Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 2

Pada hari kedua setelah berehat semalaman dan bersarapan dengan hidangan sandwich di dalam bilik hotel, kami pun keluar dari hotel menuju ke...

Bercuti di Hong Kong Feb 2015 Day 2

Alhamdulillah, semalam kami semua dapat tidur dengan lena walaupun biliknya tak ada heater, kami pulak duduk di tingkat 17 pulak..pergghhh sejuk giler..

Bercuti di Surabaya, Jawa Timur Indonesia Mac 2014 Day 3

Pagi ini kami bersarapan di hotel ini lagi, harini hidangan dia sedap sikit walaupun hidangannya takdelah banyak sangat...tapi yang penting enjoylah...huhu..

Bercuti di Shanghai, China Oct 2012 Day 2

Wahh...segarnya bangun pagi...semua puas tidor semalam...pihak hotel ni pun bagus, pagi2 bagi paper Shanghai Daily n China Daily utk kami baca...

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah Oct 2014 Day 2

Alhamdulillah, kami semua dapat tidur dengan nyenyak semalam..memang selesa hotel Ming Garden ni...okay sambung cerita balik...

Bercuti di London dan Amsterdam June 2015 Day 1

..kali ni posting aku akan membicarakan tentang percutian kami sekeluarga bersama keluarga kakak aku ke London dan Amsterdam pada bulan June lepas ...

Tuesday, January 28, 2014

Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 4


Hari ini kami akan berpindah ke Sky Incheon Airport Hotel oleh kerana besoknya flight kami ke KL pada jam 11.00am...kalau kami stay kat F Hotel Yeongdeungpo memang kalutlah nak catch flight besok...kalau flight kami petang mungkin kami akan stay kat sini je...F Hotel Yeongdeungpo ni bakal menjadi kenangan bermakna buat kami...masuk bilik ni langsung tak rasa sejuk...rasa macam duk kat Malaysia je...kena pasang aircond pulak...kuat betul heater dia...aku pun tak pasti kat mana dia letak heater tu...mungkin kat lantai kot..lagi satu internet speed dia memang laju giler....kekeke..



Pemandangan dari bilik hotel


Komputer disediakan, tapi dalam windows dalam bahasa Korea daa...



Bilik yang menjadi kenangan indah




Kaunter hotel..


Kami mintak tolong staff hotel ni untuk panggilkan teksi...semalam aku dah tanya dah..ada staff perempuan tu bagitau teksi tak hantar penumpang ke Singil Station sebab dekat sangat...aku fikir memanglah dekat tapi kalau berjalan bawak barang banyak rasa mcm jauh jugak...tak sanggup dah naik tangga turun tangga nak lintas jalan...dah dia kata macam tu..aku pun redha jelah semalam...pagi ni aku tanya lagi kali ni staff lelaki pulak...dia pun kata teksi tak hantar...frust jugaklah...aku cakap beg aku banyak...dia kata teksi tak hantar jugak...



Staff hotel tolong tangkap gambar ni..kekeke..


Selamat jalan F Hotel Yeongdeungpo

Lepas dia tengok kesemua beg kami yang banyak ditambah pula dengan anak kecik, dia suruh tunggu kejap..dia cuba panggil teksi...pastu dia cakap teksi akan datang...lega giler kami...bukan apa lagipun balance dalam T-Money kami banyak lagi...aku pun risau gak kalau tak jumpa tempat nak refund T-Money ni...Pastu teksi tu pun hantar kami ke Singil Station yang lebih kurang 300meter..casnya 3000 won lebih kurang RM9 je...kalau aku tau masa mula2 sampai aritu aku dah pakai teksi untuk hantar kami ke hotel kami ni...ni terpaksa meredah jejantas untuk melintas jalan besar yang memisahkan kawasan hotel dan Singil Station...



Nampak tak 3000 won kat meter tu..bersamaan lebih kurang RM9


Pastu masa kat Singil Station berlakulah perkara yang melucukan semasa cuba menurunkan beg pakai escalatornya yang sangat tinggi...wife aku kat atas, aku tunggu kat bawah...so kami pakai escalatorlah untuk menurunkan beg memandangkan tak cukup tangan dah nak pegang beg dan nak pegang anak aku yang masih tak pandai lagi nak naik escalator sendiri...2 buah beg kami tergolek2 atas escalator...lama jugak tergolek sebab escalator dia panjang..nasiblah ada beberapa orang Korea yang prihatin dan memegang beg kami...fuhh lega...risau gak takut beg pecah mesti berterabur barang...kekeke...



Banyak beg ni...pergghhh...winter coat untuk 3 orang kami saje dah sebuah beg besar


On the way to Unseo Station


Kami naik train dari Singil Station dan berhenti di Gimpo International Airport Station pastu tukar train untuk ke Unseo Station...dah sampai Unseo Station tu sekali lagi kami naik teksi untuk ke Sky Incheon Airport Hotel yang lebih kurang 400 meter dari Unseo Station ni...casnya pun 3000 won jugak...



Naik teksi pun himpit2lah dengan beg yang banyak...kekeke...


Bilik hotel 3 star ni agak sempit sikit tapi harga dia mahal..boleh dapat 5 star dah kalau kat Indonesia...



Okay jugaklah bilik ni..

Lepas check in hotel ni, kami pun cepat2 letak barang dan bersolat... bilik hotel ni agak sempit berbanding bilik di F Hotel Yeongdeungpo walaupun harganya lebih kurang sama...F Hotel Yeongdeungpo kurang popular tapi Sky Incheon Airport Hotel ni agak popular..tupun aku tengok berdasarkan review kat agoda.com..huhu...Masa nak check in tadi tu...diorang tanya siap2 besok flight kul berapa...sebab dia nak arrange airport transfer, pastu dia tanya nak wake-up call tak? aku cakap boleh jugak kejut kami...hehehe..power betul lah hotel ni...



Pintu masuk ke Sky Hotel Incheon Airport



Kat luar hotel..kat tepi jalan je hotel ni..


Bergambar seorang diri betul2 luar Sky Hotel Incheon Airport


Selepas itu kami pun berjalan kaki balik ke Unseo Station untuk ke bandar Seoul balik, destinasi kami kali ini adalah Namdaemun Market, Namsan Tower, Thukseum Resort dan Gangnam...



Kat Incheon


Dalam perjalanan ke Unseo Station kat  Incheon


Bergambar bertiga kat Unseo Station



Kat Seoul Station
 
Kat depan Seoul Station

 
Dari Unseon Station kami terus Seoul Station, kat sini nak transit ke train lain punyalah jauh...Seoul Station ni macam KL Sentral kot...huhu...pastu kami turun di Hoehyeon Station dan terus menghala ke Namdaemun Market setelah keluar dari Exit 6...waktu tengah berjalan menghala ke Namdaemun Market tu..nampak pulak orang jual Kebab Halal...apalagi tungguuu...perut ni dah la lapar...terus kami membeli kebab kat situ...perggghhh nikmatnya makan kebab ni..kat situ kami tanya macam mana nak ke Namdaemun Market..penjual kebab tu pun bagitau lah...sebelah bangunan je..kekeke..



Kedai kebab Halal kat Namdaemun


Memang puas hati kalau datang ke Namdaemun Market ni, banyak barangannye seperti baju "I Love Korea", magnetic fridge, keychain, winter jacket dan berbagai lagilah...Di antara Dongdaemun, Myeongdong dan Namdaemun...Namdaemun lah yang paling best skali, kedua Myeongdong, manakala Dongdaemun macam tak ramai orang je..huhu...



Kat Namdaemun Market di Gate 6



Mungkin pintu masuk ke rumah Ninja Turtle kat Namdaemun Market...kikiki...


Tengah cari barang kat Namdaemun Market


Mintak tolong orang Korea ambik gambar kami...kekeke...


Pelbagai barangan ada di Namdaemun Market ni


Dari kawasan Namdaemun ni pun kita boleh nampak Namsan Tower

Oleh kerana kesuntukan masa, kami pun ronda2 kejap je kat Namdaemun ni, pastu aku terus tahan teksi untuk ke Namsan Cable Car Station sebab destinasi kami seterusnya adalah Namsan Tower...kalau berjalan boleh sampai jugak...tapi kalau masa kita singkat baik naik teksi je baru 3000 won lebih kurang RM9, dah sampai kat station cable car tu, kami pun beli lah tiket return untuk 3 orang berjumlah 20500 won lebih kurang RM62..untuk naik ke cable car tu, kita terpaksa naik tangga pulak lebih kurang 3 tingkat...perghhh letihnya...kat Seoul ni masa banyak dihabiskan dengan naik tangga turun tangga je..kekeke...



Dalam teksi...memang selesa beb...kekeke...



Siap lengkap dengan GPS

Kat tempat untuk naik cable car



Harga tiket cable car ke Namsan Tower




Inilah tiket kami

Kena tunggu giliran dan beratur dulu sebelum menaiki cable car...huhu...

Dah boleh lihat permandangan Seoul

Selepas giliran kami tiba..kami pun masuk dalam cable car tu...tu dia penuh jugak dengan pengunjung bersesak2 dalam cable car tu walaupun hari pun dah nak gelap.. best jugak naik cable car tu...rasa macam naik kapal terbang je...smooth je...masa dah sampai kat Namsan Tower tu...kena menaiki tangga pulak untuk ke puncak Namsan tu...adehhhh...berapa banyak tangga daa mau naik...


Berlatar belakangkan Namsan Tower juga dikenali sebagai Seoul Tower

 
Kat atas bukit Namsan


Seoul Tower



Berapa banyak mangga kunci daa...


Bentuk kerusi ni agak pelik sikit...kekeke...


Kat puncak bukit tu tersergamlah Namsan Tower....pastu kita boleh tengok bandaraya Seoul yang luas..ni...perghhh cantik betul permandangan dia...oleh kerana kesejukan kami pun singgah kat kedai untuk minum minuman panas macam cappuchino dan teh...legalah jugak sambil2 berehat menikmati permandangan...pastu dah malam...so kami pun turun balik dengan menaiki cable car...kalau tak tahan jangan tengok bawah nanti pening kepala...



Boleh nampak permandangan bandaraya Seoul



Minum air untuk memanaskan badan


Pastu kami pun naik teksi lagi untuk ke Myeongdong Station, sebab kami nak ke Thukseom Resort konon2nya ada tempat main salji kat sana...waktu kami sampai kat sana tu resort tu tutup dan tak adepun salji...mungkin tahun ni salji tak banyak sangat turun kot...


Kat Thukseon Resort, waktu ni dia tak beroperasi...tak tau kenapa..salji kurang kot..kekeke...

Lepas tu kami pun singgah kejap kat Gangnam District manelah tau kot2 boleh jumpa dengan oppa gangnam style...kekeke...pastu kami pun balik ke bilik hotel...perghhh malam ni kami macam ronda2 menjelajahi Seoul dengan train je...



Berehat kejap kat Gangnam-gu Office station



Kat Gangnam District


Waktu dah sampai kat Unseo Station tu, aku pun tanyalah ada seorang perempuan Korea macam mana nak dapatkan refund untuk balance yang masih ada dalam kad T-Money aku ni...and then dia pun tolong aku masukkan dalam satu mesin kat situ...last2 kad T-Money aku kena telan dengan mesin tu...dia cakap dah tak boleh ambik dah sebab sekali cas je...aku pun bagitau dia yang dalam tu ada duit lagi...pastu terkejutlah dia...rupa2nya salah mesin daa...pastu dia tekan button kat mesin tu untuk pertolongan...tak lama lepas tu ada seorang staff kat kaunter datang bawak kunci mesin tu dan bukak mesin tu...last kad T-Money aku dapat balik...fuhh lega beb...yang orang Korea tadi pun dia pun cuak jugak...tapi dia tak lari tapi sebaliknya tolong aku jugak dapatkan balik kad tu...bagus betul orang Korea ni...pastu aku tanya dia kat mana nak dapatkan refund, dia tunjukkan kedai kat luar seberang jalan Unseo Station ni...last2 aku cakap takpe2 kami boleh pergi sendiri...kami pun malaslah nak menyusahkan dia...huhu...pastu dia bagitau pegi kedai 7-Eleven kat depan tu...

Kami pun terus ke 7-Eleven untuk dapatkan refund, sekali cashier kat situ suruh pergi kedai 7-Eleven yang kat belakang pulak...aiseyman main passing2 pulak...kekeke...pastu aku pergilah kedai 7-Eleven yang satu lagi...sekali kawan yang jaga cashier tu tak paham apa yang aku nak, pastu ada customer cuba untuk tolong setelkan masalah aku, tapi tak setel2 jugak sebab diorang tak berapa paham English...aku cakap aku nak refund, dia ingat aku nak topup...last2 yang penjaga cashier tu call orang lain, dia bagi aku pulak cakap dengan kawan tu dalam handset dia, akupun cakaplah aku nak refund T-Money...dia pun tak paham jugak...aduhhh...last2 aku ucap terima kasih dan balik hotel jela...tension2...di Seoul ni memang selalu berhadapan dengan masalah komunikasi...

Masa sampai kat hotel kami tu aku cubalah test Thermometer Digital aku..aku dapat rekodkan bacaan -3.5'C, tapi yang sebenarnya bacaan dalam laman web adalah -6'C waktu malam tu...kira lebih kurang lah tu...aku masih pening lagi duk pikir macam mana nak dapatkan refund balance kad T-Money ni...aku pun silap tak study betul2 dalam internet cara nak refund T-Money..aku tengok sekali imbas je...last2 aku tanya staff kat kaunter hotel aku menginap, dia kata pergi kedai convenience store kat sebelah hotel tu...aku pun pergi situ, dan bagitau yang aku nak refund...dia cek 2 keping kad T-Money kami dan terus bagi refund...lebih kuranglah dengan balance yang ada...lega betullah rasa...dekat RM80 lagi balance kad kami tu...


Inilah kedai yang aku dapat refund T-Money tu..lihat -6'C tu suhu dia...aku pakai instaweather...



Pastu kami pun berehat sebab besok nak kena bangun awal untuk ke airport...time to zZzZ...

Saksikan video kami di hari keempat di Seoul :-










Bersambung selepas ini hari terakhir kami berada di Seoul iaitu hari kelima...

Thursday, January 23, 2014

Bercuti di Seoul, Korea Selatan Jan 2014 Day 3

Pada hari ketiga ni, macam biasalah breakfast kat dalam bilik hotel je dengan bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia..hehe..hari ni kami nak ronda2 dalam bandar Seoul ke beberapa tempat menarik...sebelum keluar tu aku tryla study last minute cara2 nak ke tempat seperti Gyeongbokgung Palace, Namdaemun, Seoul Central Mosque kat Itaewon, Namsan Tower dan Insadong...tapi yang sebenarnya tak sempat nak jalan semua tempat sebab kami keluar lambat jugak dekat jam 12.00pm arini..kekeke...untuk menuju ke sesuatu tempat melalui subway train, adalah penting untuk mengetahui exit berapa dari station tersebut..contohnya untuk pergi ke Gyeongbokgung Palace, kita boleh berhenti di Gyeongbokgung Station dan keluar exit 5 untuk ke sana...kat dalam google map ada tunjuk exit dia..takpun search je kat google cara nak ke sana...hehe..



Main mainan dulu sebelum keluar berjalan...kekeke..



Bergambar kat Yeongdeungpo


Destinasi pertama kali adalah Gyeongbokgung Palace, untuk ke sana kami perlu menaiki train dari Yeongdeungpo Station, dan berhenti di Jongno 3(sam)-ga Station untuk menukar train ke Gyeongbokgung Station, untuk tahu naik train Line berapa boleh rujuk dalam subway map dia...kalau tengok map dia memang pening, sebelum aku terbang ke Seoul ni aku try study cara nak ke sesuatu tempat dari hotel penginapan aku dengan pakai subway...last2 paham jugak cara nak guna map ni...Alhamdulillah...mula2 tengok memang rasa complicated...huhu...



Anak aku baru nak makan masa sampai Gyeongbokgung Station ni


Satu lagi mula2 aku ingatkan tempat transfer dari sesuatu station dengan station yang lain dekat je padahal kadang2 jauh2 jugak berjalan...memang lah bawah tanah, tapi kena turun naik tangga, kalau ada escalator lega sikit...nasiblah aku bersama anak aku yang masih kanak2, so bolehlah naik lift..kat Seoul ni aku perasan, lift hanya boleh digunakan oleh warga kurang upaya, warga emas dan keluarga bersama kanak2 sahaja..itu berdasarkan pemahaman aku berpandukan signage yang ada kat subway tu..dekat dalam train pun ada ruang tempat duduk hanya untuk warga emas, orang kurang upaya dan kanak2 jugak...jadi kami selalulah dapat seat special tu sebab bersama kanak2...huhu...



Kat dalam bangunan National Palace Museum of Korea




Okay sambung balik cerita...masa dah sampai kat Gyeongbokgung Station, kami pun keluar ke exit 5..betul2 selepas exit 5 ni kita boleh lihat bangunan National Palace Museum of Korea, aku pun try jugak masuk kat dalam tu..ada rombongan budak sekolah melawat muzium tu...kat depan muzium tu adalah Gyeongbokgung Palace, tapi yang anehnya aku tengok beberapa pengunjung cuma masuk ke dalam kawasan istana tu tapi tak boleh..aku pun macam tu la jugak...pi mai pi mai...aku pun tanyalah orang Korea dengan member dia omputih tu...diorang cakap tutup daa...kekeke...kempunan nak masuk dalam...rupa2 ada hari2 dan masa2 tertentu je dibuka...kena rujuk waktu dia kat website sebelum pergi sana...




Kat luar bangunan National Palace Museum of Korea


Sekitar Gyeongbokgung Palace



Telatah ibu dan anak


Pastu aku pun masuk balik ke dalam subway balik untuk keluar dari tembok istana yang memang betul2 tinggi...pening jugaklah duk cari nak keluar exit apa dari subway ni...last2 kami keluar...pastu jalan2 skit...jumpa gak pintu masuk Gwanghwamun Gate dari luar...pastu kat seberang jalan tu nampak
Gwanghwamun Square...pergghhh indahnya tempat dia...tempat ni mungkin lebih kurang Dataran Merdeka Kuala Lumpur...Kami jalan2 pastu ambik2 gambar skit...Selepas selesai bergambar kat sini, kami pun ingin ke Itaewon pulak untuk menikmati makanan halal dan ke Seoul Central Mosque , daripada pembacaan aku kat internet kat Itaewon ni banyak terdapat makanan halal sebab ianya adalah tempat di mana banyak foreigner kat sini...



In the middle of nowhere...waktu ni tengah pening kepala sebab sesat...kekeke


Kat luar pagar di Gwanghwamun Gate



Kelihatan Seoul Sightseeing bus melalui Gwanghwamun Square


Kenangan manis berada di Gwanghwamun Square



Berlatar belakangkan Gwanghwamun Gate


Berlatar belakangkan Gwanghwamun Square


Statue of King Sejong di belakang kami


Berlatar belakangkan The Statue of the Admiral Yi Sun-sin


Bergambar sebelum masuk subway


Pastu kami pun turun ke subway Gwanghwamun Station dan tukar train kat Gongdeok Station untuk menuju ke Itaewon Station...Kali ni sekali lagi anak aku terlena masa dalam train...aduhh beratnya nak dukung dia...takkan nak rehat dan tunggu dia sampai dia bangun...oleh kerana musim sejuk ni tengaharinya pendek je lebih kurang 9 jam lebih jadi dah takde masa nak rehat dan rilek dah...masa dah sampai kat Itaewon Station aku terus keluar exit 3..



Tengah mendukung anak aku di Itaewon..pergghh beratnye..kekeke..


Lepas keluar exit 3 tu, jalan sikit terus nampak restoran halal Pasha Turkish Cuisine & Ice cream Halal Food, aku pun tak larat nak survey2 dah restoran lain memandangkan tengah mendukung anak aku  yang sedang tidur dan lagi satu kami pun dah kelaparan, kat dalam restoran ni agak sempit sikit...lepas duduk kejap..anak aku pun bangun...legalah..huhu...heater kat dalam restoran ni punyalah kuat...jadi panas pulak duk kat sini...kekeke...tapi makanan kat sini memang sedap..memang puas hati...harganya mungkin biasa di Seoul tapi berbanding di Malaysia dia mahal 3 kali ganda...pergghhhh...makan 3 orang dekat RM90...kalau duk lama2 kat Seoul ni boleh jadi pokai...huhu...



Inilah restorannya Pasha Turkish Cuisine & Ice Cream Halal Food di Itaewon


Pasha Turkish Cuisine & Ice Cream Halal Food dari pandangan sebelah tepi



Kaunter dalam restoran Pasha Turkish Cuisine & Ice Cream Halal Food


Memang sedap betul masakan ni...


Jemput makan semua!


Tapi kalau tengok harga dia...memang mahal bersamaan RM90 untuk 3 orang makan...pergghhh..letih beb...


Keenakan masakan kat restoran ni membuatkan hati ingin bertandang lagi ke sini kalau ada rezeki...InsyaALLAH...


Bergambar sebelum memulakan langkah ke Seoul Central Mosque

Aku pun bersembang jugak dengan penjual kat restoran tu, diorang memang berasal dari Turkey dan dia bagitau aku yang kat Istanbul takdelah sesejuk kat Seoul ni...ooo...dapat jugak ilmu...huhu...lepas makan kami pun beredar untuk Seoul Central Mosque, aku pun tanya jugaklah diorang macam mana nak ke masjid tu walaupun aku dah ambik gambar peta ke masjid tu pakai handset aku...huhu....untuk sampai ke masjid tu kita terpaksa mendaki bukit sedikit...on the way ke masjid tu kita boleh lihat banyak kedai2 halal...pendek kata kalau nak senang cari makanan halal datanglah ke Itaewon ni...



Jalan menghala ke Seoul Central Mosque, kelihatan mereka di sana sedang mendaki bukit..


Alhamdulillah sampai jugak kat Seoul Central Mosque ni..


Telatah ibu dan anak

Selepas sampai kat Seoul Central Mosque, kami pun bergambar dan menunaikan solat..tapi pengalaman masa nak ambik wudhuk di musim sejuk tu memang memberi kenangan pada aku..sebab payah sikit oleh kerana sejuk sangat...okay mula2 aku tanggal kasut dan stoking pastu letak atas rak kasut..kemudian nak cari tempat wudhuk tak jumpa pulak, rupa2 tempat wudhuk kat bawah, so terpaksalah menapak dengan kaki ayam jap atas simen..perghhhhh..macam nak beku tapak kaki...aku tak bagi anak aku jalan atas simen masjid tu sebab sejuk sangat..so aku dukunglah dia..tapi masjid ni juga sediakan selipar untuk kita ambik wudhuk..legalah jugak..terpusing2 jugaklah sementara nak cari tempat wudhuk ni...pastu masa ambik wudhuk kat sini, orang kat sini diorang bawak kasut2 pegi masuk tempat wudhuk, diorang bukak kasut dan stoking masa nak berwudhuk je...pastu terus naik tanggan masjid dan letak kasut kat rak kasut tu...aku pun hairan jugak takkan lah tak basah kasut dan stoking dia...huhu..sebenar Islam itu mudah...kita je yang buat payah sebab tak berilmu...kita kat Malaysia letak kasut dulu baru ambik wudhuk...kekeke...tapi nasiblah air untuk berwudhuk ada heater...legalah jugak...



Tempat mengambil wudhuk bagi lelaki di bawah masjid


Kat dalam masjid


Lagi gambar kat dalam masjid
Bersama penjaga Seoul Central Mosque ni..

Seoul Central Mosque memang cantik dan indah...aku pun bersembang jugak dengan seorang penjaga masjid tu yang berasal dari Indonesia, selepas tu kami pun beredar untuk ke Namdaemun Market..so kami patah baliklah jalan kami datang ke masjid tadi...



Money Changer berdekatan dengan Seoul Central Mosque


Antara restoran halal di Itaewon




Bangganye ada restoran Melayu kat Seoul ni..huhu..





Dalam perjalanan ke Itaewon Station tu, kami sempat singgah kat kedai ice cream untuk menikmati Ice cream di musim sejuk ni..huhu...tapi yang tak tahannya penjual ais krim ni suka acah2 yang ais krim nak terjatuh, sakit ati jugaklah...memang style kat Istanbul jugaklah..aku pernah tengok kat Astro waktu Heliza Helmi pergi Istanbul tu, diorang pun suka acah2 ais krim nak terjatuh...lawak lawak...kahkahkah...kalau kat Malaysia tak taulah apa dah jadi kat penjual ni..mau kena marah atau kena tibai dengan customer...hehe...mau berniaga ke mau bagi ais krim jatuh?...kekeke...



Kat depan Mr Kebab Turkish Kebab & Dondurma Ice Cream

Penjual yang kelakar

Selepas itu kami pun singgah kejap kat restoran Pasha Turkish Cuisine & Ice Cream Halal Food untuk membeli bekalan makan malam kami di hotel nanti...memang sedap tu makanan kat sini...waktu kat kedai tu aku tanyalah brader tu cara macam mana nak ke Namdaemun Market, dia bagitau kena turun kat Hoehyeon Station untuk ke Namdaemun Market, tapi dia bagitau pukul 7.00pm dah tutup dah...aduhhh...rosak plan kami...last2 kami pun tukar destinasi iaitu ke Myeongdong lagi skali...



Sedang menapau makanan kat Pasha Turkish Cuisine & Ice Cream Halal Food

Berhampiran restoran ni pun ada jugak baju " I love Korea" di jual...harga macam biasa 3 kali ganda Malaysia, sehelai pun yang paling murah 5000 won atau 10000 won...haha kadang2 rasa tak padan nak beli baju "I Love Korea" sampai RM30 sehelai...memang mahal la kat Seoul ni...dekat Namdaemun Market pun sama je harganya...


Antara barangan yang dijual berhampiran Itaewon Station

Pastu kami pun pergilah ke Myeongdong, kat sini baju "I Love Korea" dan keychain atau magnetic fridge tak berapa banyak...tapi orang ramai giler...lepas ronda2 dan beli apa yang patut, kami pun beredar untuk berehat di bilik hotel penginapan kami...



Untuk ke Namdaemun Market kena turun ke Hoehyeon Station, tapi sekarang ni kami nak ke Myeongdong..


Kat Myeongdong

Bersama ayahnya kat Myeongdong



Saksikan video di hari ketiga kami :-












Bersambung selepas ini untuk hari keempat di Seoul.....

Penafian (Disclaimer)

Dengan memasuki blog ini, pelawat atau pembaca secara automatik tertakluk kepada beberapa penafian atau terma-terma berikut:

Blog Wanzul Travelogue dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Segala artikel dan apa jua kandungan di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman atau informasi sahaja dan sama sekali tidak boleh dianggap mengandungi nasihat profesional atau sebagai bahan rujukan atau lain-lain tujuan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi.