel ni menyediakan surau untuk kegunaan pengunjung yang beragama Islam..jauh nak balik solat kat bilik jadi kami solat di surau jela.. Aku pun silap tak teringat nak ambil gambar surau ni untuk dijadikan panduan bersama..takpelah nak buat macam mana dah terlepas dah..ekekeke..


Permandangan di waktu malam di hadapan surau





Sesudah itu kami pun terus menaik kereta dan menuju ke IOI City Mall Putrajaya yang terletak hanya lebih kurang 1.5km je dari Palm Garden Hotel ni. Sebenarnya pihak hotel pun ada menyediakan perkhidmatan free shuttle ke IOI City Mall Putrajaya ni..oleh kerana kami datang ke sini naik kereta..so guna kereta jelah..jadi kepada pengunjung-pengunjung yang tidak mempunyai kenderaan bolehlah menggunakan perkhidmatan shuttle yang disediakan oleh pihak hotel ni...bolehlah kalau nak pergi shopping..hehehehe..

Oleh kerana musim cuti sekolah dan Public Holiday, memang ramai yang datang ke IOI City Mall Putrajaya ni..sampai nak tengok barang pun payah..sepanjang-panjang aku datang ke IOI City Mall ni..inilah kali pertama tengok ramai giler orang kat sini..






Oleh kerana nak jalan jauh-jauh pun dah tak larat sebab IOI City Mall ni besar sangat..maka kami pun mengambil keputusan untuk balik hotel...aduhhh dah mengantuk dan letih dah ni..wakakaka..hajat nak beli kasut sekolah anak tak kesampaian sebab banyak out of stock..mana taknya penuh orang kat kedai..



Dekorasi di lobi IOI City Mall sempena perayaan Krismas




Berehat kejap..





Lebih kurang jam 10.30 malam kami pun sampai balik di Palm Garden Hotel. Kalau tak pergi ke IOI City Mall mungkin takkan rasa sepenat ini..tapi takpelah penat atau tidak janji santai..huhuhu..


Palm Garden Hotel di waktu malam








Tak lama kemudian sampailah kami ke bilik untuk berehat. Oleh kerana anak aku masih kecik lagi so kena layan dia dulu..lepas dia tidor barulah kami boleh tidor..tapi nikmat bawa anak-anak bercuti memang tidak dapat digambarkan..seronok melayan karenah diorang ni..huhuhu..





Main mainan dululah




Tak lama kemudian kami pun zZzZzZ..berjumpa nanti pada hari kedua kami di sini..

Saksikan video kami pada hari pertama di Putrajaya :-



Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.